Semalam saya menerima panggilan daripada seorang sahabat. Panggilan itu tidak seperti hari-hari sebelum ini dan bulan-bulan yang lepas.Terlalu berbeza. Ringkas dan cukup Padat. HaluS tetapi bermakna. Terkedu saya seketika. Mulut ini biasanya petah berkata-kata pantang ada topik baru cepat sahaja dibahas. Tetapi semalam pula berlaku disebaliknya. Walau pada dasarnya hanya perkongsian ilmu semata-mata, tetapi hambar yang saya rasa. Terlalu kelu lidah ini,tersentak sungguh hati ini. Panahan kata-katanya sungguh berbisa. Puas bermuhasabah diri. Dibelek diri ini.Dangkal.Rupa-rupanya terlalu kerdil diri ini. Sedar dan insaf kesalahan diri, keputusan telah dibuat. Biarlah bernoktah disini.Bukan menghukum, tetapi ada baiknya langkah diambil sebagai menginsafi dosa-dosa lepas.
Malunya diri ini.
dengan apa yang berlaku.
Ya Allah,
aku bersyukur kehadrat Mu
Engkau sayangi diriku
engkau hantar dirinya
untuk menyedarkan aku
Tatkala aku leka
engkau kejutkan aku
tatkala aku cuai
engkau berikan peringatan kepadaku
aku bersyukur Ya Allah
diri ini masih lagi tersadai
tanpa digadai..
sahabat
maaf atas keterlanjuran aku selama ini
maaf atas sikapku yang hanyut terlalu jauh
terimakasih atas 'siren' itu..
Diri ini menyepi bukan membenci kamu
cuma diri ini perlu ruang dan waktu
untuk cuba memperbetulkan kesilapan lalu
walau waktu tidak mampu diundur kembali
mohon
diri ini agar dimengerti...