Sunday, March 21, 2010

Ilmu perlu dituntut walau sampai ke tiang lahad

Usrah sebagai medan utk percambahan idea dan wadah mendapatkan ilmu.Tapi,Sayang peranan usrah masih kurang difahami oleh segelintir masayarakat. Malah kewujudannya disalah tafsir oleh puak yang tidak bertanggung jawab. Ada sesetengah orang memandang sepi tentang peranan usrah ini.Ada juga yang beranggapan usrah ini sesuatu yang leceh.Bagi saya apapun pandangan anda semua usrah merupakan platform bagi kita untuk melahirkan tokoh-tokoh pemikir. Ramai tokoh-tokoh pemikir di Malaysia dilahirkan melaui usrah.

Hari ini, saya terlibat bersama Usrah HELWA Abim Sabah.Ada bberapa perkara buat saya berfikir sejenak kenapalah rapuhnya pemikiran segelintir masayarakat pada hari ini tentang salah satu kaedah pembudayaan ilmu ,iaitu usrah.

Sahabat sekalian,

ilmu bermanfaat perlu dituntut dengan apa cara sekalipun.Jangan sempitkan soal menuntut ilmu,kerana ia amat merugikan.Jangan sesekali mencetuskan stigma tentang ilmu yang tidak baik.

Cabaran berada dimana-mana ,dugaan melanda menghempap kekuatan diri

Terkilan! Hanya itu yang mampu saya katakan. Kita hidup didunia ini Allah bekalkan kita pelbagai nikmat kesenangan hidup hingga kita lupa untuk menunaikan hakNya.
Sedarkah kita Allah menguji dan menduga kita bukan bermaksud Allah membenci kita,Tetapi sebenarnya Allah sangat sayangkan kita,justeru Allah swt uji kita dengan pelbagai dugaan supaya kita ingat kepadaNya ketika kita ditimpa susah.

Tapi apa yang berlaku pada hari ini,ramai yang semakin diuji,semakin jauh dari melaksanakan ibadat kepadaNya,Mengapa?Sebab mereka kurang ilmu.Kesian melihat mereka,Sepatutnya bilamana kita diuji,kita patut rasa bersyukur,kerana kita insan-insan terpilih.

Saya berasa terkilan tapi alhamdulillah masih lagi tenang dengan keadaan diri pada masa sekarang.Ujian yang datang dalam hidup bertimpa-timpa.Sehingga diri hampir menyerah kalah.Kuasa Allah, allah hadirkan kekuatan dalam diriku agar terus berjuang di medan dakwah.

Sungguh Berat tanggung jawab ini untuk aku pikul.Ya allah...berikanlah aku kekuatan agar terus berada dalam perjuangan menegakkan agamaMu...

cinta

Ternyata bukan mudah untuk menyatakan perasaan cinta pada seseorang apatah lagi jika diri menerima pentarbiyahan.Gelodak jiwa terpaksa ditahan.Zikrullah,sholat hajat dan istikharah sebagai benteng diri dari godaan syaitan.Tangan sentiasa menadah memohon redha ilahi agar dipelihara diri dari godaan syaitan laknatullah!!!nauzubillah...! Disini ingin saya menarik perhatian sahabat-sahabat sekalian tentang makna cinta..Fitrah semulah jadi manusia diciptakan secara berpasang-pasangan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Perasaan cinta hadir tanpa disedari.Tidak diundang,tidak dijemput dan tidak dialu-alukan?sahabat setuju?Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju .CINTA itu subjektif.Hanya insan yang benar-benar ikhlas mampu menerima kehadiran cinta.

sahabat sekalian,

Saya coretkan madah cinta di lembaran ini sekadar renungan kita bersama Ramai diantara kita yang takut pada cinta sebab cinta itu buta.Ada juga diantara kita trauma dgn perkataan cinta kerana cinta pernah buat dia merana.Tetapi ramai yang tidak sedar cinta itu tidak bersalah kerana cinta hanyalah sebuah perasaan yang naif memerlukan pengemudi yang baik untuk capai matlamat cinta yang sejati.

Mengapa adik-adik di luar sana banyak terlibat dengan gejala cinta tidak bermaruah?? Kerana mereka tidak faham apa itu cinta ?? Bukanb itu saja disamping mereka juga dikelilingi syaitan-syaitan durjana yang membawa padah.Sedia melihat statistik kelahiran anak luar nikah yang mencecah sehingga 257000 orang.Dimana silapnya?
Adakaherasaan cinta juga turut dipersalahkan?

Sahabat ku sekalian saya,

sekali lagi saya ingin menegaskan disini saya tidak dilahirkan untuk memperjuangkan anti cinta tapi saya disini semata-mata untuk memurnikan cinta di kalangan adik-adik yang masih tidak faham peengertian cinta sebenar. Selepas terkejut melihat beberapa statistik gejala sosial dikalangan remaja,jauh disudut hati saya..berfikir untuk mengadakan pendekatan yang sesuai untuk adik-adik.

CINTA,CINTA& CINTA

erm,tak silap saya ada juga diantara kita yang geli dengan perkataan cinta .mengapa? Sebab dia masih tidak bersedia dengan kehadiran cinta atau mungkin juga dia ada sejarah disebalik perkataan cinta itu sendiri.

Apapun, bagi adik-adik semua dan sahabat gerakan,
ketahuilah apa yg berlaku terhadap diri kita, samada kita diambang cinta,tengah bercinta ataupun telah putus cinta ...

Hakikat sebenar,cinta kita ialah KepadaNya..ya rabb....

Friday, March 19, 2010

setelah lama menyepi

Rasanya sudah lama tidak main conteng2 d hamparan permaidani ku ini...huhhuuh
rindu jugak...ermmmmmm...selepas melalui tempoh pahit getir utk beberapa bulan akhirnya diri kembali tenang,jiwa semakin tenteram,fikiran pun semakin baik...
Kuasa Allah...alhamdulillah... kerana aku diuji dengan sebegini rupa....

insyallah...bakal mewarnai alam baru
bukan senang sesuatu yg mencabar bagiku..
bercampur baur perasaan ku masa ni...
antara berdebar,malu,takut,bahagia,erm macm2 la....
harapnya hari bahagia itu akan tiba seperti yang dirancang...
ya allah permudahkanlah urusan kami....