Usrah sebagai medan utk percambahan idea dan wadah mendapatkan ilmu.Tapi,Sayang peranan usrah masih kurang difahami oleh segelintir masayarakat. Malah kewujudannya disalah tafsir oleh puak yang tidak bertanggung jawab. Ada sesetengah orang memandang sepi tentang peranan usrah ini.Ada juga yang beranggapan usrah ini sesuatu yang leceh.Bagi saya apapun pandangan anda semua usrah merupakan platform bagi kita untuk melahirkan tokoh-tokoh pemikir. Ramai tokoh-tokoh pemikir di Malaysia dilahirkan melaui usrah.
Hari ini, saya terlibat bersama Usrah HELWA Abim Sabah.Ada bberapa perkara buat saya berfikir sejenak kenapalah rapuhnya pemikiran segelintir masayarakat pada hari ini tentang salah satu kaedah pembudayaan ilmu ,iaitu usrah.
Sahabat sekalian,
ilmu bermanfaat perlu dituntut dengan apa cara sekalipun.Jangan sempitkan soal menuntut ilmu,kerana ia amat merugikan.Jangan sesekali mencetuskan stigma tentang ilmu yang tidak baik.