Thursday, August 12, 2010

Perlunya Kursus Pra Perkahwinan Dalam kalangan bakal pengantin

Bertempat di Dewan Hikmah, Wisma MUIS kOTA kINABALU,Sabah. Seramai lebih i00 orang peserta yang datang dari pelbagai daerah seluruh Negeri Sabah mengikuti kursus tersebut. Walaupun jadual agak padat namun mesej yang disampaikan cukup jelas.
Cuma apa yang ingin saya sarankan kepada semua peserta yang bakal mengikuti kursus ini,fokus itu amat penting.Gunakan masa yang ada sebaik mungkin.
Kursus yang berlangsung selama 2 hari itu banyak memberikan kefahaman tentang tanggung jawab sebagai suami dan isteri, peranan keluarga dalam menyebarkan fikrah dakwah islamiyyah, dan membudayakan ilmu.
Saya juga berpandangan kursus seumpama ini perlu diteruskan bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan bakal pengantin.
Peserta yang menghadiri kursus sebegini diharapkan menggunakan ruang dan peluang sebaik mungkin sebagai bekalan hidup berkeluarga kelak.
Saya telah Mengikuti kursus Pra perkahwinan ini sebanyak 3 kali dan memberikan banyak perkongsian ilmu kepada saya.

Wednesday, August 11, 2010

Minggu-minggu terakhir di Kota Kinabalu

Terlau cepat masa berlalu, sedar tidak sedar aku dah berada hampir 8 bulan disini.Amat menyeronokkan.Berkenalan dengan sahabat2-sahabat yang sangat baik hati.
Terlalu banyak perkara yang aku pelajari semasa berada disini. Semuanya berkisar tentang survival diri.Terimakasih pada semua pimpinan ABIM yang banyak mmembantu sepanjang aku berada disini. Tunjuk ajar kalian amat bermakna pada diriku yang naif ini.
Sudah menjadi adat, setiap pertemuan pasti akan terjadi perpisahan. Tetapi bagi aku, perpisahan kali ini amat bermakna kerana menyimpan 1001 kenangan. Yang paling penting sekali ialah ukhuwah dalam kalangan sahabat.Selepas puas berfikir . aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan.Ya bukan sessuatu yang mudah.Amat berat.Tetapi itulah hakikat.Walaupun pahit,Mungkin ada hikmah.

Monday, July 26, 2010

Terasa kehilangan

Bukan mudah meninggalkan sesuatu apatah lagi ia dah mula sebati dalam jiwa kita.Bukan? Penat memang penat.Tetapi rupa=rupanya semakinhampir hari itu semakin terasa akan kehilangan.Ditempat inilah aku mengadu nasib.huh.Bukan mudah teman.Disinilah tempat yang paling fleksibel.hehehhe.semuanya membentuk kredibiliti sebagai seorang pemimpin..jadi bos,jadi kuli(saja jak) hhehehhe....alhamdulillah....walaupun pahit rupa-rupanya banyak kenangan manis disini...=)

Sunday, July 25, 2010

Rindu PadaMu Ramadhan

Ramadhan
kini datang kembali
tidak sabar menanti kehadiranmu
seperti tahun-tahun sebelumnya
kau bawa bersamamu
pelbagai kisah dalam hidupku
bercampur menjadi satu

Bila Manusia lupa diri

Bila Manusia lupa diri
maka segalanya tidak bererti
hijab hanya hiasan cuma
mengaburi pandangan luaran semata
tidakkah malu pada pencipta?
menjadikan kamu sebaik-baik kejadian?
Dianugerahkan akal fikiran
bukan sebagai pelengkap diri
Tetapi bekalan di dunia fana
yang mampu memilih
antara baik dan yang buruk
Sedarlah
kematian kian menghampiri
tidak berlengah walau sesaat
mengejarmu setiap saat
biar penat tetap bersemangat
Fikirla sahabat
janganlah kerana niat
dosa kita kian bertambah
janganlah hanya perbuatan
tingkah kita menyerupai syaitan
dunia hanya bersifat sementara
akhirat sana kekal abadi
jangan berhibur di pentas dunia
yang hanya memberi tawaran palsu
simpatilah pada dirimu
yang tidak tertanggung akan azabNya
Qalam ALLAH jadikan sandaran
untuk pedoman di masa hadapan

Thursday, July 22, 2010

Hentikan kata-kata 'itu'

Hentikan kata-kata 'itu'
Bukan bermaksud aku takut
tapi sekadar perlukan waktu
mencari 'diri sebenar' yang kian menjauh
sebagai tempat untuk berpaut
yang lalu
biar berlalu
jadikan sempadan buat bekalan
ujian datang tanpa diundang
tidak pernah putus melepasi jangkauan
dan aku?
Oh tidak!
Semakin tersasar diri ini
Menyimpang tidak terarah
Menangis dalam ketawa
Ada sesiapa yang tahu?
Benar.
Bila kepalsuan dunia beraja di mata
Bila yang batil menguasai jiwa
Terlalu kerdil diri ini
Lantas
pada MU Tempatku mengadu
mohon dipelihara jiwa raga ini
agar tidak sia-sia hidup ini
Hidup untuk mengabdikan diri padaMu
Bukan pada syaitan musuh durjana

Bila Trauma itu bertamu

Bila trauma itu bertamu
gemuruhku datang bertemu
fikiranku menerawang jauh
Hati nan rawan dibawa jauh
Trauma
andai kau datang
sengaja untuk bertandang
walaupun tidak diundang
sekadar
berlegar diruang ingatan
mengisi jiwaku yang kosong
pulanglah!!!
Tinggalkan aku bersendirian
Jangan menghimpit jiwaku
jangan menyesakkan fikiranku
Pergilah
Terlalu hambar hati ini
walau seminit cuma
tidak ku sapa
kehadiranmu
biar
sesaat cuma
Tidak ku gentar berhadapan denganmu
Biarkan aku
dengan langkahku
biarkan aku dengan
caraku
Yang pasti
aku punya cinta dan cita
yang masih bersisa
walau pernah ia diragut...
tidak kutuntut
walau secebis
kerna kutahu
impianku pada yang satu
bahagia dari dunia hingga akhirat...

Bila Trauma Itu bertamu

AINI

AINI
Berhentilah terus bermimpi!
usahlah dikenang kisah semalam
biarkan ia berlalu dan pergi jauh
usah dipanggil igau yang mengganggu fikiranmu
kuburkan ia jauh dari ruang hatimu yang tulus
jangan diragut hati yang mula terawat
jangan diikut rasa hati yang mati
yakinlah aini
engkau tetap yang terbaik
diantara mereka yang terbaik
cuma
perlukan waktu
untuk terus berlari mengejar impian
biar pahit langkah itu
jangan berundur walau sesaat
yang pahit itu
akan manis pada akhirnya
Dan manis itu
akan pahit di pengakhirannya
jangan takut, jangan gemuruh
bangkitlah dengan keyakinan
dengan niat yang ikhlas
kerana Allah swt....

Wednesday, June 30, 2010

Roda kehidupan: Sedarlah kita

Terlalu sukar untuk saya gambarkan tentang pahit maungnya sebuah kehidupan.
Kita selalu meramal tentang kehidupan kita pada masa hadapan sedangkan yang di hadapan itu belum pasti dan di belakang itu terpatri sebagai sejarah. Mengapa? Ya! manusia itu sering bermain ditemani angan-angan kosong yang membuatkan dia kadang kala tersenyum bersendirian dengan bersaksikan bulan, bintang dan matahari tanpa ada koreksi diri.
Yang Hebat itu Tidak bererti kamu selamanya hebat dan lemah tidak semestinya kamu berada dibawah.Dua kondisi yang cukup berbeza dan bertentangan sama sekali.
Kadangkala kita leka, cuai dan alpa bukan???
sebab sudah tercatat sejak azali, itu adalah lumrah insaniah...tiada yang sempurna..

Ingin ku gapai kedua-duanya : Cinta dan KejaYaan

Terkedu!Hanya itu reaksiku. Rupanya tidak semua cinta di dunia ini dapat memotretkan impian menjadi kenyataan.Banyak jiwa yang sengsara.Banyak hati yang terluka. Tetapi tidak ramai yang sedar, cinta itu menjanjikan risiko yang besar dan mampu meragut banyak nyawa. Andai mereka yang lepas, bahagialah mereka Dan jika ada yang tersadai, tergadailah masa depan.Tetapi masih ramai yang menafikannya kerana cinta itu subjektif. Hakikatnya, cinta itu sukar untuk dimiliki.

Sunday, June 27, 2010

Manusia: Antara Tanggung Jawab,Keegoan diri sebagai pemimpin Atau Kekecewaan yang melanda diri

Semalam seusai bertandang di rumah sahabat, saya dan sahabat-sahabat sempat bertukar-tukar pandangan tentang konflik diri sebagai pemimpin.Ternyata apabila melihat raut wajahnya jelas dia dalam kekecewaan.Bimbang dia terasa hati,saya hanya memerhatikan butiran percakapannya sahaja.Mungkinkah transisi yang dimaksudkan beliau akan memberi implikasi yang cukup besar pada gerakan di masa hadapan.Mungkin. Apa-apapun saya melihat isu ini di suatu sudut yang cukup berbeza daripada tanggapan beliau. Bukan bermaksud membantah.Tetapi saya sendiri mempunyai persepsi yang berbeza.Pada pendapat saya, dimana-manapun kita berada matlamat dan tanggung jawab kita dalam menegakkan agamaNya adalah sama melainkan kelompok komuniti itu keluar dari landasan syarak.

Sebenarnya, tidak timbul soal perpecahan dalam kalangan gerakan sekiranya semangat perjuangan yang tinggi digarapkan dalam diri masing-masing sebagai seorang Da'ie.
Saya berpandangan, mungkin disebabkan ada rasa keegoan atas dasar gelaran doktor(mempunyai ketertinggian ilmu) terhadap diri menyebabkan konflik sedemikian rua berlaku. Mungkin juga mereka ini belum puas untuk mencurah bakti kepada masyarakat mengikut keselesaan platform yang mereka ada.Al maklumlah, mereka sudah berabad lama berjuang secara habis-habisan dan akhirnya mereka terpaksa berundur diri dari dalam gerakan disebabkan akta.

Percayalah, atas dasar individu perseorangan, saya berpendapat bahawa gerakan dakwah itu perlu diperkembang luaskan ke peringkat akar umbi walaupun terpaksa mengubah nama.Bukanlah bermaksud organisasi kita atau wadah kita hilang tapi inilah yang dinamakan strategi untuk mengangkat martabat khayrah umat.Jangan cepat melatah dengan sesuatu isu yang membolehkan perpecahan dalam kalangan ahli. Kita seharusnya berlapang dada terhadap semua permasalahan yang dihadapi.

Friday, June 25, 2010

Remaja Tanpa Akad : Apalah ertinya Cinta Andai Tubuh Yang dipertaruhkan Dan syaitan sebagai perantaraan

Cinta terlalu sukar untuk dimengertikan. Kerana cinta itu subjektif. Sengaja saya tulis pandangan saya ini bukan semata-mata tanda protes tapi sebagai peringatan untuk diri saya. Bermonolog secara sendirian bukanlah terbaik saya fikirkan.Biarlah saya jelmakan perkongsian saya ini dilaman kiasan saya sebagai wadah curahan rasa.
Mengapa manusia menjadi hamba kepada cinta? Sebab itu adalah fitrah semula jadi manusia yang cenderung ke arah kasih sayang. Tapi cinta yang ingin saya kongsikan disini ialah kerana cinta tubuh dipertaruhkan. Agak keras kata-kata saya ini tapi itulah realitinya. Kita menghabiskan masa untuk bercinta sedangkan jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kita kalah pada godaan syaitan. Kita serah diri kita semuanya kerana cinta Tanpa memikirkan implikasinya pada masa hadapan.
Cinta itu suci andai nilai iman jadi pedoman dan Cinta itu buta andai nafsu jadi perantaraan. Cinta sesama manusia,manusia akan mati, Cinta kepada tumbuh-tumbuhan tumbuh-tumbuhan juga akan mati dan cinta kepada haiwan, haiwan juga akan mati Cintailah ilahi kerana cintaNya kekal abadi. Berserah kepadaNya.

Jika hidup itu mudah

KITA tidak melihat hidup itu sesuatu yang mudah bukan? Kalau hidup itu mudah sudah pasti hilanglah nikmat kehidupan di dunia. Oleh sebab itu, manusia dibekalkan dengan pelbagai cabaran,musibah,dugaan dan kesusahan atas dasar bukan warna-warni kehidupan semata-mata tapi itu lah sajian hidup yang penuh berencah dengan mengandungi pelbagai perisa. Sudah pasti ada yang pahit,manis,pedas,masam dan masin. Sedangkan makanan pun mengandungi pelbagai perisa dan warna bukan?Inikan pula manusia dan kehidupan. Bukan mudah mengharungi cabaran dan dugaan hidup, yang gagah dan perkasa pun mampu rebah dan tersungkur dalam pertarungan hidup duniawi.

DAN kita tanpa bekalan???
Mampukah bertahan diatas singgahsana?? duduk dengan kemewahan bermandikan anugerah yang mencurah-curah? Tanpa menyedari kehidupan itu seperti roda. Ada ketikanya kita berada di atas dan adakalanya kita di bawah.Saya yakin dan percaya jika diberi kata dua, samada terus kekal di atas atau di bawah, sudah pasti kita memilih untuk terus di atas sebab manusia hari ini sudah sebati dengan kehidupan yang selesa.

Thursday, June 24, 2010

Tersurat dan Tersirat




PERMATA HATIKU



Seorang yang banyak mulut macam aku gak(ikut jejak dia hhehhe)
seorang bapa yang baik hati, tegas dan kelakar hahhahahha
kalau 1st time orang jumpa dia memang orang sangka dia garang.Tapi sebenarnya tidak....
Yang aku tau dari kecil sampailah sekarang dia tetap seperti dulu...Rindu dengan dia,
Aku ni memang manja dengan dia.Manja sangat-sangat(sekarang pun sama jugak hheeh...)

Wednesday, June 23, 2010

Terbukanya Pintu Hati













Disebalik hati keras
Disebalik wajah nan garang
Disebalik kata-kata nan pedas
Disebalik Sifat yang pelik-pelik
Rupa-rupanya
tersembunyi rasa berbisa
yang menjadi dambaan setiap insan
pautan rasa yang tulus dan polos
Tanpa diduga
Tanpa dipinta
ianya hadir
Terlalu singkat perkenalan ini
Tiada pamitan
kedatangannya tidak dijemput
hadir dengan tiba-tiba
berbekalkan solat hajat dan istikharah
dan takruf kecil-kecilan cuma
masih berlanjutan terlalu jauh perhitungan itu
dengan harapan
moga terjaga hubungan ini
di bawah restu Mu
moga terpelihara hubungan ini dari godaan syaitan
Jauh disudut hatiku panjatkan kesyukuran ke hadrat Mu
Moga terpancar sebuah keikhlasan di antara hati-hati ini
untuk menegakkan agamaMu....
Andai suatu masa kami
hubungan ini diuji dan teruji
hanya ketabahan dan kecekalan
sebagai bekalan
andai teguh janji ikatan ini
akanku bajai nilai islamik di
dalam lingkungannya
Amin..
bukan omongan kosong semata-mata
tapi itulah impian sejati.
ku Potretkan gambar ini
kulakarkan kata-kata ini
sebagai tanda terbukanya
pintu hati

Bersama cikgu tersayang




15 Tahun yang lalu dia pernah mengajarku,mendidik tanpa jemu, senyumnya,tawanya, tidak pernah berubah,cuma satu....
sehingga kini kami tidak pernah melihat dia menangis.....

Tuesday, June 22, 2010

Ratu Disanubari



Inilah buah hatiku
pengarang jantung..
menatangku sehingga kini
tanpa jemu
tanpa sebarang rungutan...
Apapun yang berlaku mereka adalah segala-gala
kekal sebagai Ratu disanubari.