Monday, February 20, 2012

alhamdulillah

baby dah semakin bijak...dah pandai mahu yang dia nak... Dan menolak yang dia tak minat..alhamdulillah...

Monday, December 26, 2011

27.12.11

Seteleh sekian lama tidak menconteng rasa di hamparan maya ini, akhirnya jari jemariku mula rancak menari di keyboard PC yang sudah tua ini...hihihi sebenarnya pc ini adalah kepunyaan suami, tapi sudah dipindah milik kepada saya...

Sunday, October 30, 2011

Rindu sangat2



kecilnya dia...alhamdulillah sekarang dah besar... sayang dgn dia.... sangat2 sayang,sedar dia hanya pinjaman sementara yang pelu dijaga didik dgn sebaiknya...

Saturday, October 29, 2011

Susahkah minta izin?

MEMINTA IZIN! Tidak kira sehebat manapun kita setinggi manapun posisi kita meminta izin adalah sesuatu yang sangat dituntut. MEMINTA IZIN merupakan tanda penghormatan kita kepada seseorang. Bayangkan jika hak anda diguna pakai sesuka hati tanpa kebenaran, tentu anda rasa kecewa, marah dan terkilan bukan?

Sunday, October 23, 2011

Suamiku terapi terbaik untuk diriku



23 oKTOBER 2011
Tepat jam 9.07 minit pagi

Saya menerima panggilan daripada suami tercinta Mohammad Yusof bin Naim."Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kita' Sejuk hati mendengar kata-kata suami.Rasa terharu pun ada.Saya ni sangat sensitif orangnya mudah untuk menangis walaupun hakikatnya saya suka menyembunyikan airmata. Panggilan telefon dari suami saya pagi ini benar-benar memberikan satu suntikan semangat yang cukup kuat untuk saya berhadapan dengan cabaran pada masa depan. Bak kata orang, kata-kata suami merupakan terapi terbaik bagi seorang isteri dan menjadi momentum kekuatan diri dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Memang tidak dapat dinafikan segala kekurangan/kelemahan suami merupakan simbol kekuatan /kelebihan kepada seorang isteri. Insyallah antara kami saling lengkap melengkapi. Sebenarnya, beruntung apabila bergelar isteri ini.Dalam hati, berazam untuk merebut makam isteri solehah. Agak sukar.Namun, tetap dikuatkan hati untuk menjadi wanita terbaik dalam hidup suami saya.Insyallah pahala dan ganjarannya amat besar disisi Allah swt.

My Baby



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi... kami dikurniakan anak secepat yang ini..tak sedar pejam celik baby syafiQ dah berusia hampir 4 bulan (29 okt nnti) cepatnya masa berlalu.Kini, rumah tidak sesunyi dulu ada saja suara rengekan tangisan dan suara baby ketika bermain...alhamdulillah... Dalam membesarkan baby syafiq saya dan suami telah berazam untuk menerapkan nilai keilmuan seawal yang mungkin untuk baby syafiQ. Biarlah dia dibesarkan dengan dunia ilmu.Bagi saya ianya suatu yang cukup mecabar.Namun saya sedar, saya seharusnya tidak berputus asa dalam usaha mendidik anak. Anak merupakan amanah Allah yang sangat bernilai.Jika salah didikan pasti membawa padah.


Berat rasanya memikul tanggung jawab ini, tetapi sebagai wanita yang ingin mendapatkan gelaran wanita mulia, cabaran ini saya terima dengan penuh kesabaran. Seperti wanita-wanita lain di dunia, mempunyai anak sendiri adalah sangat bermakna bagi kesinambungan zuriat dan generasi..


Anak dengan kemewahan
Mengatur strategi, saya sendiri tidak akan memanjakan anak dengan kemewahan dunia.. lebih baik saya garapkan nilai kesederhanaan dalam mendidik dia..
Ya Allah bantulah kami dlaam memikul amanah dan tanggung jawab sebagai ibu dan bapa Mohammad Nazmi SyafiQ .Amin..

Saturday, October 22, 2011

insafi kejadian diri

Setiap manusia dilahirkan punya hati dan perasaan bukan? Dan perasaan yag ada pada setiap individu itu adalah lengkap dan sempurna.Tidak kira marah,benci,suka,duka,sayang cinta dan sebagainya.
Namun begitu,manusia tiada yang sempurna.Mungkin cantik pada wajahnya tetapi bukan pada hatinya, Baik pada hatinya tetapi tidak pada wajahnya.

Bersyukur dan terus bertaqwa

Sebagai makhluk dan hamba Allah swt, kita seharusnya menerima kekurangan diri kita dengan lebih bermuhasabah. Lebih bertawadhuk dengan menginsafi ciptaan allah yang ada pada diri kita.Bukannya takbur!