Thursday, April 8, 2010

iNSAN YANG TERISTIMEWA



Tidak terungkap kata-kata hati ini,
mengenang pengorbanan mereka
Tidak tertanggung rasa bersalah hati ini
bila mengenang penderitaan mereka
kesabaran mereka,kekentalan mereka
menyuntik kekuatan semangat diri,,,

besar pengorbanan mereka

AKU SEBUAH TONG SAMPAH


"Tong Sampah yang baik hati, sntiasa sabar menampung sampah yang banyak dan pelbagai rupa..." Ramai yang tidak sedar tong sampah pun pandai juga mengeluh...sayangnya...suara tong sampah tidak dapat didengari...kalau didengari,tak tahu berapa banyak hati manusia yang akan terluka dan sakit hati akibat mendengar perasaan marah tong sampah,.. kesian tong sampah...

Sebuah Hati

Pernah hati ini dilukai,
pernah hati ini terguris
pernah hati ini terhiris
dan
pernah hati ini kecewa
tetapi
Hati ini tidak pernah beralah
Hati ini terus sabar
terus menunggu,menunggu dan menunggu..
akhirnya
hati ini berjalan jauh
jauh hingga tidak jumpa penghujungnya
seolah-olah berjalan di awang-awangan
hati ini terus berharap,mengharap
dan
akhirnya tertiarap
hampa hati ini
tawar hati ini
sakit hati ini
meruntun hati ini
mengenang nasib diri
tiada yang sudi
Hati ini tidak benci tapi hanya hambar
hati ini suram,kelam
dan muram..
Lantas hati ini
pasrah dengan apa yang berlaku
hati ini berlagu hiba
jiwa ini meronta kesunyian
hati ini terus berdoa
memohon pada ilahi
agar hati ini dianugerahkan
teman yang baru
Kesabaran hati ini
telah menemukan teman hati yang baru
salam disambut pembuka madah
bicara disusun
menelusuri bait-bait yang 'indah'
hati ini gembira,terharu,bersyukur
kerana hati ini akhirnya telah dimiliki
terimakasih pada sebuah hati yang baru..

Tuesday, April 6, 2010

Pakaian muslimah

Bagi insan yang bergelar Muslimah..niatnya sama sekali bukan untuk menarik perhatian kaum ADAM..tapi niatnya untuk kepuasan diri sendiri..tetapi,dlm Islam:"Niat tak Menghalalkan Cara"

walaupun..niat untuk diri sendiri,tapi kadang2 telah menyebabkan kaum ADAm tertarik..

Ya, yang selayaknya untuk seorang bergelar Muslimah itu pastinya berpakaian sopan, menutup aurat dan kemas, tidak selekeh. Bukan pula mendedahkan aurat dan bentuk badan (sama ada sengaja / tidak). Niat itu penting sekali, untuk menjaga perintah Allah agar terlaksana dan menjaga kesederhanaan diri. Muslimah itu berpenampilan dalam pakaiannya, tentu sekali bukan untuk menarik sang lelaki, tapi justeru untuk menyahut perintah Allah semata. Yang penting di sini ialah menjaga Allah (ie hak-hak Allah), bukan menjaga perhatian lelaki/manusia. Ya, kepuasan diri sendiri hadir apabila penampilan kita kemas dan rapi. Tapi, penampilan kemas dan rapi boleh saja hadir dalam pakaian yang sopan dan selari dengan kehendak Ilahi. Kemas dan rapi tidak hanya hadir bersama pakaian yang kurang sopan lagi menonjolkan aurat dan figurasi badan. Berpakailah bersih, kemas, sopan, menutup aurat dan sederhana, dengan memberikan hak-hak Allah, nescaya Allah akan memberikan hak-hakmu termasuklah kepuasan dalam berpenampilan dan berpakaian, kerana Allahlah Sang Pemberi segalanya, yang kita dambai. Niat memang tidak akan pernah menghalalkan cara, kecuali dalam kondisi terkecuali, darurat umpama. Sedang cara yang halal tidak pernah sempit, Cuma minda kita yang masih (sempit. Harapnya tidak) barangkali, masih belum kreatif dan kritis. Diterima sesuatu amalan atas dua perkara; 1) ikhlas niatnya 2) betul syar'ie caranya. Selama mana pun niat ikhlas, selagi cara tidak syar'ie, jawapannya "maaf".

memanglaa,kal0 surf kat tenet..ade garis panduan permakaian bagi muslimah..

x ketat.x jarang & x menampak kan bent0k badan..

tapi bagaimana dengan warna yang menarik..macam ijau,pink,merah..n len2..

saiz pakaian, kelonggaran, kepolosan tekstur, warna, dll adalah "alat/tools" yang menyampaikan makna/mesej. Sedang pokoknya ialah "persoalan fitnah". Apakah alat-alat itu menimbulkan fitnah? Jika, ya, menimbulkan fitnah, atau akan menimbulkan fitnah, maka Islam katakan "tidak" (ie tidak boleh), kerana Islam adalah agama yang mencegah, bukan saja merawat, kerana Islam agama penyelamat, bukan saja masa "kini" tapi masa "akan/depan". Jika, tidakk, tidak menimbulkan fitnah, atau tidak akan menimbulkan fitnah, maka Islam katakan "silakan" (ie boleh), kerana Islam adalah agama yang memahami manusia, agama yang mudah dan agama selari dengan fitrah. Jadi, apakah pakaian ketat itu menimbulkan fitnah? Jika, ya, maka telah jelas jawapan Islam. Jadi, apakah warna-warna yang menarik perhatian itu boleh menimbulkan fitnah atau akan menimbulkan fitnah? Jika, ya, maka enti telah tahu jawapannya. Sungguh, orang yang waras pancainderanya sangat mudah tertarik oleh warna-warna yang menarik dan terang-benderang. Hal ini sungguh relative dan subjektif, untuk mendefinisikan manakah batas hitam putih pakaian yang dikatakan terang dan menarik itu. Maka, pilihlah jalan yang "pasti selamat" iaitu jalan yang jauh dari syubhah, tetapi telah jelas halalnya, iaitu dengan berpakaian dari warna yang tidak terang-benderang/sangat menarik mata memandang. Apabila menentang menentang, berdialoglah dengan nafsu berhujahkan akal yang waras: "apakah dunia yang lebih dicintai dari Allah dan syurga-Nya?" atau "Allah dan syurga-Nya lebih dicintai dari dunia, perhiasannya dan tipudayanya". Sungguh, soalan ini senang dijawab oleh orang yang bijak dan senang dilaksana oleh perindu Syurga yang punya iman sihat.

sdikit sebnyk menaik kan seri muka si pemakai..

apakah menaikkan seri muka tidak memikat dan tidak menimbulkan syahwat (keinginan)? Akal waras dan iman sihat, senang menjawab.

bagaimana pulak dengan celak yg menjadi sunnah..

apakah mempamerkan kecantikan dan kemenarikan celak tidak memikat dan tidak menimbulkan syahwat (keinginan)? Akal waras dan iman sihat, senang menjawab. Apakah benar-benar kerana mengamalkan sunnah atau kerana menyalahgunakan sunnah untuk menjustifikasikan kemahuan nafsu? Hanya hati dalam yang ikhlas tahu menjawab. Jika sungguh mahu beramal dengan sunnah, sunnah memakai celak boleh dibuat apabila tidak keluar ke khalayak (ie cuti di rumah, malam etc). sunnah memakai celak adalah sebuah sunnah, tapi sunnah dalam kategori yang kecil, bukan sunnah yang lebih utama. Ada sunnah yang lebih utama – dari segi perhatian yg diberikan oleh rasulullah, dan dari segi maslahah (kepentingan/manfaatnya) kepada diri dan ummah. Ada baiknya kita mengutamakan sunnah yang lebih utama dari sunnah yang kurang utama. Sunnah yg lebih utama umpamanya menjaga "kewajipan" – dalam hal muslimah ie menjaga aurat, pergaulan, percakapan dsb -, dan sunnah-sunnah "sunat" seperti Qiam al lail, membaca Quran, memahami Quran, menghalusi (tadabbur), mengamalkan Quran, zikir (sebutan di mulut) dan zikir hati (tafakkur, muhasabah), sedekah, tolong orang.



lagi2..mater adalah senjata paling tajam bagi muslimah selain kata2..

ya, benar sekali. Lebih tajam dari mata tombak. Lebih tajam dari mata panah. Kerana itu Rasulullah mengatakan dalam hadisnya, intinya pertentangan mata lelaki perempuan (yang tidak perlu / beserta nafsu) itu ibarat terkena panah syaitan.

adakah dlam usaha untuk menjadi muslimah sejati..kte x b0leh berhias sama skali..

Boleh, secara sederhana dalam sopan santun memelihara hak-hak Nya.

walaup0wn..kte taw..se0rang muslimah yg dilihat mewakili k0muniti muslimah yg len..jikalau sederhana..ape kah standard sederhana yg sebenar2 nye?

Seperti telah dihuraikan, ia subjektif dan relative. Tanyalah pada mata hati sendiri yang paling dalam dan ikhlas. Ia mengetahuinya. Mintalah fatwa hati, kerana ia tidak pernah menipu.

niat untuk klihatan cantek..dikira sebagai nafsu kan..tp..kal0 kter ingin juga lakukan wp0wn niat untuk kpusan diri sendiri..adakah itu dikira d0se??

ada beza antara tidak "hodoh" dan sengaja mahu menampakkan kecantikan. niatlah utk kelihatan tidak "hodoh", tapi bukan niat utk sengaja mahu menampakkan kecantikan. Dan sesuaikanlah tindakan dengan niat. Ikhlaskanlah. Ketepikan dulu permasalahan hokum "berdosa atau tidak", tapi sedarlah dulu bahawa setiap dosa itu "maha dahsyatnya". Apabila ada kesedaran ini, yang utama dicari bukanlah "berdosa atau tidak", tapi yg dicari ialah "bagaimana mahu mengelakkan dosa". Tentang hokum berdosa atau tidak, selain mendapat jawapan dari imam/uztas/buku fatwa/buku hokum, dapatkanlah jawapan dari hati. Sesungguhnya, dosa itu ialah perkara yang hati tidak tenang dan gelisah kerananya. Maka, jika hati kita rasa tidak enak, tidak yakin dan tidak tenang utk berbuat, maka ketahuilah ia adalah dosa.

sy berharap akhi dpt menjawab pertanyaan dan kemusykilan sy dan juga kemusykilan muslimah yg len2..

Semoga jawapan ini bukan makin membingungkan, bukan makin merendahkan keimanan, bukan makin menurunkan semangat beramal, bukan makin menjauh dari Allah. Semoga makin mencerahkan, dan makin mendekatkan pada Allah. Maaf atas susunan kata yang mungkin mengguris hati, tapi kebenaran mesti tetap disuarakan. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amin.

terima kasih..



salam

al faqir ilallah

Pesanan Rasulullah s.a.w

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum
melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat
melaksanakan
empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :


1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3 . Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi
kamu.
4. P erbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan
kamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah"

Cinta akan lenyap dengan lenyapnya sebab

Ibnul Qayyim al Jauziah menukilkan dalam karyanya Taman Orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu (Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin) ‘Cinta akan lenyap dengan lenyapnya sebab’. Jadi ikhwah dan akhawat, jika cinta itu kerana wajah dan rupa, atau bentuk dan warna, atau kulit dan daging, cinta itu akan hanya jatuh pada wajah dan rupa yang menarik saja, bentuk dan warna yang terkenan di hati saja, dan kulit dan daging yang mengiurkan saja. Tetapi ingatlah bahawa setiap yang bernyawa itu berusia, pasti menua dan pasti akan ada ajalnya juga. Wajah dan rupa akan menua. Bentuk dan warna pun akan berubah mengikut masa. Daging akan lembik dan kulit akan mengecut apabila tiba masanya. Lalu apabila tiba masa-masa itu, ke manakah akan perginya cinta? Yang dulu dilafazkan cinta selama-lamanya. Cinta abadi abadan-abada. Cinta hingga ke syurga. Cinta hingga kembali pada-Nya. Cinta setia hingga ruh berpisah dari jasad. Ke mana akan perginya cinta apabila wajah dan rupa menua, kulit mengendur dan daging melembik, bentuk menghodohkan dan warna pun pudar, sedang nafas masih bernyawa, belum masanya dipanggil kembali pada-Nya, belum bercerai ruh dari jasad, belum terlihat bayangan syurga. Jika dulu cinta hadir kerana indahnya wajah dan rupa, menawannya bentuk dan warna serta mengiurnya kulit dan daging, sekarang ketika wajah dan rupa, bentuk dan warna serta kulit dan daging tidak lagi indah, menawan, menarik atau mengiurkan, ke manakah akan perginya cinta? Tapi yang pasti cinta itu hilang, kerana tiada lagi yang indah, menarik, menawan dan mengiurkan. Pelik bukan? Cinta itu hilang, tapi ke mana pergi, tidak diketahui. Kerana kulit ia datang, kerana kulitlah ia pergi. Kerana daging ia datang, kerana daginglah ia pergi. Kerana muda ia datang, kerana tualah ia pergi. Kerana cantik ia datang, kerana hodohlah ia pergi. Lalu bagaimanakah kehidupan yang telah dibina sedekad, dua dekad, tiga dekad atau empat dekad? Apakah memilih untuk bersama tapi bosan, bersama tapi hambar atau bersama tapi benci? Atau memilih untuk tidak bersama lagi, dan kemudian kehidupan pun menjadi bosan, menyengsarakan dan menyepi? Apakah memilih untuk bertemu dalam kemanisan dan berpisah dalam kepahitan? Semuanya kerana rupa, wajah, warna, bentuk, kulit dan daging. Janganlah tertipu. Pilihlah untuk bertemu dalam Kemanisan dan Kekal dalam kemanisan. Bagaimana caranya? Ikuti pembahasan seterusnya. InsyaAllah.
‘Cinta akan lenyap dengan lenyapnya sebab’ (Ibn Qayyim al Jauziah dalam Taman Orang-orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu ~ Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin). Ikhwah dan akhawat, jika cinta kita kerana Allah, dan kita pun sudah sedia ketahui bahawa Allah itu abadi, tidak akan kekal, maka cinta kita pun akan kekal insyaAllah selagimana ia berterusan cinta kerana Allah. Biar awal sampai ujung cinta kita kerana Allah, maka insyaAllah cinta kita akan kekal dan kita akan kekal bahagia bersama. Tapi, jika cinta kita awalnya saja kerana Allah, sedang semakin merentas masa semakin jauh dari Allah atau bukan kerana Allah lagi, maka awaslah! Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah ke asal dan mulakan semula perjalanan cinta kerana Allah itu kerana hanya kerana Allah cinta akan selamat sampai ke destinasinya iaitu Syurga Allah nan Abadi. Atau jika cinta kita bermula bukan kerana Allah, dan sekarang masih tidak kerana Allah atau sejak akhir-akhir ini kita mula mendekati Allah dan ingin berbuat sesuatu hanya kerana-Nya, maka halakanlah cinta kita itu kepada Allah dan pastikanlah ia sentiasa kekal berada di atas jalan Allah. Biarlah cinta kita kerana Allah kerana hanya dengan itu Allah akan berminat untuk menjaga cinta kita. Jika tidak kerana Allah, usahlah mimpikan bahagia dan lupakan saja bahagia, kerana Allah pun tak mau mencicipkan kebahagiaan pada orang yang tidak mahu berbuat sesuatu kerana-Nya. Jagalah hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mu.

Saturday, April 3, 2010

INSPIRASI KEPADA DIRI YANG MAHU MEMIKIRKAN

Jika di teliti perkataan IMAN, ia bgitu indah dan amat bernilai bagi mereka yang faham...
Ya IMAN itu amat bernilai sekali bagi mereka yang tahu dan faham tentang nilai IMAN...Tahukah
kita siapa yang faham tentang nilai IMAN...Tahu tak..?
mungkin setengah dari kita tahu dan kemungkinan besar juga ramai yang tidak tahu tentang nilai IMAN..

ALLAH MAHA BESAR kerana menganugerahkan IMAN pada kita manusia. Syukurlah bagi mereka
yang faham tentang nilai IMAN..Tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak faham..Berbalik kepada persoalan kita sebentar tadi, Antara mereka yang faham akan nilai IMAN ialah Nabi junjungan besar kita NABI MUHAMMAD s.a.w, para sahabat, alim ulama dan syaitan laknatullah..Sebab apa saya libatkan syaitan dalam konteks hal ini...sebabnya syaitan tahu dan faham tentang nilai iman yang ada pada manusia...Buktinya syaitan bertungkus-lumus untuk menyesatkan manusia yg tidak tahu tentang nilai IMAN...Ish...ish amat rugilah kita yang mensia-siakn IMAN yang diberikan kepada kita...Oleh itu jika di lihat masa kini ramai manusia yang bertebaran di atas dunia ni hanya untuk mencari kepentingan duniawi semata yang kita tahu hanya untuk sementara waktu sedangkan kita lupa memikirkan tentang hal ukhrawi di mana kita hidup untuk selama-lamanya.

Astaghfirullah'ul azim.....sedih rasanya bila sesuatu benda yang bernilai sekali di berikan kepada kita
tidak di hargai oleh kita..Mengapa kita manusia yang di berikan oleh ALLAH S.W.T akal yang hebat tidak mampu untuk memahami serta memikirkan tentang nilai IMAN dan mengapa pula syaitan laknatullah yang dijadikan daripada api neraka jahannam dan amat keji itu mudah sekali untuk memahami nilai IMAN...Tidakkah kita rasa malu dan bersalah pada diri kita sendiri yang telah mensia-siakan pemberian dari ALLAH S.W.T itu.

Oleh yang demikian, di kesempatan ini diri yang tidak sempurna mana ini ingin menyeru pada diri saya sendiri dan seterusnya kepada semua agar bemuhasabah diri kita mulai saat ini untuk memahami tentang nilai IMAN yang ada pada diri kita...JAZAKUMULLAH KAHIRAN KHATIRAN..........

DIPETIK DARIPADA FB SAUDARA MAHMUD

Friday, April 2, 2010

USRAH GABUNGAN SISMA DI WHIRE HOUSE

Assalammualaikum wwb...

Semalam sebelum pergi ke Usrah, saya dijemput datang ke rumah Ketua helwa abim sabah makan steambot sempena meraihkan kecemerlangan adik2 lepasan SPM...seronok jugak rasanya..

Bertolak ke White House

Apa yang menyeronokkan usrah kali ini??
ada elemen tentang persediaan Rumah Tangga dan adab pergaulan dalam jemaah.
Lebar jak senyuman ahli2 usrah bila menyentuh soal rumah tangga maklum sajalah
semuanya masih belum berkahwin ...
huhuhu

ada lg ni...