Sunday, June 27, 2010

Manusia: Antara Tanggung Jawab,Keegoan diri sebagai pemimpin Atau Kekecewaan yang melanda diri

Semalam seusai bertandang di rumah sahabat, saya dan sahabat-sahabat sempat bertukar-tukar pandangan tentang konflik diri sebagai pemimpin.Ternyata apabila melihat raut wajahnya jelas dia dalam kekecewaan.Bimbang dia terasa hati,saya hanya memerhatikan butiran percakapannya sahaja.Mungkinkah transisi yang dimaksudkan beliau akan memberi implikasi yang cukup besar pada gerakan di masa hadapan.Mungkin. Apa-apapun saya melihat isu ini di suatu sudut yang cukup berbeza daripada tanggapan beliau. Bukan bermaksud membantah.Tetapi saya sendiri mempunyai persepsi yang berbeza.Pada pendapat saya, dimana-manapun kita berada matlamat dan tanggung jawab kita dalam menegakkan agamaNya adalah sama melainkan kelompok komuniti itu keluar dari landasan syarak.

Sebenarnya, tidak timbul soal perpecahan dalam kalangan gerakan sekiranya semangat perjuangan yang tinggi digarapkan dalam diri masing-masing sebagai seorang Da'ie.
Saya berpandangan, mungkin disebabkan ada rasa keegoan atas dasar gelaran doktor(mempunyai ketertinggian ilmu) terhadap diri menyebabkan konflik sedemikian rua berlaku. Mungkin juga mereka ini belum puas untuk mencurah bakti kepada masyarakat mengikut keselesaan platform yang mereka ada.Al maklumlah, mereka sudah berabad lama berjuang secara habis-habisan dan akhirnya mereka terpaksa berundur diri dari dalam gerakan disebabkan akta.

Percayalah, atas dasar individu perseorangan, saya berpendapat bahawa gerakan dakwah itu perlu diperkembang luaskan ke peringkat akar umbi walaupun terpaksa mengubah nama.Bukanlah bermaksud organisasi kita atau wadah kita hilang tapi inilah yang dinamakan strategi untuk mengangkat martabat khayrah umat.Jangan cepat melatah dengan sesuatu isu yang membolehkan perpecahan dalam kalangan ahli. Kita seharusnya berlapang dada terhadap semua permasalahan yang dihadapi.