Berlangsung di Wisma Belia,Kompleks MAYC, 40.Jalan Syed Putra,Kuala Lumpur dengan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,kongres ini telah mengupas pelbagai topik yang sangat menarik dan penting sekali untuk dihayati oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Menyahut seruan kerajaan ke arah "Gagasan 1 Malaysia" kongres yang telah diadakan ini memberi makna kepada semua peserta yang hadir. Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan pada satu masa menyebabkan peserta diminta untuk memilih tajuk yang mereka minati.Dan ini bukanlah masalah bagi saya untuk mendapatkan input-input yang berguna untuk semua sidang. Saya telah mendapatkan maklumat-maklumat daripada sahabat-sahabat yang mengikuti sidang masing-masing memandangkan saya memilih untuk berada di sidang "Liberalisasi Ekonomi : Peluang dan cabaran Generasi Muda". Topik ini telah dibentangkan oleh Encik Mohd Yusof bin Abd.Rahman Pengarah Bahagian Kewangan dan Pelaburan YPEM. Kertas kerja ini adalah untuk memperlihatkan cabaran dan peluang yang berkaitan dengan pengumuman kerajaan untuk meliberalisasikan 27 sub sektor perkhidmatan serta merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.
Sub sektor ini melibatkan bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan pengangkutan,perniagaan dan komputer.Selepas tiga bulan dasar itu diumumkan peningkatan ekonomi dilihat semakin ketara dan aktiviti Bursa Malaysia kembali melonjak.Malah bank-bank pelaburan yang mengalami kejatuhan sejak beberapa tahun lalu kini dilihat bertambah yakin untuk mewmbuat tawaran awam permulaan.(IPO)
Inisiatif kerajaan ini telah menggalakkan pelabur-pelabur asing dari luar merebut peluang untuk melabur kembali di Malaysia walaupun pada waktu ekonomi dunia mengalami kejatuhan.
Pembentang juga ada menyentuh tentang sekatan perdagangan yang berlaku diantara Negara-negara mengikut kehendak dan keperluan setiap kerajaan.Halangan-halangan ini menyebabkan sesuatu kos berbeza mengikut negara masing-masing termasuk perkhidmatan.
Mengikut John Prince Smith (1809-1874), ada sesetengah individu cenderung menggunakan kerajaan untuk mempengaruhi perjalanan ekonomi.Sebagai contoh sekiranya ada pengeluar yang dapat mengahalang pesaingnya dari pasaran melalui pelesenan, ordinan perniagaan atau denda mandatori di bawah alasan tarif perlindungan maka pasaran akan mengalami kekurangan barangan yang dihasilkan oleh pihak yang memonopolikan pasaran dan pengguna pula akan terpaksa membayar harga yang tinggi.Ketidakadilan yang timbul apabila pihak berkuasa memihak pada satu pengeluar amat ketara.
Sebenarnya, ketidakadilan ini telah ditanggung oleh umum.Pada amnya,kerajaan tidak ada jalan lain untuk memesong perjalanan ekonomi dari haluan asalnya melainkan dengan mengurangkan bekalan.Tindakan kerajaan ini boleh mengubeh haluan bebas ekonomi hanya dengan menyekat sesuatu yang efisyen dan dengan memberi mandat kepada sesuatu yang tidak efisyen.Kesan campurtangan ini telah terbukti di perbagai arena, pembatasan arena,cukai terhadap faedah dan pembatasan terhadap bank. Apabila kita meneliti sekatan perdagangan,permintaan terhadap kebebasan perdagangan ,sepertimana yang telah disebut di atas adalah supaya tiada pembatasan terhadap pembahagian tenaga kerja diantara penghuni-penghuni yang lain di negara-negara yang berlainan.Liberalisasi yang berlaku di Malaysia adalah suatu dasar ekonomi bebas yang menbuka aktiviti perdangan ke peringkat Asia dan juga dunia.
Di Malaysia, ianya bermula pada tahun 1974, iaitu setelah terbukanya pasaran ekuiti dengan beberapa kekangan tertentu. Pegangan saham oleh pelabur asing umumnya hanya 30 peratus.dengan kebenaran terlebih dahulu daripada Foreign Investment Comitee(FIC). Manakala akta industri sekuriti pada 1987 diperkemaskan dengan memberikan keluluskan berlesen kepada broker Saham asing untuk menjadi dealer .Pada tahun tersebut juga menyaksikan Malaysia Fund disenaraikan di Bursa Saham New York.Pada tahun 1988, Malaysia Growth Fund ditawarkan oleh Nikko Securities Co. untuk pasaran Jepun. Seterusnya pelabur asing dibenarkan mengambil bahagian dalam IPO melalui kebenaran IFC pada tahun 1990.