Friday, September 16, 2016

Sandakan Family yusof&ain on vacation

Setelah menikmati panorama pemandangan menara kayangan kami seterusnya ke destinasi satu lagi bandar terbesar di Sabah yang terkenal dengan org utan ahaha Sandakan!

Suami menempah hotel fourpoint ..tengoklah aksi anak anak yang keletihan 5jam berada dlm perjalanan dari Tawau

berada dibilik dengan pemandangan laut dan pasar besar sandakan sangat menyeronokkan...waktu makan hanya dihabiskan dalam bilik sanggup menapau ahahaha

sesekali bawa anak ke swimmingpool rugi kalau xpegi hehehehe

cantik! begitulah pemandangan waktu mlam dari hotel ini hehehe

Hari kedua di Sandakan

tq my suami ajak ayang n anak anak bercuti:)

FamilyYusof&ain on vacation

Tower of heaven,mount Silam Sandakan

Pertama kali menjejakkan kaki disini.Teruja!

panorama yang menghijau dari pandangan atas Menara Kayangan.Mengagumkan! Allah maha besar:)

Syafiq & syuhada' berpeluang ke menara ini merasai sendiri pengalaman menaiki menara ini . Menyeronokkan! Zaman gawat tidak mampu shopping..

  Selami alam ciptaan tuhan yang begitu indah. Jauh dari hiruk pikuk kota bandar yang sunyi

10km ya smpai ke menara ini dari tempat jual tiket :)naik kereta lah:)

Friday, January 8, 2016

Syuhada': Dilahirkan dalam keadaan prem dan menjalani transfusi darah

sudah ditakdirkan tuhan saya melahirkan anak kedua saya dalam keadaan yg saya sndiri tidak menjangka apa2,
anak kedua saya dilahirkn dalam keadaan yg lemah dan ditempatkn dalam inkubator selama 29hari...dan selama itu saya berulang alik dri rumah ke hospital membawa bekalan susu.

Memujuk hati sndiri supaya tabah dan cekal serta bersifat positif!pada tuhan kuserahkan segalanya. Bukan tidak mahu meratap keadaan diri, tetapi saya memilih utk berserah sepenuhnya pd Allah swt dan redha dgn ujianNya. Tidak sedikitpun saya merungut dgn dugaan yg menimpah...

Bacaan zikir sntiasa bermain dibibir. Alhamdulillah..

kini anak saya NURJANNATUS SYUHADA'  sudh berusia 2 tahun 7 bulan,semakin bijak ,aktif dan ceria...:)

Alhamdulillah..

Allah tidak akan menguji seseorg hamba selain dgn kemampuannya

Saturday, September 5, 2015

anak pertama saya

mohamad nazmi syfiq bin mohamad yusof

4tahun 2 bulan!!!

Anak kedua saya

Bismillahirrahmnirrahim

assalammualaikum wwb

anak kedua saya

tahun berganti tahun

siapa sangka

saya ditakdirkan menjadi suri rumah sepenuh masa kpd dua org

anak!

tiada penyesaln!

aku gembira dapat mendidik anak anakku secara langsung

gembira!!!

terimakasih Allah..

atas segala aturanMu

Wednesday, October 22, 2014

syafiQ&syuhada

Mereka permata hati kami

Di Ambang tahun keempat mahabbah cinta kami

Abang
tika ini
ayang menatap
potret kenangan indah
dihari pernikahan kita
agak janggal rasanya
perkenalan di alam maya
akhirnya
membawa ke jinjang pelamin
kekok!
Jodoh pertemuan
Allah yang tentukan
tiada siapa dapat menghalang
Abang
diambang tahun keempat
kita bermahabbah
seperti pasangan lain
kita juga turut diduga
Alhamdulillah
setiap dugaan itu
kita hadapi dengan tenang
tidak meroyan
tidak meminta minta
tidak pula mahu menyusahkan
kita percaya
dan
kita yakin
Allah telah tetapkan takdir untuk kita berdua

to be continue

Friday, October 10, 2014

suka suka

sekian lama tidak menukil rasa. Hanya kerana password madahku terhenti seketika... -sambung-

Thursday, October 9, 2014

Bicara Aksara Bermandat

Suamiku
Masih ingatkah abang?
perkenalan kita
dari Yahoo Massenger ke Peta Lakaran ke rumahku?
kini
semuanya sudah berlalu
Hampir 4 tahun kita bersama
menyulam kasih dan sayang
melayar bahtera indah
bersama putera dan puteri kita
cinta berputik setelah kita diijabkabulkan
kuakui
kasihmu begitu tulus
walau terkadang aku tersasar
malu pada diri
sayangku tidak sehebat abang
sabarku tidak setanding abang
tingkahku tidak sesopan abang
emosiku tidak sekuat abang
terimakasih abang atas segalanya
maafkan ayang andai ada terkasar bahasa mencoret rasa
Hanya isteri biasa
Didiklah ayang dengan penuh hikmah pimpinlah ayang dgn penuh kekentalan

101014

Tahun ke empat perkahwinan

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang... alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah menginjak tahun ke empat perkahwinan