Cinta terlalu sukar untuk dimengertikan. Kerana cinta itu subjektif. Sengaja saya tulis pandangan saya ini bukan semata-mata tanda protes tapi sebagai peringatan untuk diri saya. Bermonolog secara sendirian bukanlah terbaik saya fikirkan.Biarlah saya jelmakan perkongsian saya ini dilaman kiasan saya sebagai wadah curahan rasa.
Mengapa manusia menjadi hamba kepada cinta? Sebab itu adalah fitrah semula jadi manusia yang cenderung ke arah kasih sayang. Tapi cinta yang ingin saya kongsikan disini ialah kerana cinta tubuh dipertaruhkan. Agak keras kata-kata saya ini tapi itulah realitinya. Kita menghabiskan masa untuk bercinta sedangkan jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kita kalah pada godaan syaitan. Kita serah diri kita semuanya kerana cinta Tanpa memikirkan implikasinya pada masa hadapan.
Cinta itu suci andai nilai iman jadi pedoman dan Cinta itu buta andai nafsu jadi perantaraan. Cinta sesama manusia,manusia akan mati, Cinta kepada tumbuh-tumbuhan tumbuh-tumbuhan juga akan mati dan cinta kepada haiwan, haiwan juga akan mati Cintailah ilahi kerana cintaNya kekal abadi. Berserah kepadaNya.