Bagi insan yang bergelar Muslimah..niatnya sama sekali bukan untuk menarik perhatian kaum ADAM..tapi niatnya untuk kepuasan diri sendiri..tetapi,dlm Islam:"Niat tak Menghalalkan Cara"
walaupun..niat untuk diri sendiri,tapi kadang2 telah menyebabkan kaum ADAm tertarik..
Ya, yang selayaknya untuk seorang bergelar Muslimah itu pastinya berpakaian sopan, menutup aurat dan kemas, tidak selekeh. Bukan pula mendedahkan aurat dan bentuk badan (sama ada sengaja / tidak). Niat itu penting sekali, untuk menjaga perintah Allah agar terlaksana dan menjaga kesederhanaan diri. Muslimah itu berpenampilan dalam pakaiannya, tentu sekali bukan untuk menarik sang lelaki, tapi justeru untuk menyahut perintah Allah semata. Yang penting di sini ialah menjaga Allah (ie hak-hak Allah), bukan menjaga perhatian lelaki/manusia. Ya, kepuasan diri sendiri hadir apabila penampilan kita kemas dan rapi. Tapi, penampilan kemas dan rapi boleh saja hadir dalam pakaian yang sopan dan selari dengan kehendak Ilahi. Kemas dan rapi tidak hanya hadir bersama pakaian yang kurang sopan lagi menonjolkan aurat dan figurasi badan. Berpakailah bersih, kemas, sopan, menutup aurat dan sederhana, dengan memberikan hak-hak Allah, nescaya Allah akan memberikan hak-hakmu termasuklah kepuasan dalam berpenampilan dan berpakaian, kerana Allahlah Sang Pemberi segalanya, yang kita dambai. Niat memang tidak akan pernah menghalalkan cara, kecuali dalam kondisi terkecuali, darurat umpama. Sedang cara yang halal tidak pernah sempit, Cuma minda kita yang masih (sempit. Harapnya tidak) barangkali, masih belum kreatif dan kritis. Diterima sesuatu amalan atas dua perkara; 1) ikhlas niatnya 2) betul syar'ie caranya. Selama mana pun niat ikhlas, selagi cara tidak syar'ie, jawapannya "maaf".
memanglaa,kal0 surf kat tenet..ade garis panduan permakaian bagi muslimah..
x ketat.x jarang & x menampak kan bent0k badan..
tapi bagaimana dengan warna yang menarik..macam ijau,pink,merah..n len2..
saiz pakaian, kelonggaran, kepolosan tekstur, warna, dll adalah "alat/tools" yang menyampaikan makna/mesej. Sedang pokoknya ialah "persoalan fitnah". Apakah alat-alat itu menimbulkan fitnah? Jika, ya, menimbulkan fitnah, atau akan menimbulkan fitnah, maka Islam katakan "tidak" (ie tidak boleh), kerana Islam adalah agama yang mencegah, bukan saja merawat, kerana Islam agama penyelamat, bukan saja masa "kini" tapi masa "akan/depan". Jika, tidakk, tidak menimbulkan fitnah, atau tidak akan menimbulkan fitnah, maka Islam katakan "silakan" (ie boleh), kerana Islam adalah agama yang memahami manusia, agama yang mudah dan agama selari dengan fitrah. Jadi, apakah pakaian ketat itu menimbulkan fitnah? Jika, ya, maka telah jelas jawapan Islam. Jadi, apakah warna-warna yang menarik perhatian itu boleh menimbulkan fitnah atau akan menimbulkan fitnah? Jika, ya, maka enti telah tahu jawapannya. Sungguh, orang yang waras pancainderanya sangat mudah tertarik oleh warna-warna yang menarik dan terang-benderang. Hal ini sungguh relative dan subjektif, untuk mendefinisikan manakah batas hitam putih pakaian yang dikatakan terang dan menarik itu. Maka, pilihlah jalan yang "pasti selamat" iaitu jalan yang jauh dari syubhah, tetapi telah jelas halalnya, iaitu dengan berpakaian dari warna yang tidak terang-benderang/sangat menarik mata memandang. Apabila menentang menentang, berdialoglah dengan nafsu berhujahkan akal yang waras: "apakah dunia yang lebih dicintai dari Allah dan syurga-Nya?" atau "Allah dan syurga-Nya lebih dicintai dari dunia, perhiasannya dan tipudayanya". Sungguh, soalan ini senang dijawab oleh orang yang bijak dan senang dilaksana oleh perindu Syurga yang punya iman sihat.
sdikit sebnyk menaik kan seri muka si pemakai..
apakah menaikkan seri muka tidak memikat dan tidak menimbulkan syahwat (keinginan)? Akal waras dan iman sihat, senang menjawab.
bagaimana pulak dengan celak yg menjadi sunnah..
apakah mempamerkan kecantikan dan kemenarikan celak tidak memikat dan tidak menimbulkan syahwat (keinginan)? Akal waras dan iman sihat, senang menjawab. Apakah benar-benar kerana mengamalkan sunnah atau kerana menyalahgunakan sunnah untuk menjustifikasikan kemahuan nafsu? Hanya hati dalam yang ikhlas tahu menjawab. Jika sungguh mahu beramal dengan sunnah, sunnah memakai celak boleh dibuat apabila tidak keluar ke khalayak (ie cuti di rumah, malam etc). sunnah memakai celak adalah sebuah sunnah, tapi sunnah dalam kategori yang kecil, bukan sunnah yang lebih utama. Ada sunnah yang lebih utama – dari segi perhatian yg diberikan oleh rasulullah, dan dari segi maslahah (kepentingan/manfaatnya) kepada diri dan ummah. Ada baiknya kita mengutamakan sunnah yang lebih utama dari sunnah yang kurang utama. Sunnah yg lebih utama umpamanya menjaga "kewajipan" – dalam hal muslimah ie menjaga aurat, pergaulan, percakapan dsb -, dan sunnah-sunnah "sunat" seperti Qiam al lail, membaca Quran, memahami Quran, menghalusi (tadabbur), mengamalkan Quran, zikir (sebutan di mulut) dan zikir hati (tafakkur, muhasabah), sedekah, tolong orang.
lagi2..mater adalah senjata paling tajam bagi muslimah selain kata2..
ya, benar sekali. Lebih tajam dari mata tombak. Lebih tajam dari mata panah. Kerana itu Rasulullah mengatakan dalam hadisnya, intinya pertentangan mata lelaki perempuan (yang tidak perlu / beserta nafsu) itu ibarat terkena panah syaitan.
adakah dlam usaha untuk menjadi muslimah sejati..kte x b0leh berhias sama skali..
Boleh, secara sederhana dalam sopan santun memelihara hak-hak Nya.
walaup0wn..kte taw..se0rang muslimah yg dilihat mewakili k0muniti muslimah yg len..jikalau sederhana..ape kah standard sederhana yg sebenar2 nye?
Seperti telah dihuraikan, ia subjektif dan relative. Tanyalah pada mata hati sendiri yang paling dalam dan ikhlas. Ia mengetahuinya. Mintalah fatwa hati, kerana ia tidak pernah menipu.
niat untuk klihatan cantek..dikira sebagai nafsu kan..tp..kal0 kter ingin juga lakukan wp0wn niat untuk kpusan diri sendiri..adakah itu dikira d0se??
ada beza antara tidak "hodoh" dan sengaja mahu menampakkan kecantikan. niatlah utk kelihatan tidak "hodoh", tapi bukan niat utk sengaja mahu menampakkan kecantikan. Dan sesuaikanlah tindakan dengan niat. Ikhlaskanlah. Ketepikan dulu permasalahan hokum "berdosa atau tidak", tapi sedarlah dulu bahawa setiap dosa itu "maha dahsyatnya". Apabila ada kesedaran ini, yang utama dicari bukanlah "berdosa atau tidak", tapi yg dicari ialah "bagaimana mahu mengelakkan dosa". Tentang hokum berdosa atau tidak, selain mendapat jawapan dari imam/uztas/buku fatwa/buku hokum, dapatkanlah jawapan dari hati. Sesungguhnya, dosa itu ialah perkara yang hati tidak tenang dan gelisah kerananya. Maka, jika hati kita rasa tidak enak, tidak yakin dan tidak tenang utk berbuat, maka ketahuilah ia adalah dosa.
sy berharap akhi dpt menjawab pertanyaan dan kemusykilan sy dan juga kemusykilan muslimah yg len2..
Semoga jawapan ini bukan makin membingungkan, bukan makin merendahkan keimanan, bukan makin menurunkan semangat beramal, bukan makin menjauh dari Allah. Semoga makin mencerahkan, dan makin mendekatkan pada Allah. Maaf atas susunan kata yang mungkin mengguris hati, tapi kebenaran mesti tetap disuarakan. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amin.
terima kasih..
salam
al faqir ilallah