Wednesday, August 26, 2009

Bila kenangan bertandang

Assalammualaikum wwb..

Aku teringat kenanganku semasa bekerja di Yayasan Wanita Islam(YATI) sedar tak sedar dah hampir 3 bulan tinggalkan YATI. Bukan apa sekadar melepaskan rindu dengan rakan-rakan setugas semasa di sanala.Almaklumlah,hehhe satu ofis semua perempuan.So cara kerja pun sempoi.Kena lagi majikan ku yang best tu (mudah didekati, rendah diri dan mudah merajuk) sedikit sebanyak buat kami kelam kabut hehehhe..Kami pun datang dari pelbagai negeri,bahasa pun berbeza-beza huhuhu..best bah..kak lin dengan huh..kak ana dengan negara 'Nam' nya heheh yang lain-lain termasuk aku ni(pekerja paling serius sentiasa busy lah katakan).

Pengalaman interview
Mula-mula interview hari tu dekat Dewan Pemuda Masjid Malaysia,di Masjid Wilayah hehehe gila-gila..siapa sangka orang macam aku ni jakun ndak pandai jalan kesian.. tambah lagi di kota metropolitan huhuhu..macam-macam boleh berlaku.Tapi kiranya pecah tradisi masa tu..dari subang jaya terus naik teksi ke Masjid Wilayah berapalah agaknya tambang teksi ku?
huhuhuu boleh wat makan seminggu di hostel unisel tu.. Orang-orang yang datang interview pun bukan calang-calang..ada basic arabic lagi keluaran universiti al azhar la..banyakla aku pun tak tahu mahu sebut nama universiti dorg tu.. yala,belajar luar negeri la katakan..aku pulak??heheheh sekadar bawa sijil yang tebal tu tp semua kokurikulum heheh akademik plak??STPM jak bah..hehehe Mungkin rezeki la..dapat gak keja di YATI.Rumah staff lagi best Hulu Langat Pangsun..rindu Pangsun!!!hehehe terutamanya masakan bihun goreng bibik..sempat jugak la belajar masak dengan dia ramuan bihun goreng tu..adui..bibiknya sudah pulang ke indon tamat tempoh perkhidmatan sudah.

Majikanku??
Seperti yang aku katakan seluruh keluarga dia memang peramah..huhuhu..memahami..yala staff dia semua asal keluarga susah apatah lagi aku ni huhu.. beliau banyak membantula..hehehe kalau pasal cerita tentang pengalaman majikan ku memang no 1..huhu sampai terpejam-pejam k mata kami dengar dia bercerita..hehehhe tapi bestla udara pangsun memang segar.kalau mahu berkelah datangla sana..mata segar jak.

p/s: sekadar berkongsi bah..kalau tuan hj dan kwn2 terbaca jgn marah ya..hihihhi all the best!

Tuesday, August 25, 2009

BELIA:PERSIAPAN MENGHADAPI CABARAN

KITA sering mendengar bahawa belia merupakan aset yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan negara. Kita juga sedar bahawa belia juga adalah pewaris kepimpinan negara dan kesinambungan umat di masa hadapan. Namun persoalannya adakah belia sendiri memahami akan tanggungjawab dan fungsi mereka terhadap pembangunan dan penggerak kemajuan negara? Adakah zaman muda remaja dan belia negara kita dipenuhi dengan aspirasi untuk menjadi belia yang berwawasan dan proaktif?
Belia ditakrif sebagai golongan yang berusia di antara 15-40 tahun. Di Malaysia, golongan belia mewakili kira-kira 45 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia. Suatu jumlah yang tidak boleh dipandang remeh dan harus diberikan perhatian oleh semua pihak, terutama sekali dalam usaha pembangunan dan pengurusan belia. Kamus Dewan mendefinisi perkataan wawasan pula sebagai sesuatu pandangan atau konsepsi berkaitan sesuatu perkara. Orang yang berwawasan boleh dikatakan sebagai orang yang mempunyai visi dan misi serta mempunyai pelan-pelan tindakan dan strategi dalam memajukan diri.
Orang yang berwawasan juga mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang tinggi dalam membangun potensi diri dan orang lain.Amat menyedihkan apabila golongan belia dan remaja sering dikaitkan dengan fenomena yang kurang baik. Dewasa ini kita disogokkan dengan cerita-cerita negatif yang melanda golongan ini sehinggakan kita sering tertanya-tanya akan puncanya. Kemajuan dan pembangunan seringkali dijadikan sebagai alasan kepada tindak-tanduk yang kurang bermoral dan telah mendorong kepada perubahan drastik kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara.
Kemajuan telah menjadikan taraf hidup semakin meningkat, keperluan keluarga semakin bertambah dan individu semakin bersaing untuk menjadi hebat. Ada yang berjaya menjalani kehidupan dengan lancar, namun ada juga yang tidak dapat menongkah arus yang pesat ini lalu rebah dengan pengaruh yang kurang elok. Pun begitu, Islam tidak menolak kemajuan dan perubahan. Malah, Islam amat menggalakkan umatnya berusaha untuk mempertingkatkan diri dan umat asalkan tidak tercicir daripada landasan syariat.
Justeru, adalah perlu golongan belia ini diasuh, dididik dan dibimbing ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT. sehingga mampu menjadi generasi yang boleh diharapkan dan dibanggakan iaitu belia yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Adalah lumrah dan fitrah untuk mencari harta dan kesenangan di waktu muda belia kerana itu adalah keperluan hidup. Namun peranan belia hari ini bukan sekadar meningkatkan kerjaya diri dan mencari kesenangan harta, tetapi juga berusaha membangunkan negara ke landasan yang seimbang dan maju dalam acuan kita sendiri.
Ketangkasan berfikir dan kesihatan yang sangat optimum di zaman belia harus dimanfaatkan ke jalan yang benar dan berintegriti. Sesebuah negara yang merdeka memerlukan setiap warganegaranya bersifat patuh dan taat terhadap program-program yang diatur yang memberi manfaat untuk membangunkan negara dalam semua bidang. Kepatuhan terhadap membangunkan kualiti modal insan yang berkualiti menjadi pra syarat kepada pembangunan negara itu sendiri. Tanpa kualiti ilmu dan akhlak yang baik, tidak mungkin acuan pembangunan negara akan berjalan atas landasan yang seimbang.
Belia yang berjiwa kekhalifahan akan sentiasa mempunyai jiwa yang mempunyai kesedaran yang mendalam bahawa pengurusan itu adalah suatu amanah dan dikaitkan dengan ibadah dan barakah. Jiwa kekhalifahan yang ditunjangi dengan jiwa kehambaan yang tinggi akan memerdekakan negara daripada kejahilan dan kemunduran dan ianya bakal membina negara kita ke arah negara yang maju dalam acuan kita sendiri.
Acuan sendiri haruslah tidak menolak faktor-faktor luar yang sifatnya bermanfaat dan dalam masa yang sama, faktor keislaman dapat dicemerlangkan. Oleh itu para belia harus insaf dan sedar bahawa pembangunan potensi diri menjadikan belia berwawasan adalah suatu perkara yang amat penting dalam menjana kemajuan negara. Belia yang berketerampilan dan berwawasan pada dasarnya mempunyai kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat sebarang kelemahan, sedia berkorban serta memahami prinsip kebenaran, meyakininya dan menghormatinya.
Merenung peranan belia di zaman Rasulullah, tidak dapat dinafikan bahawa belia menjadi tonggak utama perjuangan Rasulullah. Dalam sejarah perkembangan Islam, golongan muda seperti Saidina Ali Karamallah Wajhah, Saidina Osman Ibni Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ibni Zubair, Ibni Abbas dan ramai lagi para sahabat yang menjadi pelopor kepada suatu kebangkitan dan menjadi penggerak kepada arus perdana perubahan masyarakat. Mereka selaku sahabat Rasulullah SAW sentiasa berjuang dan berjihad dalam menegakkan ajaran Allah di muka bumi ini. Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Ziad yang ketika itu berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom. Begitu juga dengan kehebatan Muhammad al-Fateh membuka Kota Istanbul (Konstantinopal) ketika usia beliau 21 tahun.
Oleh itu terdapat beberapa perkara yang boleh diambil perhatian semua pihak agar potensi golongan belia dapat dibangunkan secara menyeluruh dan sistematik. Pertamanya, golongan belia harus dibangun dengan nilai-nilai Islami dan murni. Minda golongan belia dan remaja amat terdedah kepada pengaruh baru. Pendekatan Barat misalnya tidak semuanya selari dengan apa yang diperlukan dalam hidup. Namun harus diingatkan bahawa Barat tidak harus ditolak secara mutlak, tetapi proses pembaratan harus diwaspadai. Tanpa asas agama dan nilai murni, watak belia dan remaja terutamanya remaja Islam akan mengalami ketirisan.
Keduanya, memperkukuh pendidikan secara integrasi supaya adanya kesepaduan antara ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Mempelajari asas agama adalah suatu kewajipan yang penting, dan kita sedar akan pentingnya menuntut ilmu yang kifayah. Tetapi dalam mendepani arus globalisasi yang semakin menghimpit umat Islam, menuntut ilmu dan memajukan diri telah menjadi suatu kewajipan demi mempertahankan agama dan umat. Pendidikan yang bersepadu yang menggabungkan kepentingan menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi adalah amat penting supaya kehidupan umat Islam bertambah lebih baik dan dalam masa yang sama ajaran Islam tidak dipinggirkan.
Seterusnya, pembangunan belia harus dijana melalui pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang. Ini amat signifikan dalam usaha menjana pembangunan negara bangsa dan cita-cita agama. Program-program yang dianjurkan haruslah melibatkan semua pihak dan didasari dengan objektif yang berguna dan bermanfaat. Badan-badan belia dan pertubuhan remaja wajar diberi peluang yang luas untuk mendedahkan aktiviti mereka kepada umum untuk menarik perhatian golongan remaja dan belia.
Kerjasama antara badan-badan pertubuhan juga amat penting supaya potensi golongan belia dan remaja dapat dibimbing dan disalurkan ke jalan yang betul.Keempat, mengekang pengaruh budaya popular dan pendekatan secara hedonistik. Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh hedonistik menjadi cabaran kepada gaya dan cara kehidupan pada zaman ini. Media cetak dan elektronik perlu menunjukkan contoh yang baik dan menampilkan laporan yang lebih bersifat membina daripada bersifat memusnah. Rencana-rencana yang memberi inspirasi, bersifat intelektual dan membina minda harus disaji kepada minda golongan belia dan remaja dengan harapan agar ia dapat membina golongan belia yang berwawasan dan berpandangan jauh.Kelima, melibatkan golongan belia dan remaja dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Bidang keusahawan menjanjikan peluang dan rezeki yang amat luas untuk golongan belia.
Selain daripada menjanjikan keuntungan yang tinggi, bidang ini menjana golongan belia supaya berfikiran lebih positif, berwawasan, kreatif, dan cekal. Kemahiran kendiri (soft skills) juga dapat dibangunkan dengan baik. Rasulullah SAW di zaman belianya juga adalah seorang peniaga yang amat handal dan bijak. Justeru, amat wajar belia diberi peluang yang luas dalam bidang ini kerana ia bukan sahaja untuk keuntungan sendiri, malah juga membantu meningkatkan ekonomi negara dan umat secara seluruhnya.Terdapat banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam pembangunan belia. Namun ia memerlukan tanggungjawab dan usaha semua pihak dalam menjayakannya.
Dalam usaha mencapai matlamat belia sebagai penggerak kemajuan negara, golongan belia perlu meletakkan diri mereka sebagai pencetus, penggerak dan pembina tamadun Islam yang unggul, dihormati dan disegani oleh masyarakat dunia. Sekiranya golongan ini mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan kearah kebaikan maka akan lahirlah generasi cemerlang dan negara terbilang yang akan menaikkan martabat agama dan kedaulatan negara di tahap yang tertinggi dan terbaik.

Monday, August 24, 2009

Usrah Saf Pimpinan Kanan

Rahsia Pemilihan Negara Arab Sebagai Tapak Pancaran Islam

Usrah pada kali ini membincangkan tentang hikmat Allah swt memilih negara arab sebagai tempat terpancarnya Islam. Hal ini disebabkan kedudukan negara arab yang terletak ditengah-tengah tamadun awal bangsa Rom dan Parsi sekaligus menjadikan ia sebagai nukleus untuk menyebarkan islam dengan mudah.

Negara Arab merupakan negara yang pertama menerima islam yang mana kaabah telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Disinilah juga tempat Nabi junjungan kita dilahirkan dan merupakan Nabi terakhir yang menyampaikan ajaran Islam ini.Selain menjadikan Bahasa arab sebagai medium dakwah islamiyyah.

Hadis 26:Membincangkan tentang berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang lain.



p/s: ringkas sahaja usrah minggu ni.Moga perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi manfaat yang besar kepada sahabat semua.

Sunday, August 23, 2009

"DISINI AKU BERMULA.."

DIA seindah namamu


Disini aku bermula
Bersama rakan dan taulan
Mengisi kekosongan jiwa
Sebagai bekalan seorang mujahidah,

Rindunya suasana itu
Bersama teman kami harungi dugaan
Bersatu dalam gerakan dakwah
Berhimpun mengisi kekuatan
Kerana asasnya ukhuwah fisabillillah.

namamu dijulang,
mandatmu dibina,
aura mu dirasai,
kehadiranmu diormati.

Tapi sayang,
kau berubah sekelip mata,
tidak lagi sehebat dahulu,
perjuanganmu begitu lesu,
Entah di mana silapnya,
Namamu tidak lagi mekar,
Semekar kelopak bunga di Taman,
Yang pastinya kau begitu kosong,
Kosong bukan kerana ilmu,
tapi akal budinya.

namamu kian tercemar,
oleh mereka yang tidak bertanggung jawab,
masuk menyelinap tanpa diundang,
mengaburi mata pihak tertentu,
ada yang tersedar,
tapi tidak berdaya,
ke mana hilangnya semangat perjuangan kita?
Kini ku pasrah.
segalanya telah berubah
tidak segah dulu,
hanya namanya tinggal kenangan,
moga sinar kan terpancar,
meneruskan sebuah perjuangan,
yang tiada penghujungnya.


nukilan hati: aini,

p/s: puisi ini dicipta dan dirakamkan khas untuk santapan sahabat sekalian


Saturday, August 22, 2009

DERITA TIADA PENGHUJUNG..

Pergolakkan jiwa yang menyinggah di setiap penjuru hati dikalahkan dek nafsu yang bermaharajalela.Dimanakah kekuatan itu? Bertakhtah diatas keimanan kerana Allah swt dengan bertunjangkan dua kalimah syahadah mampu meletakkan diri manusia itu dalam kedamaian.
Tetapi hari ini setiap inci pergerakkan manusia telah diselaputi lumpur yang mematikan akal dan hati yang tulus.Manusia tidak lagi gerun dengan azab Allah swt sebaliknya terus kedepan membawa langkah sumbang dengan tarian gemersik yang mampu membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa. Diwajah mereka terbayang seribu persoalan yang sukar untuk ditafsirkan dan lidah terus bersilat mengatur bicara.Sandiwara penuh kepura-puraan bertopengkan bicara halus cuba menutup gerak hati durjana tidak secalit pun dihati mereka rasa simpati.
Dunia menjadi pentas lakonan manusia berwatak kejam.Yang menongkah arus nukleur penghukum upahan. Bumi Palestin saksi Jiwa syahid bergelimpangan di sana sini seolah-olah tidak ada harganya sebagai manusia makhluk ciptaan Tuhan. Tangisan dan tawa anak –anak kecil tidak didengari melainkan bangunan terpacak gagah bakal menanti roboh angkara bom yahudi. Bagaimana Dunia hari ini?Hanya mampu menjunjung peribahasa "hangat-hangat tahi ayam" atau bantuan bermusim?Noktah.

Ramadhan menjelang kini,
Ku hitung momentum kekuatan diri ,
Mengatur langkah,menyusun bicara,
Tanpa ku sedari,
Sebuah kehidupan bakal menantiku,
Masih kabur,
Tetapi kutahu,
Ia semakin menghampiriku,
Hati ini masih berkira-kira,
Meneruskan perjuangan,
atau sebaliknya
mati ia,maka terkuburla jasad,
Tidak!
pantang undur anak gerakan,
jika tidak berakal budi,
pantang berundur anak sabahan,
jika tidak kenal perjuangan,
Yang pasti nun jauh disana,
Membutuhkan kekuatan rohani,
Ya!
Perjuangaaan tidak seharusnya malap,
Mandat dua kalimah syahadah
Harus dipikul,bersama sebuah keikhlasan,
akhirnya
Ditegakkan atas dasar mencari redhaMu.
ya rabbi...

Nukilan hati: aini

Wednesday, August 19, 2009

USRAH MINGGU INI

Saf Pimpinan Kanan

Dimulakan dengan perbincangan kelebihan al fatihah,kelebihan basmalah:bagaimana kita membenarkan ayat ini dalam kehidupan kita sebagai muslim,disusuli kupasan pendahuluan buku kebangkitan generasi Salahuddin Al Ayubi dan hinggalah Isu semasa tentang ekonomi.Semua ilmu yang di diskusikan ini merupakan satu proses melatih pemikiran kami sebagai ahli gerakan mahasiswa agar lebih berani mengutarakan pandangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan.

Banyak yang telah saya perolehi melalui intipati usrah yang diadakan, apatah lagi saya dan sahabat-sahabat gerakan cuba membuktikan kebenaran maksud ayat basmalah dalam kehidupan sehari-harian ketika melalui pelbagai ujian.

Saya sendiri sempat berkongsi sebuah kisah benar yang pernah berlaku pada diri saya semasa mengahadapi beberapa kesulitan pada saat genting .Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana kesukaran yang saya hadapi pada saat itu.Berkat dengan pertolongan Allah swt melalui sahabat-sahabat gerakan yang akhirnya segala urusan dipermudahkan begitu sahaja. Hal ini Jelas membuktikan pada saya tentang sifat ar rahman dan ar rahim Allah swt kepada hamba-hambaNya.Benarlah kata-kata Allah swt melalui surah insyirah: ayat 6-7:

" SESUNGGUHNYA, DISEBALIK KESUSAHAN ADA KEMUDAHAN, DISEBALIK KESULITAN ADA KESENANGAN"

Apabila melihat pencernaan idea dan pandangan daripada sahabat-sahabat gerakan yang lain, teringat saya pada satu perkongsian pendapat daripada salah seorang sahabat usrah saya yang mana berkongsi tentang keberkatan amalan bacaan ayat basmalah ketika memulakan sesuatu perkara.

Dalam kajian sains sendiri pun pernah melakukan kajian tentang molekul-molekul air yang dibaca dengan ayat-ayat al quran membentuk kristal-kristal yang cukup cantik dan menakjubkan sama seperti kandumgan molekul air yang terdapat dalam air zam zam. Berlainan pula dengan air yang didengarkan dengan muzik-muzik linkin park, metalica dan muzik alternatif lain yang mana jelas menunjukkan kandungan dalam molekul air dibandingkan tidak cantik seperti yang terdapat dalam molekul air yang dibacakan dengan ayat-ayat al quran. Betapa hebatnya kekuasaan Allah swt ini untuk diinsafi oleh semua hamba-hambaNya.

Saya sendiri pernah membaca sebuah buku yang bertajuk "keajaiban sholat:kajian dari sudut saintifik"yang mana buku tersebut ada mengupas tentang diri manusia sendiri samada ketegori manusia yang suka mendengar dan mengamalkan zikir dan membaca ayat-ayat al quran dan kategori manusia yang suka mendengar kata-kata yang tidak baik. Buku ini telah menghuraikan bagaimana seseorang itu sekiranya mengamalkan ayat-ayat suci al quran, diri mereka sentiasa tenang dan tenteram walaupun telah di uji dengan pelbagai dugaan.Hal ini disebabkan air yang terdapat dalam tubuh badan manusia telah dipengaruhi dan berubah membentuk molekul air yang memiliki kristal.Tidak seperti badan manusia yang tidak mengamalkan ayat-ayat Allah swt. Begitulah serba ringkas saya berkongsi tentang sebuah buku.

Berbalik pada perbincangan dalam usrah tersebut juga, saf pimpinan kanan ada membincangkan pendahuluan sebuah buku yang penuh iktibar dan perlu diteladani oleh semua lapisan masayarakat. Tajuk buku tersebut ialah Kebangkitan Generasi Salahudin Al Ayubi dan kembalinya al aqsa ke pangkuan Palestin. Dalam buku ini diceritakan juga apakah kekuatan tentera salahuddin sehingga mampu merampas semula masjid Al aqsa daripada orang-orang Yahudi. Kehebatan tentera Sultan Salahudin Al Ayubi ketika melawan musuh mereka (yahudi) ialah mereka tidak pernah meninggalkan sholat malam. Mereka sentiasa bangun pada waktu malam untuk mengisi kekuatan rohaniyah mereka. Sebenarnya, terlalu sukar untuk saya menceritakan tentang kehebatan sejarah tentera salahuddin al ayubi, melainkan sahabat-sahabat sendiri yang membaca terus daripada buku tersebut.

Justeru, apa yang penting dalam pembentukan paradigma, kita perlu meningkatkan pengetahuan kita tentang sejarah-sejarah ketamadunan islam yang silam bagaimana sesebuah peradaban bangsa itu boleh mencapai zaman kegemilangannya tetapi akhirnya runtuh begitu sahaja.Dimana asasnya pengukuhan sesuatu tamadun tersebut. Selain itu, Paradigma pemikiran ini juga tidak perlu disempitkan dengan bahan-bahan bacaan tertentu sahaja tetapi perlu bersifat transformasi global yang merentasi semua bidang-bidang keilmuan sejagat.Tidak mustahil suatu hari nanti, kehebatan dan kegemilangan islam itu sendiri akan bertakhtah semula dalam dunia kita pada hari ini.

Diharapkan Usrah yang diadakan dalam saf pimpinan kanan ini juga mampu melahirkan insan-insan yang berkualiti terutamanya dalam mengadakan anjakan paradigma seterusnya menyegarkan lagi budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa Unisel.

Jika setitis air itu,
mampu melahirkan ombak dan badai,
maka setitis keringat itu,
mampu melahirkan bangsa yang permai.

Renung-renungkan...


" SESUNGGUHNYA DISEBALIK KESUSAHAN ADA KEMUDAHAN, DISEBALIK KESULITAN ADA KESENANGAN "

surah Al Insyirah: Ayat 6-7

Monday, August 17, 2009

usrah ahlan wasahlan saf pimpinan kanan

Assalammualaikum wwb…

17 Ogos 2009! Genap tiga tahun saya bergelar siswi di Unisel . Sepanjang tempoh tersebut pelbagai dugaan telah saya lalui tidak kira sebagai seorang anak, pelajar dan pemimpin dalam gerakan mahasiswa. Insan yang bertanggung jawab dalam memberi pentarbiyahan kepada saya dan sahabat-sahabat ialah en su bersama isteri ,kak islah.Bermula dengan mengikuti usrah yang dilaksanakan secara sembunyi-sembunyi (hampir 2 tahun lebih) sehinggalah kini (usrah terbuka di unisel) dengan sokongan padu daripada pihak pengurusan tertinggi Unisel , telah memberi banyak kenangan manis dan pengalaman pahit getir ketika mula mengenali erti gerakan mahasiswa.

Sepanjang tempoh tersebut jugalah saya dilatih untuk berorganisasi dalam persatuan, dilatih untuk menjadi pemimpin, dan akhirnya membawa kepada pembentukan perwatakan dan paradigma pemikiran saya sebagai seorang mahasiswa walaupun sepanjang tempoh pentarbiyahan tersebut saya berhadapan dengan pelbagai dugaan yang hampir-hampir membuatkan saya patah semangat ketika baru memulakan perjuangan.

Tetapi hari ini baru saya sedari bahawa ujian yang datang daripada Allah swt itu adalah satu proses yang telah memberi kekuatan pada diri saya untuk berjuang pada jalan agamaNya. Sebenarnya,bukan senang untuk kita berjuang pada jalan agamaNya kerana ujian yang datang dari Allah swt tidak pernah berhenti. Dia akan terus menguji hamba-hambaNya yang taat pada perintahNya. Saya teringat pada firman allah swt yang berbunyi Dia tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan dengan kesanggupannya.

Bila saya teringat, kesungguhan mas’ul saya yang begitu cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran ketika mendidik kami,keadaan ini telah menguatkan semangat saya untuk terus melaksanakan kesinambungan dalam pemugaran budaya ilmu ini.

Insyallah,akan saya manfaatkan ilmu yang ada ini untuk dikongsi secara bersama dengan sahabat-sahabat lain dan masyarakat sabah.

Sunday, August 16, 2009

Perpaduan Melayu Lawan Perpaduan Nasional

Perpaduan dan Integrasi nasional merupakan agenda utama yang menjadi tumpuan kepimpinan negara sejak awal kemerdekaan lagi.Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dengan tujuan mengeratkan perpaduan dan hubungan antara kaum melalui dasar-dasar yang telah digubal untuk mencapai matlamat berfokus.Menurut Ding Choo Ming (2005:17),perpaduan negara yang berkait rapat dengan keselamatan dan juga yang boleh menentukan pembangunan negara adalah asas pada pengekalan kemakmuran kita bersama.Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia dikehendaki memainkan peranan yang aktif sebagai ejen bertindak kurangkan konflik antara kaum di satu pihak dan meningkatkan perpaduan negara di satu pihak yang lain.

Malaysia amat bertuah kerana memiliki pelbagai budaya,agama,dan bahasa.Keunikan,kekayaan dan kepelbagaian ini menjadi mercu tanda kejayaan negara dalam pengurusan perhubungan etnikyang mementingkan toleransi,budi pekerti, dan kerjasama.
Oleh itu,gagasan satu Malaaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri ,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak padaa bulan April 2009 sebenarnya mementingkan slogan berbunyi rakyat" Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan".Ungkapan ini perlu dihayati dengan minda terbuka terutama pasca Pilihan Raya Umum ke 12(PRU-12).

Gagasan 1 Malaysia merupakan kesinambungan dan perjuangan para mantan Perdana Menteri Malaysia seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.,agenda perpaduan kaum telah diperjuangkan oleh Tun Dr,Mahathir Mohamad(1991) menerusi "wawasan 2020".dan slogan "Cemerlang,Gemilang dan Terbilang"yang dipopularkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebenarnya, semua gagasan dan slogan yang telah diilhamkan oleh para YAB Perdana Menteri mempunyai mesej untuk meningkatkan semangat perpaduan nasional dalam kehidupan seharian.Perlu ditegaskan usaha untuk meningkatkan semangat perpaduan bukan satu perkara mudah kerana ia perlu disemai dan disuburkan sejak dari kecil lagi.Oleh itu,peranan institusi kekeluargaan,dan pendidikan amat penting dalam menyemai benih dan baja bermutu untuk meningkatkan semangat perpaduan.Gagasan 1 Malaysia merupakan cetusan idea yang bernas pada masanya untuk meningkatkan nilai tambaah dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Peristiwa 13 Mei 1969, telah memberi amaran keras kepada pemimpin dan rakyat Malaysia untuk bersatu padu agar dapat hidup bersama-sama dengan aman dan damai.Apakah asas perpaduan kaum selepas tragedi rusuhan kaum pada tahun 1969?
Secara umumnya,ideologi negara,iaitu Rukun negara yang diisytiharkan pada 31 0gos 1970 membuktikan pihaak kerajaan telah meneyedari bahawa penumpuan pembangunan negara sebelim itu terlalu menitik beratkan aspek fizikal.Peristiwa 13 Mei telah memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak.

Kerajaan telah mula berusaha ke arah mengisi kekosongan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia supaya dapat membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membangkitkan rasa cinta akan tanah air. Badan yang bertanggung jawab menggubal Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MPN).Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh MPN sebelum diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Setelah Rukun negara digubal,ia akan disampaikan pada rakyat melalui pendidikan dan Media massa. Namun,sejauhmanakah rakyat Malaysia memahami ideologi negara secara murni?Penghafalan rukun negara adalah tidak mencukupi tanpa penghayatan yang baik.Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita perlu memahami erti perpaduan yang sebenar dengan berdasarkaan lima prinsip Rukun Negara.

Saturday, August 15, 2009

KURMA oH kURMA

Kurma dalah sejenis tumbuhan palma atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai phoenix dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah .Buah kurma juga kaya dengan zat besi,kalsium,fosforus, sodium,potassium, Vitamin A,C dan niasin. Kurma juga amat berkesan untuk mengubati gangguan usus. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang, kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah.

Sunday, August 9, 2009

LIBERALISASI EKONOMI:Peluang dan Cabaran Generasi Muda

Berlangsung di Wisma Belia,Kompleks MAYC, 40.Jalan Syed Putra,Kuala Lumpur dengan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,kongres ini telah mengupas pelbagai topik yang sangat menarik dan penting sekali untuk dihayati oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Menyahut seruan kerajaan ke arah "Gagasan 1 Malaysia" kongres yang telah diadakan ini memberi makna kepada semua peserta yang hadir. Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan pada satu masa menyebabkan peserta diminta untuk memilih tajuk yang mereka minati.Dan ini bukanlah masalah bagi saya untuk mendapatkan input-input yang berguna untuk semua sidang. Saya telah mendapatkan maklumat-maklumat daripada sahabat-sahabat yang mengikuti sidang masing-masing memandangkan saya memilih untuk berada di sidang "Liberalisasi Ekonomi : Peluang dan cabaran Generasi Muda". Topik ini telah dibentangkan oleh Encik Mohd Yusof bin Abd.Rahman Pengarah Bahagian Kewangan dan Pelaburan YPEM. Kertas kerja ini adalah untuk memperlihatkan cabaran dan peluang yang berkaitan dengan pengumuman kerajaan untuk meliberalisasikan 27 sub sektor perkhidmatan serta merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.

Sub sektor ini melibatkan bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan pengangkutan,perniagaan dan komputer.Selepas tiga bulan dasar itu diumumkan peningkatan ekonomi dilihat semakin ketara dan aktiviti Bursa Malaysia kembali melonjak.Malah bank-bank pelaburan yang mengalami kejatuhan sejak beberapa tahun lalu kini dilihat bertambah yakin untuk mewmbuat tawaran awam permulaan.(IPO)

Inisiatif kerajaan ini telah menggalakkan pelabur-pelabur asing dari luar merebut peluang untuk melabur kembali di Malaysia walaupun pada waktu ekonomi dunia mengalami kejatuhan.
Pembentang juga ada menyentuh tentang sekatan perdagangan yang berlaku diantara Negara-negara mengikut kehendak dan keperluan setiap kerajaan.Halangan-halangan ini menyebabkan sesuatu kos berbeza mengikut negara masing-masing termasuk perkhidmatan.

Mengikut John Prince Smith (1809-1874), ada sesetengah individu cenderung menggunakan kerajaan untuk mempengaruhi perjalanan ekonomi.Sebagai contoh sekiranya ada pengeluar yang dapat mengahalang pesaingnya dari pasaran melalui pelesenan, ordinan perniagaan atau denda mandatori di bawah alasan tarif perlindungan maka pasaran akan mengalami kekurangan barangan yang dihasilkan oleh pihak yang memonopolikan pasaran dan pengguna pula akan terpaksa membayar harga yang tinggi.Ketidakadilan yang timbul apabila pihak berkuasa memihak pada satu pengeluar amat ketara.

Sebenarnya, ketidakadilan ini telah ditanggung oleh umum.Pada amnya,kerajaan tidak ada jalan lain untuk memesong perjalanan ekonomi dari haluan asalnya melainkan dengan mengurangkan bekalan.Tindakan kerajaan ini boleh mengubeh haluan bebas ekonomi hanya dengan menyekat sesuatu yang efisyen dan dengan memberi mandat kepada sesuatu yang tidak efisyen.Kesan campurtangan ini telah terbukti di perbagai arena, pembatasan arena,cukai terhadap faedah dan pembatasan terhadap bank. Apabila kita meneliti sekatan perdagangan,permintaan terhadap kebebasan perdagangan ,sepertimana yang telah disebut di atas adalah supaya tiada pembatasan terhadap pembahagian tenaga kerja diantara penghuni-penghuni yang lain di negara-negara yang berlainan.Liberalisasi yang berlaku di Malaysia adalah suatu dasar ekonomi bebas yang menbuka aktiviti perdangan ke peringkat Asia dan juga dunia.

Di Malaysia, ianya bermula pada tahun 1974, iaitu setelah terbukanya pasaran ekuiti dengan beberapa kekangan tertentu. Pegangan saham oleh pelabur asing umumnya hanya 30 peratus.dengan kebenaran terlebih dahulu daripada Foreign Investment Comitee(FIC). Manakala akta industri sekuriti pada 1987 diperkemaskan dengan memberikan keluluskan berlesen kepada broker Saham asing untuk menjadi dealer .Pada tahun tersebut juga menyaksikan Malaysia Fund disenaraikan di Bursa Saham New York.Pada tahun 1988, Malaysia Growth Fund ditawarkan oleh Nikko Securities Co. untuk pasaran Jepun. Seterusnya pelabur asing dibenarkan mengambil bahagian dalam IPO melalui kebenaran IFC pada tahun 1990.

"Tukar Persaan Marah Kepada Belas Kasihan.."

Kerisauan yang menerpa saya pulang bersendirian ke rumah saya betukar menjadi satu sesi temuramah yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa ada sebarang perancangan.Al maklumla seusai menghadiri muktamar ABIM Kebangsaan, semangat gerakan masih kuat melingkari diri saya. Begini kisahnya, bimbang keselamatan diri untuk pulang berseorangan, saya mengambil keputusan untuk menumpang rumah saudara kawan saya yang saya kenal semasa muktamar ABIM. Setibanya dirumah saudara kawan tersebut kami disambut oleh tuan rumah yang begitu mesra sekali.Borak punya borak akhirnya menyimpangla tentang gerakan pelajar pada suatu ketika dahulu.
Kemudian kawan saudara tersebut meminta kami agar menemu ramah seorang bekas gerakan mahasiswa di USM suatu seketika dahulu.Memandangkan masih penat, kami mengambil keputusan untuk berjumpa orang dimaksudkan itu pada keesokkan harinya.Sebenarnya, ramai yang kami mahu temu ramah pada hari tersebut.Tetapi mungkin belum ada rezeki lagi kerana masa yang amat terhad.Cuma saya amat kagumi individu-individu yang ingin kami temuramah ini sedia member kerjasama pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan asalkan maklumkan pada mereka terlebih dahulu.

Hari ini saya berpeluang menemuramah seseorang yang suatu ketika dahulu pernah menjadi orang kuat dalam gerakan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1970 an.Melihat pada perwatakannnya yang tegas, saya sedikit berasa takut dan kekok untuk memulakan bicara.Tapi lama kelamaan, barulah saya faham pandangan pertama kita terhadap seseorang tidak semestinya benar.Saya tahu ini adalah peluang saya untuk mengetahui sejarah perjuangannya ketika pernah menjadi seorang mahasiswa suatu ketika dahulu.
Berbekalkan sikap ingin tahu saya mengenai beliau, saya memberanikan diri untuk menanyakan beberapa soalan kepada beliau.Selama hampir 2 jam 15 minit bertandang ke rumahnya banyak pengalaman, idea dan ilmu yang beliau kongsikan. Kegigihannya dalam memikul tanggung jawab sebagai anak sulung daripada beradik yang ramai amat saya kagumi. Beliau sempat berkongsi pengalaman beliau ketika tinggal di Australia.Bukan itu sahaja beliau juga sempat berkongsi tentang penanaman tumbuh-tumbuhan yang tidak perlu menggunakan tanah tetapi hanya menggunakan kertas dan bahan-bahan terbuang. Pelik bagi saya yang tidak arif dalam dunia pertanian tapi apa yang buat saya tertarik ialah apabila beliau menasihati saya agar apabila kita marah pada seseorang,kita perlu tukar perasaan itu pada belas kasihan pada seseorang yang kita marah. ‘Bolehka..?’ itulah perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulut saya ketika berbual-bual bersamanya.Melihat cara percakapan yang tegas, saya akui beliau bukanlah calang-calang orangnya.

Aura pidatonya masih lagi dirasai. Beliau juga sempat menunjukkan beberapa foto kenangan bersama Mantan-mantan Perdana Menteri Malaysia.Antaranya Tunku Abd. Rahman,Tun Dr. Mahathir Mohamad,dan Pak Lah sendiri (ketika mereka masih muda lagi).Turut kelihatan beberapa orang kuat dalam pentadbiran Negara pada masa ini. Terlalu banyak cabaran yang dihadapi oleh beliau.Bagi saya ini adalah peluang yang tidak boleh disia-siakan sama sekali dan perlu diteladani. Beliau juga sempat berpesan pada saya agar akan ada lagi kunjungan saya ke rumah beliau pada bila-bila masa.