Bertolak dari xxxxxxx untuk menghadiri usrah di White House memakan masa selama 15 minit, sepanjang dalam perjalanan aku melihat cantiknya pemandangan di xxxxxxx.Mungkin first time datang ke sini . Usrah gabungan xxxxxx dimulakan. Rasanya amat bertuah dapat berkenalan dengan sahabat gerakan disini dari pelbagai suku kaum..
Usrah gabungan antara muslimin dan muslimat dimulakan dengan tafsir quran,surah al zalzalah.
K emudian usrah muslimat bersama xxxxxx mengupas topik "mukminah soleha vs wanita bebas.."
agak kekok jugak untuk melontarkan padangan, kepada adik2 usrah ni al maklumlah "burn minded" seketika..lama juga x hadiri usrah sebegini, 50 minit usrah bermula tunduk saja diam membisu..tak tahu ayat mana yg harus dimulakan, mungkin bagi masa untuk panaskan enjin heheheh
Dunia hari ini menyaksikan ramai muslimat menjadi mangsa trendy modenisasi. Bermula dari kedai-kedai kopi hinggalah ke meja Parlimen, kebanyakkan mentaliti golongan wanita hari ini dan cara hidup mereka dipengaruhi dengan budaya barat.
“Trendy muslimah” tidak mengenal sesiapa untuk dijadikan mangsa. Yang lemah,leka,cuai,dan tidak berdaya hanya mampu menggangguk!!!
“Mukminah soleha hanya mementingkan pentarbiyahan dan kerja-kerja kebajikan tanpa berorientasikan keuntungan semata-semata. Berbanding wanita bebas yang berjuang atas nama kebajikan tetapi mementing populariti dan memastikan dompetnya sentiasa penuh.”Dimanakah sikap keprihatinan kita sebagai seorang wanita yang memegang amanat untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan .
Apa yang saya ingin tekankan disini hiduplah dalam kesederhanaan, jauhkanlah diri dari sikap materialistik yang akhirnya kalau tidak dikawal akan merosakkan jiwa kita.
Adik- adikku sekalian
Hari ini juga kita melihat peradaban dunia semakin terhakis yang lemah ditindas. Lihatlah betapa kejamnya dunia kini. Bersetankan soal populariti ,wang ringgit dan material hanya mampu mengheret seseorang itu ke lembah hitam.
Sebenarnya topik yang dibincangkan ini banyak menimbulkan keinsafan dalam hati saya.Berusaha untuk meletakkan diri supaya dapat jadi mukminah yang soleha.Jadilah mukminah yang soleha…