Saturday, July 23, 2011

29 jun@3.40 pm hospital labuan



salam buat bloggers semua...
alhamdulillah... saya telah selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Mohamad nazmi syafiq...Tidak disangka pengalaman bersalin itu sesuatu yang indah tidak seperti yang sering dikhbarkan oleh orang lain.. Sudah rezeki agaknya dipermudahkan segala urusan semasa proses kelahiran syafiq. Awal sebulan dari jangkaan tarikh doktor...syukurlah semuanya selamat... jika dahulu diri pernah dibayangi kesakitan semasa proses bersalin tetapi setelah melaluinya sendiri ternyata ia sangat menyeronokkan.. Kuasa Allah... Proses meneran yang mengambil masa hanya 5 minit saja...alhamdulillah..
teringat semasa pernah bertugas di baitul fiqh(pusat perlindungan wanita seentara) di sanalah saya banyak belajar petua dari seorang ustazah mengenai amalan supaya dipermudahkan proses bersalin.. terimakasih ustazah rindu saat itu...=) Tidak mudah saya melupakan budi baik ustazah atas segala sokongan berhadapan dengan cabaran sepanjang bertugas di baitul fiqh.. buat adik2 dibawah jagaan saya dahulu... semoga sentiasa sihat selalu..

Thursday, April 21, 2011

Melangkah ke Gerbang 'ANNIVERSARY' yang ke 6 Bulan

Assalammualaikum wwb...

Buat suami ain yang sentiasa ditaati, dipatuhi, disayangi setulus hati dan sentiasa dihormati.
Abang,
beberapa hari lagi usia Perkahwinan kita sudah menjangkau selama hampir 6 bulan. Sejujurnya ain katakan, bahawa bahagianya diri ini dan bertuahnya diri ini apabila abang menjadi pendamping dalam hidup ain. Sungguh tidak disangka perkenalan singkat kita pada penghujung 2009 telah membawa kita ke jinjang pelamin. Ain sedar dalam tempoh usia perkahwinan kita yang masih 'mengkal' ini terlalu banyak ujian dan cabaran hidup yang bakal kita lalui. Walaupun masa kita agak terhad untuk bersama tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak dapat memiliki kebahagiaan dalam hidup kerana kebahagian bukan terletak pada kuantiti masa yang banyak untuk bersama tetapi terletak pada kualiti masa yang dimanfaatkan untuk bersama.
Ain sangat hargai pemberian dari abang sempena anniversary kita pada setiap bulan. Romantik. Cukup buat diri ini rasa terharu.

Abang,
ingin ain katakan sesuatu.Sebenarnya, Setiap kali terpandang wajah abang hati ain akan rasa tenang dan tenteram. Ain tau, ain suka merajuk huhuhu entahlah.. semakin usia menginjak dewasa terlalu banyak perubahan dalam diri ain.. Kalau dulu hanya tau mengamuk,melenting,panas baran,emosi,sensitif... Tapi sejak berkahwin dengn abang dapat ain rasakan ain dah hilang identiti tu semua..
Niat ain sebelum bergelar isteri.. ain nak jadi wanita terbaik dalam hidup abang...
Ain bukan seorang wanita yang terlalu meletakkan harapan yang tinggi sebab ain khuatir akan harapan yang tinggi meletakkan seseorang itu pada pertaruhan yang besar dalam hidupnya yang akhirnya memakan diri. Bagi ain biarlah semuanya ditunjangi dengan 'wassotiyyah'kesederhanaan.

Abang,
dikesempatan ini ain memohon ampun dan maaf andai sepanjang tempoh perkahwinan kita ini ada tingkah laku dan tutur kata yang membuatkan hati abang terguris.
Insyallah.. segala amanah dari abang akan ain jaga dengan sebaiknya..

Saturday, December 18, 2010

Abang


Abang
bila ku pandang raut wajahmu
hatiku terpaku dan lidahku kelu
Akhirnya aku tertunduk malu

Abang
bila ku dengar suaramu
hatiku berdegup berdepan denganmu
riang gembira pun datang bertamu

Abang
ceritera awal kita bermula
mengatur langkah mengemudi bahtera
badai mendatang bertimpa-timpa
persiapkan diri menghadapinya..

Abang
Kita banyak membina harapan
Berdua bersama memotretkan impian
mudah-mudahan akan kesampaian
Dengan izinNya dipermudahkan urusan

p/s: mengikut rentak jari jemari seiring dengan lagu hati=)

Friday, December 17, 2010

Untuk apa menangis?

Untuk apa menangis?
kalau airmata sudah habis
baik disimpan agar tidak habis dikikis
Untuk apa menangis?
kalau badan akan terhakis?
baik tenangkan diri sambil cekap menangkis
Untuk apa menangis?
kalau buat hati terguris?
baik menulis kata puitis

kenang-kenangan



Thursday, December 16, 2010

p0TRET CiNTa kemaafan buatmu sahabatku hAIZA

Haiza
anugerah Allah yang cukup berharga
engkaulah teman tatkala kuberduka
aku bersyukur kerana dipertemukan sahabat sebaikmu
walaupun pertemuan kita hamya singkat
kukira ianya amat bermakna untuk diriku
Entahlah..
hatiku begitu mudah mendampingimu
mendekatimu menghimpitmu dengan luahan rasa
solah-olah berabad lama kita menjalin ukhuwah
maaf seandainya diri ini semakin jauh darimu
cuai rasanya diri ini
membiarkan persahabatan yang terjalin
berlalu pergi
sungguh aku merinduimu
bergurau senda denganmu
jauh disudut hati ini
terdetik adakah kemaafan akan diberi
atas lekanya diri ini??

maafkan aku

juz 4 izza

ikhlas aini

"Dedikasi Cinta Buat AINI" FROM hAIZA

Selamat Pengantin Baru

Buat sahabat bernama Aini yang melangsungkan Majlis Pernikahan pada 23 Oktober 2010 yang lepas di Kediaman beliau di Tawau.

Semasa ana menulis entri ini, ana berada di Pitas. Di kejauhan ini, hanya doa dan utusan cinta buatnya sempat ana coretkan.

Izinkan ana bercerita sedikit tentang insan istimewa ini.

Aini, ana mula kenali awal tahun ini. Bulan Februari yang lepas ketika ana menghadiri Bengkel Perancangan Strategik di Pejabat ABIM Negeri. Ketika baru sampai di pejabat ABIM, beliau antara orang pertama yang terus menyapa ana "mesti kamu ni Haiza kan". Mengejutkan ana. Seketika dalam keadaan tersipu-sipu dan kalut menjejakkan kaki di sana. (kekalutan akan sentiasa melanda setiap kali berada di Pejabat ABIM - Lebih-lebih lagi kalau sudah lama tidak memunculkan diri).

Saat tangan kami berjabat, ukhuwwah ini terus terjalin dan ....

Indahnya Perancangan Allah SWT. Kami dipertemukan sekali lagi Mei lalu, dalam suatu program bernama Tamrin Qiyyadi di Kem RELA Tuaran.

Di situ, ukhuwwah kami dieratkan lagi setelah ana berbual agak lama dengan beliau, berkongsi sedikit cerita lama selama 3 hari 2 malam di sana. Sekaligus membedah sedikit siapa sebenarnya Aini disebalik dirinya sebagai Sekretariat ABIM Sabah.

Beliau merupakan seorang sahabat yang memiliki kepimpinan dan semangat yang tinggi. Dinamik, tegas dan tabah. Bakat dan potensi sebagai dai'e yang dimilikinya memberikan ana inspirasi untuk terus beristiqamah bekerja untuk agama.

Ana amat tertarik dengan sahsiah dan perwatakan beliau. Bersamanya, ana seperti mendapat semangat baru. Ana memperoleh suntikan untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri. Berbicara dengannya, ana lapang dan tenang hati.

Beliau adalah antara salah seorang sahabat yang ingin sekali ana dampingi.

Moga beliau juga akan memperteguh istiqamah dan meneruskan tugas sebagai daie dalam lapangan mahligai rumahtangganya kelak.

Hanya doa ana titipkan buatnya, Mendoakan Setiap Kebaikan dan Yang Terbaik Buat Dirinya.

Moga kesejahteraan hidupnya akan sentiasa terpelihara. Buat dirinya yang kini berubah status menjadi seorang isteri kepada suami tercinta.

Buat Aini & Suami,

"Barakkallahu Lakuma

Wa Baraka 'alaikuma

Wa jamma'a baina kuma fii khoir"

Semoga kita dipertemukan kembali..

Sahabatmu,
Haiza.

Wednesday, December 15, 2010

Dedikasi Buat dia My beloved's teacher..(from kak wati n aini)

Butanya cinta terpisah jua
Pantai menanti, ombak menghempas
Tali terputus ikatan terlepas
Indahnya cinta tidak berdaya
...Sombongnya kasta pisahkan mereka....

mata memandang hanya mampu melihat
tangan dihulur tidak kesampaian
andai itu sudah ketentuan
moga redha hingga akhirat
Bukan sekali jalan berduri
bertahun lama kisah terpatri
bahagia dinanti selalu berlalu pergi
moga bahagia kan dimiliki..

Begitulah yang kufikirkan di sini
di kejauhan yang di sapa sepi
dan di dalam mataku yg terluka
selalu kusaksikan mata2 itu terbuka
...menampung seluruh langit yg nila
langit yang jauh dari musim hujan
langit yang meminta air awan
jatuh berguguran.......

Sukar digambar perasaan nan rawan
biar pun hiba tetap ditahan
Sehabis daya menanggung beban
pada siapa perlu 'dilontarkan'
cinta berputik tiada kesudahan
...andai derita jadi taruhan
berserahlah sepenuhnya pada tuhan....

Andai begitu kehendak_Nya
Pasrahlah dgn penuh redha
pastilah Dia lebih Maha Mengerti akan segala
dan lebih Maha Tahu apa yg terbaik untuk mereka...

Dan Kita
kan Berdoa dan terus berdoa
jgn berhenti selagi diri mash bernyawa
mudh2n DIA memakbulkan hasrat hati kita
melihat mereka mencapai bahagia....perkenankanlah ya allah...

Tak kan ada yang mustahil bagi-Nya
krn Dia Maha Segala...
Kun Fa Ya Kun
Jadilah...Maka jadilah ia.......
...Insya4JJI......
Aamin Ya Mujibasaiiliin...

Pertama kali santai bersama suami...


Selepas jak nikah okt lepas...adalah sedikit mengalami reVolusi kurang mendapat rehat..maklum sajalah sibuk melayan saudara mara dan tetamu yang bertandang.
Mau curi-curi tido..alahai tak manis pulak tak sedap la pulak..ha kan INILAH penangan setelah bernikah kena bijak bawa diri dan mainkan peranan..Nak daptkan award isteri yg s0leha la katakan insyallah amin...kalau bujang-bujang dulu..memang pandailah menghilangkan diri 2-3 jam hehehe sekarang ....??? tak b0leh..bukan apa mau mengangkat peranan isteri itu sebagai tanggung jawab yang wajib dilaksanakan...Alhamdulillah bersempena dengan tahun baru ini azam aku pula mau kurangkan sikap mengeluh....nak buang terus pun boleh jugak...Tak baik amalkan...apatah lagi telah bergelar seorang isteri En.Mohd Yusof bin Naim...(rindu nya dengan dia...............huhuhuhu ..) sungguh.

Benarlah yang dikatakan bercinta selepas berkahwin ini... nikmatnya sangat hebat dan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata...=)Disini nak titipkan gambar bersama suami sewaktu first kami berdua santai setelah sah bergelar suami isteri...

Sunday, November 14, 2010

Sedikit Perkongsian




Tidak pernah kujangka detik perkenalanantara aku dan suami telah membawaku kejinjang pelamin bersamanya...
Perkenalan yang cukup singkat ini membuktikan betapa hebatnya kuasa Allah..Alhamdulillah ya allah...Allah maha kuasa.. menentukan jodoh pertemuan makhluk ciptaanNya dan mengatur setiap inci perjalanan kehidupan manusia...

Segala puji bagi Allah...yang mempertemukan aku dengan suami yang sangat aku cintai, Mohd yusof Naim....Terimakasih untuk segala2galanya....

Thursday, August 12, 2010

Perlunya Kursus Pra Perkahwinan Dalam kalangan bakal pengantin

Bertempat di Dewan Hikmah, Wisma MUIS kOTA kINABALU,Sabah. Seramai lebih i00 orang peserta yang datang dari pelbagai daerah seluruh Negeri Sabah mengikuti kursus tersebut. Walaupun jadual agak padat namun mesej yang disampaikan cukup jelas.
Cuma apa yang ingin saya sarankan kepada semua peserta yang bakal mengikuti kursus ini,fokus itu amat penting.Gunakan masa yang ada sebaik mungkin.
Kursus yang berlangsung selama 2 hari itu banyak memberikan kefahaman tentang tanggung jawab sebagai suami dan isteri, peranan keluarga dalam menyebarkan fikrah dakwah islamiyyah, dan membudayakan ilmu.
Saya juga berpandangan kursus seumpama ini perlu diteruskan bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan bakal pengantin.
Peserta yang menghadiri kursus sebegini diharapkan menggunakan ruang dan peluang sebaik mungkin sebagai bekalan hidup berkeluarga kelak.
Saya telah Mengikuti kursus Pra perkahwinan ini sebanyak 3 kali dan memberikan banyak perkongsian ilmu kepada saya.

Wednesday, August 11, 2010

Minggu-minggu terakhir di Kota Kinabalu

Terlau cepat masa berlalu, sedar tidak sedar aku dah berada hampir 8 bulan disini.Amat menyeronokkan.Berkenalan dengan sahabat2-sahabat yang sangat baik hati.
Terlalu banyak perkara yang aku pelajari semasa berada disini. Semuanya berkisar tentang survival diri.Terimakasih pada semua pimpinan ABIM yang banyak mmembantu sepanjang aku berada disini. Tunjuk ajar kalian amat bermakna pada diriku yang naif ini.
Sudah menjadi adat, setiap pertemuan pasti akan terjadi perpisahan. Tetapi bagi aku, perpisahan kali ini amat bermakna kerana menyimpan 1001 kenangan. Yang paling penting sekali ialah ukhuwah dalam kalangan sahabat.Selepas puas berfikir . aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan.Ya bukan sessuatu yang mudah.Amat berat.Tetapi itulah hakikat.Walaupun pahit,Mungkin ada hikmah.

Monday, July 26, 2010

Terasa kehilangan

Bukan mudah meninggalkan sesuatu apatah lagi ia dah mula sebati dalam jiwa kita.Bukan? Penat memang penat.Tetapi rupa=rupanya semakinhampir hari itu semakin terasa akan kehilangan.Ditempat inilah aku mengadu nasib.huh.Bukan mudah teman.Disinilah tempat yang paling fleksibel.hehehhe.semuanya membentuk kredibiliti sebagai seorang pemimpin..jadi bos,jadi kuli(saja jak) hhehehhe....alhamdulillah....walaupun pahit rupa-rupanya banyak kenangan manis disini...=)

Sunday, July 25, 2010

Rindu PadaMu Ramadhan

Ramadhan
kini datang kembali
tidak sabar menanti kehadiranmu
seperti tahun-tahun sebelumnya
kau bawa bersamamu
pelbagai kisah dalam hidupku
bercampur menjadi satu

Bila Manusia lupa diri

Bila Manusia lupa diri
maka segalanya tidak bererti
hijab hanya hiasan cuma
mengaburi pandangan luaran semata
tidakkah malu pada pencipta?
menjadikan kamu sebaik-baik kejadian?
Dianugerahkan akal fikiran
bukan sebagai pelengkap diri
Tetapi bekalan di dunia fana
yang mampu memilih
antara baik dan yang buruk
Sedarlah
kematian kian menghampiri
tidak berlengah walau sesaat
mengejarmu setiap saat
biar penat tetap bersemangat
Fikirla sahabat
janganlah kerana niat
dosa kita kian bertambah
janganlah hanya perbuatan
tingkah kita menyerupai syaitan
dunia hanya bersifat sementara
akhirat sana kekal abadi
jangan berhibur di pentas dunia
yang hanya memberi tawaran palsu
simpatilah pada dirimu
yang tidak tertanggung akan azabNya
Qalam ALLAH jadikan sandaran
untuk pedoman di masa hadapan

Thursday, July 22, 2010

Hentikan kata-kata 'itu'

Hentikan kata-kata 'itu'
Bukan bermaksud aku takut
tapi sekadar perlukan waktu
mencari 'diri sebenar' yang kian menjauh
sebagai tempat untuk berpaut
yang lalu
biar berlalu
jadikan sempadan buat bekalan
ujian datang tanpa diundang
tidak pernah putus melepasi jangkauan
dan aku?
Oh tidak!
Semakin tersasar diri ini
Menyimpang tidak terarah
Menangis dalam ketawa
Ada sesiapa yang tahu?
Benar.
Bila kepalsuan dunia beraja di mata
Bila yang batil menguasai jiwa
Terlalu kerdil diri ini
Lantas
pada MU Tempatku mengadu
mohon dipelihara jiwa raga ini
agar tidak sia-sia hidup ini
Hidup untuk mengabdikan diri padaMu
Bukan pada syaitan musuh durjana

Bila Trauma itu bertamu

Bila trauma itu bertamu
gemuruhku datang bertemu
fikiranku menerawang jauh
Hati nan rawan dibawa jauh
Trauma
andai kau datang
sengaja untuk bertandang
walaupun tidak diundang
sekadar
berlegar diruang ingatan
mengisi jiwaku yang kosong
pulanglah!!!
Tinggalkan aku bersendirian
Jangan menghimpit jiwaku
jangan menyesakkan fikiranku
Pergilah
Terlalu hambar hati ini
walau seminit cuma
tidak ku sapa
kehadiranmu
biar
sesaat cuma
Tidak ku gentar berhadapan denganmu
Biarkan aku
dengan langkahku
biarkan aku dengan
caraku
Yang pasti
aku punya cinta dan cita
yang masih bersisa
walau pernah ia diragut...
tidak kutuntut
walau secebis
kerna kutahu
impianku pada yang satu
bahagia dari dunia hingga akhirat...

Bila Trauma Itu bertamu

AINI

AINI
Berhentilah terus bermimpi!
usahlah dikenang kisah semalam
biarkan ia berlalu dan pergi jauh
usah dipanggil igau yang mengganggu fikiranmu
kuburkan ia jauh dari ruang hatimu yang tulus
jangan diragut hati yang mula terawat
jangan diikut rasa hati yang mati
yakinlah aini
engkau tetap yang terbaik
diantara mereka yang terbaik
cuma
perlukan waktu
untuk terus berlari mengejar impian
biar pahit langkah itu
jangan berundur walau sesaat
yang pahit itu
akan manis pada akhirnya
Dan manis itu
akan pahit di pengakhirannya
jangan takut, jangan gemuruh
bangkitlah dengan keyakinan
dengan niat yang ikhlas
kerana Allah swt....