Semalam saya pergi menghadiri satu majlis forum yang diadakan di SEDCO,KK.Berbicara soal perpaduan kaum sudah tentu menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan isu-isu yang dikupas.Dalam fikiran saya yang berkobar-kobar tanpa pedulikan orang sekeliling,saya catat setiap inci maklumat yang diberi.Saya sendiri ingin melihat hadirin (masyarakat sabah sendiri) sejauhmanakah kefahaman mereka dalam konteks perpaduan lebih-lebih lagi dalam situasi politik negara yang tidak menentu. Ternyata saya hampa. Timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya.
Yang Pertama
Adakah kehadiran para hadirin yang datang ke majlis berkenaan hanya mengisi kuota program semata-mata?
Kedua
Apa kaitan Bos Pelantar minyak dijemput untuk menjadi ahli panel dan menjawab isu yang berat apatah lagi bersangkut paut dengan gagasan negara 1 malaysia?Kan forum dah jadi forum pelantar minyak.Nasib baik pengacara majlis boleh kawal perjalanan majlis.
Ketiga
Ahli forum gagal membawa isu ini untuk memberi penjelasan kepada hadirin yang hadir.Adakah majlis ini hanya dibuat semata-mata untuk melengkapkan taqwim yang sedia ada? (Ada juga panel yang hebat)
Cadangan saya:
Jika kerajaan serius mengadakan gagasan 1 malaysia, pastikan jangan memandang enteng terhadap perkara-perkara yang remeh temeh. Memulakan sesuatu perkara biarlah bermula dari akar umbinya. Sekiranya perkara pokok gagal difahami sudah pasti gagasan 1 malaysia tidak akan mencapai visinya. Mengupas sesuatu isu yang berat dalam suasana politik negara yang tidak menentu pada hari ini, memerlukan pemikir-pemikir yang memahami konsep 1 malaysia,sekiranya yang penyampai pun tidak jelas dengan konsep 1 malaysia sudah pasti masyarakat turut tidak dapat memahami gagasan "branded" negara ini.
Saya sempat juga mengemukakan beberapa soalan kepada ahli panel..seusai majlis tersebut saya didatangi oleh menteri yang merasmikan program dan beberapa orang perwakilan UMNO untuk menjemput saya masuk puteri UMNO.(bagus-bagus bah pemimpin sabah ni tawadhuk..)