Thursday, April 21, 2011

Melangkah ke Gerbang 'ANNIVERSARY' yang ke 6 Bulan

Assalammualaikum wwb...

Buat suami ain yang sentiasa ditaati, dipatuhi, disayangi setulus hati dan sentiasa dihormati.
Abang,
beberapa hari lagi usia Perkahwinan kita sudah menjangkau selama hampir 6 bulan. Sejujurnya ain katakan, bahawa bahagianya diri ini dan bertuahnya diri ini apabila abang menjadi pendamping dalam hidup ain. Sungguh tidak disangka perkenalan singkat kita pada penghujung 2009 telah membawa kita ke jinjang pelamin. Ain sedar dalam tempoh usia perkahwinan kita yang masih 'mengkal' ini terlalu banyak ujian dan cabaran hidup yang bakal kita lalui. Walaupun masa kita agak terhad untuk bersama tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak dapat memiliki kebahagiaan dalam hidup kerana kebahagian bukan terletak pada kuantiti masa yang banyak untuk bersama tetapi terletak pada kualiti masa yang dimanfaatkan untuk bersama.
Ain sangat hargai pemberian dari abang sempena anniversary kita pada setiap bulan. Romantik. Cukup buat diri ini rasa terharu.

Abang,
ingin ain katakan sesuatu.Sebenarnya, Setiap kali terpandang wajah abang hati ain akan rasa tenang dan tenteram. Ain tau, ain suka merajuk huhuhu entahlah.. semakin usia menginjak dewasa terlalu banyak perubahan dalam diri ain.. Kalau dulu hanya tau mengamuk,melenting,panas baran,emosi,sensitif... Tapi sejak berkahwin dengn abang dapat ain rasakan ain dah hilang identiti tu semua..
Niat ain sebelum bergelar isteri.. ain nak jadi wanita terbaik dalam hidup abang...
Ain bukan seorang wanita yang terlalu meletakkan harapan yang tinggi sebab ain khuatir akan harapan yang tinggi meletakkan seseorang itu pada pertaruhan yang besar dalam hidupnya yang akhirnya memakan diri. Bagi ain biarlah semuanya ditunjangi dengan 'wassotiyyah'kesederhanaan.

Abang,
dikesempatan ini ain memohon ampun dan maaf andai sepanjang tempoh perkahwinan kita ini ada tingkah laku dan tutur kata yang membuatkan hati abang terguris.
Insyallah.. segala amanah dari abang akan ain jaga dengan sebaiknya..