Seminar Katakan Tidak! kepada Keganasan Rumah Tangga,Perundangan Wanita,Keluarga &Kanak-kanak & O.S.C.C
Diadakan pada 12hb Julai 2009, Ahad di Dewan Bukit Belimbing
(9 pagi-1petang)
Anjuran
Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan ,
Hal Ehwal Wanita,Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
Dengan Kerjasama
Helwa ABIM Selangor
Seawal pukul 8.00 pagi saya dan seorang lagi sahabat saya,saudari Hani bersama Encik Izwan Suhadak sebagai YDP ABIM (Tanjong Karang) pergi ke Tanjong Karang, saya difahamkan program tersebut adalah program bersama masyarakat kampung. Jadi, dalam fikiran saya mungkin program ini ingin membantu masyarakat untuk bersihkan surau , ataupun yang berkaitan kebajikan la..Bila naik jak kereta En.Su saya diberikan skrip soalan untuk jadi moderator..Ya Allah, perasaan saya masa tu kalaulah saya yang pandu kereta cormfirm saya balik hostel semula..huhu sambung tido..huhu Apa tidaknya, langsung tidak buat apa2 persediaan memang betul2 dah terkena hari ni bulat2 lg,. erm apa lagi kepala berkecamuk xtau la mau cakap apa, jantung macam mau jatuh ke lantai jak ..jadinya buat macam program sendiri.. Ha.. laju semacam aje baca skrip..tu la en.Su maklumkanlah awal2..dahla pakaian macam mau pegi buat kerja berat jak hihi selipar macam mau pegi pasar malam,langsung tak terfikir pun jadi moderator. Panel bukan sebarangan orang pulak..Aduh! huhu gawat..selamba jak la..
Tapi sepanjang terlibat sebagai jawatankuasa pengelola Program One Stop Crisis Center tersebut banyak maklumat yang saya peroleh sebabnya OSCC ni telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan telah diperkenal kepada masyarakat setempat tetapi masih kurang dikenali.. Sebenarnya, penganjuran Program ini bertujuan memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir tentang peranan OSCC dalam memainkan peranan untuk membantu golongan wanita yang terlibat dengan keganasan rumahtangga, kes rogol. dan sebagainya. Terdapat 3 kaedah untuk menangani keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti:
1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.
2. Memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak mereka yang dilindungi undang-undang
3.Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan.
Saya tertarik dengan beberapa kupasan oleh Encik Sharul Nizam yang merupakan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang banyak menyentuh pengalaman beliau ketika berdepan dengan kes-kes keganasan Rumah tangga dan menjelaskan peranan yang dimainkan oleh JKM berkenaan dengan keganasan rumah tangga dan kanak-kanak. O.S.C.C ditubuhkan bertujuan untuk memberi kefahaman undang-undang yang melindungi wanita dan anak-anak. Begitu juga Encik Sachi seorang pegawai Polis Bahagian Jenayah IPD,Kuala Selangor yang menerangkan pada masyarakat khasnya wanita yang sudah berkahwin (mangsa keganasan rumah tangga)yang mana mereka seharusnya berani tampil untuk membuat laporan pada pihak polis sekiranya berlaku kes penderaan suami.
Oleh yang demikian, saya berpendapat program ini amat penting bagi golongan wanita lebih-lebih lagi apabila mengenal pasti saluran yang ada sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Bagi saya apa yang penting..kesedaran wanita terbabit dan pengetahuan yang baik tentang prosedur yang perlu dilakukan.
Buat para suami kaki terajang, panas baran, dan sebagainya ingat apabila OSCC sudah diperluas peranannya kepada masyarakat, anda tidak berupaya lagi jadi kaki dayus. Satu lagi yang buat saya teruja apabila Puan Hjh Azlina(HELWA ABIM) sendiri beri slot tentang keganasan rumah tangga. Beliau turut tidak ketinggalan berkongsi pengalaman yang cukup sadis yang dialami oleh beberapa orang wanita yang didera suami. Selain itu, beliau juga turut berkongsi maklumat yang mana sebanyak 250 000 orang yang menunggu murtad. Terdapat diantara mereka yang ingin murtad disebabkan tidak tahan didera suami.Dan ini merupakan kes yang cukup rumit kepada kita apatah lagi sebagai muslim di Malaysia.Dimana peranan kita dalam menangani isu sebegini? Sedangkan pada hari ini kita sentiasa sibuk soal politik dan bergaduh sesama islam sehingga tidak menjaga saudara seislam kita.
Berbalik pada mangsa penderaan, kita dapat lihat mangsa dera ini mengalami gangguan jiwa. Mereka sentiasa ketakutan, resah dan akhirnya menjadi sakit jiwa.Wahai wanita sekalian,yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tampil ke hadapan, walaupun kita perlu taat pada perintah suami, tapi sekiranya suami mendatangkan kecederaan atau kemudharatan sebegini kita berhak untuk ambil tindakan. Mungkin saya bukan orang yang layak untuk bercakap hal sebegini sebab belum mendirikan rumah tangga lagi, tapi ingat puan perkahwinan itu menuntut sebuah keharmonian untuk setiap pasangan yang berkahwin dan sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Jangan diturutkan perasaan sayang kalau diri diperlakukan seperti binatang..Apalah erti sebuah perkahwinan kalau jelas tiada kebahagiaan..
Buat sahabat-sahabat yang hangat bercinta dan bakal mendirikan masjid pastikan kenal hati budi pasangan anda.Jangan terpedaya dengan rupa paras pasangan anda yang penting karakter dia dapat memenuhi ciri2 suami yang baik..insyallah..
Wanita itu perlu disayangi dan bukan dikasari.
Wanita itu perlu Dicintai dan bukan dicaci maki,
Wanita itu perlu dihormati bukan dijual beli,
dan
Dinikahi wanita itu kerana perlu dilindungi.
Oleh itu letakkanlah mereka ditempat yang sebaik-baiknya di sisi suami.......
Jangan biarkan isteri anda menderita!
"Kembalikan Wanita itu dengan penuh rasa aman dan selamat"
by aini