Sunday, March 21, 2010

cinta

Ternyata bukan mudah untuk menyatakan perasaan cinta pada seseorang apatah lagi jika diri menerima pentarbiyahan.Gelodak jiwa terpaksa ditahan.Zikrullah,sholat hajat dan istikharah sebagai benteng diri dari godaan syaitan.Tangan sentiasa menadah memohon redha ilahi agar dipelihara diri dari godaan syaitan laknatullah!!!nauzubillah...! Disini ingin saya menarik perhatian sahabat-sahabat sekalian tentang makna cinta..Fitrah semulah jadi manusia diciptakan secara berpasang-pasangan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Perasaan cinta hadir tanpa disedari.Tidak diundang,tidak dijemput dan tidak dialu-alukan?sahabat setuju?Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju .CINTA itu subjektif.Hanya insan yang benar-benar ikhlas mampu menerima kehadiran cinta.

sahabat sekalian,

Saya coretkan madah cinta di lembaran ini sekadar renungan kita bersama Ramai diantara kita yang takut pada cinta sebab cinta itu buta.Ada juga diantara kita trauma dgn perkataan cinta kerana cinta pernah buat dia merana.Tetapi ramai yang tidak sedar cinta itu tidak bersalah kerana cinta hanyalah sebuah perasaan yang naif memerlukan pengemudi yang baik untuk capai matlamat cinta yang sejati.

Mengapa adik-adik di luar sana banyak terlibat dengan gejala cinta tidak bermaruah?? Kerana mereka tidak faham apa itu cinta ?? Bukanb itu saja disamping mereka juga dikelilingi syaitan-syaitan durjana yang membawa padah.Sedia melihat statistik kelahiran anak luar nikah yang mencecah sehingga 257000 orang.Dimana silapnya?
Adakaherasaan cinta juga turut dipersalahkan?

Sahabat ku sekalian saya,

sekali lagi saya ingin menegaskan disini saya tidak dilahirkan untuk memperjuangkan anti cinta tapi saya disini semata-mata untuk memurnikan cinta di kalangan adik-adik yang masih tidak faham peengertian cinta sebenar. Selepas terkejut melihat beberapa statistik gejala sosial dikalangan remaja,jauh disudut hati saya..berfikir untuk mengadakan pendekatan yang sesuai untuk adik-adik.

CINTA,CINTA& CINTA

erm,tak silap saya ada juga diantara kita yang geli dengan perkataan cinta .mengapa? Sebab dia masih tidak bersedia dengan kehadiran cinta atau mungkin juga dia ada sejarah disebalik perkataan cinta itu sendiri.

Apapun, bagi adik-adik semua dan sahabat gerakan,
ketahuilah apa yg berlaku terhadap diri kita, samada kita diambang cinta,tengah bercinta ataupun telah putus cinta ...

Hakikat sebenar,cinta kita ialah KepadaNya..ya rabb....