Ya Allah...kami memohon ke hadratMu Bahagiakanlah kami berdua hingga kesyurgaMu.....amin...
Wednesday, June 30, 2010
Ingin ku gapai kedua-duanya : Cinta dan KejaYaan
Terkedu!Hanya itu reaksiku. Rupanya tidak semua cinta di dunia ini dapat memotretkan impian menjadi kenyataan.Banyak jiwa yang sengsara.Banyak hati yang terluka. Tetapi tidak ramai yang sedar, cinta itu menjanjikan risiko yang besar dan mampu meragut banyak nyawa. Andai mereka yang lepas, bahagialah mereka Dan jika ada yang tersadai, tergadailah masa depan.Tetapi masih ramai yang menafikannya kerana cinta itu subjektif. Hakikatnya, cinta itu sukar untuk dimiliki.