Sunday, August 16, 2009

Perpaduan Melayu Lawan Perpaduan Nasional

Perpaduan dan Integrasi nasional merupakan agenda utama yang menjadi tumpuan kepimpinan negara sejak awal kemerdekaan lagi.Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dengan tujuan mengeratkan perpaduan dan hubungan antara kaum melalui dasar-dasar yang telah digubal untuk mencapai matlamat berfokus.Menurut Ding Choo Ming (2005:17),perpaduan negara yang berkait rapat dengan keselamatan dan juga yang boleh menentukan pembangunan negara adalah asas pada pengekalan kemakmuran kita bersama.Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia dikehendaki memainkan peranan yang aktif sebagai ejen bertindak kurangkan konflik antara kaum di satu pihak dan meningkatkan perpaduan negara di satu pihak yang lain.

Malaysia amat bertuah kerana memiliki pelbagai budaya,agama,dan bahasa.Keunikan,kekayaan dan kepelbagaian ini menjadi mercu tanda kejayaan negara dalam pengurusan perhubungan etnikyang mementingkan toleransi,budi pekerti, dan kerjasama.
Oleh itu,gagasan satu Malaaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri ,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak padaa bulan April 2009 sebenarnya mementingkan slogan berbunyi rakyat" Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan".Ungkapan ini perlu dihayati dengan minda terbuka terutama pasca Pilihan Raya Umum ke 12(PRU-12).

Gagasan 1 Malaysia merupakan kesinambungan dan perjuangan para mantan Perdana Menteri Malaysia seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.,agenda perpaduan kaum telah diperjuangkan oleh Tun Dr,Mahathir Mohamad(1991) menerusi "wawasan 2020".dan slogan "Cemerlang,Gemilang dan Terbilang"yang dipopularkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebenarnya, semua gagasan dan slogan yang telah diilhamkan oleh para YAB Perdana Menteri mempunyai mesej untuk meningkatkan semangat perpaduan nasional dalam kehidupan seharian.Perlu ditegaskan usaha untuk meningkatkan semangat perpaduan bukan satu perkara mudah kerana ia perlu disemai dan disuburkan sejak dari kecil lagi.Oleh itu,peranan institusi kekeluargaan,dan pendidikan amat penting dalam menyemai benih dan baja bermutu untuk meningkatkan semangat perpaduan.Gagasan 1 Malaysia merupakan cetusan idea yang bernas pada masanya untuk meningkatkan nilai tambaah dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Peristiwa 13 Mei 1969, telah memberi amaran keras kepada pemimpin dan rakyat Malaysia untuk bersatu padu agar dapat hidup bersama-sama dengan aman dan damai.Apakah asas perpaduan kaum selepas tragedi rusuhan kaum pada tahun 1969?
Secara umumnya,ideologi negara,iaitu Rukun negara yang diisytiharkan pada 31 0gos 1970 membuktikan pihaak kerajaan telah meneyedari bahawa penumpuan pembangunan negara sebelim itu terlalu menitik beratkan aspek fizikal.Peristiwa 13 Mei telah memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak.

Kerajaan telah mula berusaha ke arah mengisi kekosongan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia supaya dapat membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membangkitkan rasa cinta akan tanah air. Badan yang bertanggung jawab menggubal Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MPN).Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh MPN sebelum diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Setelah Rukun negara digubal,ia akan disampaikan pada rakyat melalui pendidikan dan Media massa. Namun,sejauhmanakah rakyat Malaysia memahami ideologi negara secara murni?Penghafalan rukun negara adalah tidak mencukupi tanpa penghayatan yang baik.Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita perlu memahami erti perpaduan yang sebenar dengan berdasarkaan lima prinsip Rukun Negara.