Assalammualaikum wwb...
Alhamdullillah syukur pada ilahi dikesempatan ini saya diberi peluang untuk menghadiri usrah terakhir pimpinan. Usrah secara konseptual membawa konotasi medan percambahan ilmu. Disinilah salah satu proses pentarbiyahan yang perlu dilalui sebagai ahli gerakan dan bukan setakat itu sahaja tetapi kepada mereka yang berminat untuk mengisi jiwa yang kekosongan. Pada hemat saya, rugilah seseorang mahasiswa itu tidak memanfaatkan peluang belajar mereka untuk mencari ilmu-ilmu yang bertunjangkan duniawi dan ukhrawi dalam satu-satu masa.
Usrah juga merupakan landasan bagi sesiapa sahaja yang ingin melontarkan idea dan pandangan untuk dikongsi secara bersama. Dalam usrah inilah kita boleh bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dengan merujuk al Quran dan Hadis. Malangnya, penyakit kronik yang berlaku dalam segelintir mahasiswa pada hari ini ialah mereka tidak tahu mengurus arus. Tetapi apa yang berlaku terdapat segelintir mahasiswa pada hari ini terlibat pada parti politik yang menyebabkan mahasiswa tersebut begitu jauh dengan pemugaran budaya ilmu.
Dahulu, saya pernah berjumpa dengan seseorang mahasiswa yang terlibat dalam parti politik rasanya tidak perlulah saya nyatakan namanya disini. Beliau berpendapat mahasiswaa perlu terlibat dengan parti politik sebagai persediaan untuk mewarisi tampuk pemerintahan negara.
Persoalannya, sekiranya mahasiswa dilibatkan dengan kepartian politik pada masa mereka seharusnya menghidupkan budaya ilmu di peringkat kampus apalagi yang ada pada mereka untuk menuju jalan dakwah? Saya tidak mengatakan bahawa politik itu salah, tapi sebagai mahasiswa kita perlu bertindak dengan lebih bijak agar tidak dijadikan bahan untuk dieksploitasi semata-mata.
Sahabat sekalian berbalik pada perkongsian ilmu dalam usrah pada malam ini,yang mana mas'ul telah mengupas topik tentang "Di sekitar gerak kerja dan Jalan-jalannya"daripada sebuah buku yang bertajuk Jalan Da'wah Antara Keaslian dan Penyelewengan oleh Ustaz Mustafa Masyhur.
Dalam topik kupasan buku ini terdapat lima elemen penting yang perlu dikketahui:
1. Di antara lain penyelewengan ini berlaku mengikut cara-cara parti politik.
2.Tidak memberi keutamaan kepada unsur-unsur pendidikan.
3.Kecuaian terhadap penyatuan dan ikatan terhadap individu
4Cuai menjaga badan jemaah
5.Hubungan penyelewengan dengan jihad dan bagaimana menghadapinya.
6.Semangat kenegerian
7.tunduk di bawah ideologi penciptaan manusia.
Oleh itu, kita perlu ingat perjuangan dakwah ini memerlukan proses pentarbiyahan yang baik dan menuntut keikhlasan serta kesabaran pada setiap para da'e.