Kerisauan yang menerpa saya pulang bersendirian ke rumah saya betukar menjadi satu sesi temuramah yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa ada sebarang perancangan.Al maklumla seusai menghadiri muktamar ABIM Kebangsaan, semangat gerakan masih kuat melingkari diri saya. Begini kisahnya, bimbang keselamatan diri untuk pulang berseorangan, saya mengambil keputusan untuk menumpang rumah saudara kawan saya yang saya kenal semasa muktamar ABIM. Setibanya dirumah saudara kawan tersebut kami disambut oleh tuan rumah yang begitu mesra sekali.Borak punya borak akhirnya menyimpangla tentang gerakan pelajar pada suatu ketika dahulu.
Kemudian kawan saudara tersebut meminta kami agar menemu ramah seorang bekas gerakan mahasiswa di USM suatu seketika dahulu.Memandangkan masih penat, kami mengambil keputusan untuk berjumpa orang dimaksudkan itu pada keesokkan harinya.Sebenarnya, ramai yang kami mahu temu ramah pada hari tersebut.Tetapi mungkin belum ada rezeki lagi kerana masa yang amat terhad.Cuma saya amat kagumi individu-individu yang ingin kami temuramah ini sedia member kerjasama pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan asalkan maklumkan pada mereka terlebih dahulu.
Hari ini saya berpeluang menemuramah seseorang yang suatu ketika dahulu pernah menjadi orang kuat dalam gerakan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1970 an.Melihat pada perwatakannnya yang tegas, saya sedikit berasa takut dan kekok untuk memulakan bicara.Tapi lama kelamaan, barulah saya faham pandangan pertama kita terhadap seseorang tidak semestinya benar.Saya tahu ini adalah peluang saya untuk mengetahui sejarah perjuangannya ketika pernah menjadi seorang mahasiswa suatu ketika dahulu.
Berbekalkan sikap ingin tahu saya mengenai beliau, saya memberanikan diri untuk menanyakan beberapa soalan kepada beliau.Selama hampir 2 jam 15 minit bertandang ke rumahnya banyak pengalaman, idea dan ilmu yang beliau kongsikan. Kegigihannya dalam memikul tanggung jawab sebagai anak sulung daripada beradik yang ramai amat saya kagumi. Beliau sempat berkongsi pengalaman beliau ketika tinggal di Australia.Bukan itu sahaja beliau juga sempat berkongsi tentang penanaman tumbuh-tumbuhan yang tidak perlu menggunakan tanah tetapi hanya menggunakan kertas dan bahan-bahan terbuang. Pelik bagi saya yang tidak arif dalam dunia pertanian tapi apa yang buat saya tertarik ialah apabila beliau menasihati saya agar apabila kita marah pada seseorang,kita perlu tukar perasaan itu pada belas kasihan pada seseorang yang kita marah. ‘Bolehka..?’ itulah perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulut saya ketika berbual-bual bersamanya.Melihat cara percakapan yang tegas, saya akui beliau bukanlah calang-calang orangnya.
Aura pidatonya masih lagi dirasai. Beliau juga sempat menunjukkan beberapa foto kenangan bersama Mantan-mantan Perdana Menteri Malaysia.Antaranya Tunku Abd. Rahman,Tun Dr. Mahathir Mohamad,dan Pak Lah sendiri (ketika mereka masih muda lagi).Turut kelihatan beberapa orang kuat dalam pentadbiran Negara pada masa ini. Terlalu banyak cabaran yang dihadapi oleh beliau.Bagi saya ini adalah peluang yang tidak boleh disia-siakan sama sekali dan perlu diteladani. Beliau juga sempat berpesan pada saya agar akan ada lagi kunjungan saya ke rumah beliau pada bila-bila masa.