Assalammualaikum wwb…
17 Ogos 2009! Genap tiga tahun saya bergelar siswi di Unisel . Sepanjang tempoh tersebut pelbagai dugaan telah saya lalui tidak kira sebagai seorang anak, pelajar dan pemimpin dalam gerakan mahasiswa. Insan yang bertanggung jawab dalam memberi pentarbiyahan kepada saya dan sahabat-sahabat ialah en su bersama isteri ,kak islah.Bermula dengan mengikuti usrah yang dilaksanakan secara sembunyi-sembunyi (hampir 2 tahun lebih) sehinggalah kini (usrah terbuka di unisel) dengan sokongan padu daripada pihak pengurusan tertinggi Unisel , telah memberi banyak kenangan manis dan pengalaman pahit getir ketika mula mengenali erti gerakan mahasiswa.
Sepanjang tempoh tersebut jugalah saya dilatih untuk berorganisasi dalam persatuan, dilatih untuk menjadi pemimpin, dan akhirnya membawa kepada pembentukan perwatakan dan paradigma pemikiran saya sebagai seorang mahasiswa walaupun sepanjang tempoh pentarbiyahan tersebut saya berhadapan dengan pelbagai dugaan yang hampir-hampir membuatkan saya patah semangat ketika baru memulakan perjuangan.
Tetapi hari ini baru saya sedari bahawa ujian yang datang daripada Allah swt itu adalah satu proses yang telah memberi kekuatan pada diri saya untuk berjuang pada jalan agamaNya. Sebenarnya,bukan senang untuk kita berjuang pada jalan agamaNya kerana ujian yang datang dari Allah swt tidak pernah berhenti. Dia akan terus menguji hamba-hambaNya yang taat pada perintahNya. Saya teringat pada firman allah swt yang berbunyi Dia tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan dengan kesanggupannya.
Bila saya teringat, kesungguhan mas’ul saya yang begitu cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran ketika mendidik kami,keadaan ini telah menguatkan semangat saya untuk terus melaksanakan kesinambungan dalam pemugaran budaya ilmu ini.
Insyallah,akan saya manfaatkan ilmu yang ada ini untuk dikongsi secara bersama dengan sahabat-sahabat lain dan masyarakat sabah.