Wednesday, June 30, 2010

Roda kehidupan: Sedarlah kita

Terlalu sukar untuk saya gambarkan tentang pahit maungnya sebuah kehidupan.
Kita selalu meramal tentang kehidupan kita pada masa hadapan sedangkan yang di hadapan itu belum pasti dan di belakang itu terpatri sebagai sejarah. Mengapa? Ya! manusia itu sering bermain ditemani angan-angan kosong yang membuatkan dia kadang kala tersenyum bersendirian dengan bersaksikan bulan, bintang dan matahari tanpa ada koreksi diri.
Yang Hebat itu Tidak bererti kamu selamanya hebat dan lemah tidak semestinya kamu berada dibawah.Dua kondisi yang cukup berbeza dan bertentangan sama sekali.
Kadangkala kita leka, cuai dan alpa bukan???
sebab sudah tercatat sejak azali, itu adalah lumrah insaniah...tiada yang sempurna..

Ingin ku gapai kedua-duanya : Cinta dan KejaYaan

Terkedu!Hanya itu reaksiku. Rupanya tidak semua cinta di dunia ini dapat memotretkan impian menjadi kenyataan.Banyak jiwa yang sengsara.Banyak hati yang terluka. Tetapi tidak ramai yang sedar, cinta itu menjanjikan risiko yang besar dan mampu meragut banyak nyawa. Andai mereka yang lepas, bahagialah mereka Dan jika ada yang tersadai, tergadailah masa depan.Tetapi masih ramai yang menafikannya kerana cinta itu subjektif. Hakikatnya, cinta itu sukar untuk dimiliki.

Sunday, June 27, 2010

Manusia: Antara Tanggung Jawab,Keegoan diri sebagai pemimpin Atau Kekecewaan yang melanda diri

Semalam seusai bertandang di rumah sahabat, saya dan sahabat-sahabat sempat bertukar-tukar pandangan tentang konflik diri sebagai pemimpin.Ternyata apabila melihat raut wajahnya jelas dia dalam kekecewaan.Bimbang dia terasa hati,saya hanya memerhatikan butiran percakapannya sahaja.Mungkinkah transisi yang dimaksudkan beliau akan memberi implikasi yang cukup besar pada gerakan di masa hadapan.Mungkin. Apa-apapun saya melihat isu ini di suatu sudut yang cukup berbeza daripada tanggapan beliau. Bukan bermaksud membantah.Tetapi saya sendiri mempunyai persepsi yang berbeza.Pada pendapat saya, dimana-manapun kita berada matlamat dan tanggung jawab kita dalam menegakkan agamaNya adalah sama melainkan kelompok komuniti itu keluar dari landasan syarak.

Sebenarnya, tidak timbul soal perpecahan dalam kalangan gerakan sekiranya semangat perjuangan yang tinggi digarapkan dalam diri masing-masing sebagai seorang Da'ie.
Saya berpandangan, mungkin disebabkan ada rasa keegoan atas dasar gelaran doktor(mempunyai ketertinggian ilmu) terhadap diri menyebabkan konflik sedemikian rua berlaku. Mungkin juga mereka ini belum puas untuk mencurah bakti kepada masyarakat mengikut keselesaan platform yang mereka ada.Al maklumlah, mereka sudah berabad lama berjuang secara habis-habisan dan akhirnya mereka terpaksa berundur diri dari dalam gerakan disebabkan akta.

Percayalah, atas dasar individu perseorangan, saya berpendapat bahawa gerakan dakwah itu perlu diperkembang luaskan ke peringkat akar umbi walaupun terpaksa mengubah nama.Bukanlah bermaksud organisasi kita atau wadah kita hilang tapi inilah yang dinamakan strategi untuk mengangkat martabat khayrah umat.Jangan cepat melatah dengan sesuatu isu yang membolehkan perpecahan dalam kalangan ahli. Kita seharusnya berlapang dada terhadap semua permasalahan yang dihadapi.

Friday, June 25, 2010

Remaja Tanpa Akad : Apalah ertinya Cinta Andai Tubuh Yang dipertaruhkan Dan syaitan sebagai perantaraan

Cinta terlalu sukar untuk dimengertikan. Kerana cinta itu subjektif. Sengaja saya tulis pandangan saya ini bukan semata-mata tanda protes tapi sebagai peringatan untuk diri saya. Bermonolog secara sendirian bukanlah terbaik saya fikirkan.Biarlah saya jelmakan perkongsian saya ini dilaman kiasan saya sebagai wadah curahan rasa.
Mengapa manusia menjadi hamba kepada cinta? Sebab itu adalah fitrah semula jadi manusia yang cenderung ke arah kasih sayang. Tapi cinta yang ingin saya kongsikan disini ialah kerana cinta tubuh dipertaruhkan. Agak keras kata-kata saya ini tapi itulah realitinya. Kita menghabiskan masa untuk bercinta sedangkan jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kita kalah pada godaan syaitan. Kita serah diri kita semuanya kerana cinta Tanpa memikirkan implikasinya pada masa hadapan.
Cinta itu suci andai nilai iman jadi pedoman dan Cinta itu buta andai nafsu jadi perantaraan. Cinta sesama manusia,manusia akan mati, Cinta kepada tumbuh-tumbuhan tumbuh-tumbuhan juga akan mati dan cinta kepada haiwan, haiwan juga akan mati Cintailah ilahi kerana cintaNya kekal abadi. Berserah kepadaNya.

Jika hidup itu mudah

KITA tidak melihat hidup itu sesuatu yang mudah bukan? Kalau hidup itu mudah sudah pasti hilanglah nikmat kehidupan di dunia. Oleh sebab itu, manusia dibekalkan dengan pelbagai cabaran,musibah,dugaan dan kesusahan atas dasar bukan warna-warni kehidupan semata-mata tapi itu lah sajian hidup yang penuh berencah dengan mengandungi pelbagai perisa. Sudah pasti ada yang pahit,manis,pedas,masam dan masin. Sedangkan makanan pun mengandungi pelbagai perisa dan warna bukan?Inikan pula manusia dan kehidupan. Bukan mudah mengharungi cabaran dan dugaan hidup, yang gagah dan perkasa pun mampu rebah dan tersungkur dalam pertarungan hidup duniawi.

DAN kita tanpa bekalan???
Mampukah bertahan diatas singgahsana?? duduk dengan kemewahan bermandikan anugerah yang mencurah-curah? Tanpa menyedari kehidupan itu seperti roda. Ada ketikanya kita berada di atas dan adakalanya kita di bawah.Saya yakin dan percaya jika diberi kata dua, samada terus kekal di atas atau di bawah, sudah pasti kita memilih untuk terus di atas sebab manusia hari ini sudah sebati dengan kehidupan yang selesa.

Thursday, June 24, 2010

Tersurat dan Tersirat




PERMATA HATIKU



Seorang yang banyak mulut macam aku gak(ikut jejak dia hhehhe)
seorang bapa yang baik hati, tegas dan kelakar hahhahahha
kalau 1st time orang jumpa dia memang orang sangka dia garang.Tapi sebenarnya tidak....
Yang aku tau dari kecil sampailah sekarang dia tetap seperti dulu...Rindu dengan dia,
Aku ni memang manja dengan dia.Manja sangat-sangat(sekarang pun sama jugak hheeh...)

Wednesday, June 23, 2010

Terbukanya Pintu Hati













Disebalik hati keras
Disebalik wajah nan garang
Disebalik kata-kata nan pedas
Disebalik Sifat yang pelik-pelik
Rupa-rupanya
tersembunyi rasa berbisa
yang menjadi dambaan setiap insan
pautan rasa yang tulus dan polos
Tanpa diduga
Tanpa dipinta
ianya hadir
Terlalu singkat perkenalan ini
Tiada pamitan
kedatangannya tidak dijemput
hadir dengan tiba-tiba
berbekalkan solat hajat dan istikharah
dan takruf kecil-kecilan cuma
masih berlanjutan terlalu jauh perhitungan itu
dengan harapan
moga terjaga hubungan ini
di bawah restu Mu
moga terpelihara hubungan ini dari godaan syaitan
Jauh disudut hatiku panjatkan kesyukuran ke hadrat Mu
Moga terpancar sebuah keikhlasan di antara hati-hati ini
untuk menegakkan agamaMu....
Andai suatu masa kami
hubungan ini diuji dan teruji
hanya ketabahan dan kecekalan
sebagai bekalan
andai teguh janji ikatan ini
akanku bajai nilai islamik di
dalam lingkungannya
Amin..
bukan omongan kosong semata-mata
tapi itulah impian sejati.
ku Potretkan gambar ini
kulakarkan kata-kata ini
sebagai tanda terbukanya
pintu hati

Bersama cikgu tersayang




15 Tahun yang lalu dia pernah mengajarku,mendidik tanpa jemu, senyumnya,tawanya, tidak pernah berubah,cuma satu....
sehingga kini kami tidak pernah melihat dia menangis.....

Tuesday, June 22, 2010

Ratu Disanubari



Inilah buah hatiku
pengarang jantung..
menatangku sehingga kini
tanpa jemu
tanpa sebarang rungutan...
Apapun yang berlaku mereka adalah segala-gala
kekal sebagai Ratu disanubari.

Monday, June 7, 2010

wedding sahabat




tq

masjid bandaraya kota kinabalu



kenang-kenangan semasa menghadiri usrah di white house

dI mana Nilainya Maruah seorang Wanita : Di Mata Lelaki

Terkilan! Hanya itu yang mampu saya luahkan. Sedih tetapi hanya mampu kupendamkan.
Mengapa masih ramai adik-adik di luar sana yang tidak memahami apa erti cinta sebenar dalam islam? Mengapa begitu mudahnya memberi nilai kehormatan pada seorang laleki yang mereka labelkan sebagai seorang kekasih? Dimana mkehormatan sebagai seorang wanita yang penuh nilai-nilai kesantunan?
Sahabat,
percayalah....cinta itu hadir hanya bersifat sementara akan lenyap ditelan zaman.Mengapa begitu mudahnya mempertaruhkan kesucian keluhuran tubuh wanita?Sedangkan yang selayak-layak menerima nya adalah suami.Ya! amir dalam keluarga,ayah kepada anak-anakmu.Butanya hatimu sahabat.Kau rela diperlakukan sedemiakian rupa.Kau letakkan kepercayaan dan harapan yang tinggi terhadap dia walhal dia bukan suamimu hanya berstatuskan kekasih. Kahsian.Pandanganmu telah dibutakan.Pendengaran mu telah ditulikan,hatimu telah dihitamkan..semuanya atas dasar cinta yang tidak bermaruah!
Saya geram sangat.Melihat ramai adik-adik perempuan di luar sana merelakan tubuh mereka diperlakukan dengan sewenang-wenangnya. Tidak terfikirkah kamu terhadap hati ibu dan ayah??yang Membesarkan kamu dari kecil hingga dewasa???Sedih.

Renungan...



Ibu
tiada duanya
senyum mu
tawa mu
sungguh mengagumkan
adakalanya kau berdukacita
tiada tempat mengadu
lantas
dipendam dalam hati
satu-satu badai melanda
kau perisaikan dirimu
sabarmu
tabahmu
akan ku jadikan kekuatan
dalam diriku
sebagai bekalan mendepani cabaran
masa depan

Sunday, June 6, 2010

rimbunan daun terbang entah ke mana,menghilang disebalik pokok yang merimbun


Kabur pandanganku
menelusuri hari-hari yang mendatang
semakin suramku rasakan
adakah tepat pilihanku ini???
persaanku tidak tenteram,
fikiranku menerawang jauh
kugagahi rapuh
songsang tidak terarah
kelam
suram
sirna
kenapa?
hatiku masih berbelah bahagi
adakah terpaksa? keliru? ralat?
Ya Allah aku memohon petunjuk dari Mu
berikanlah aku sebaik-baik petunjuk
agar ada sinar kali kedua dalam hidupku.
Aku lemah ya allah...menghadapi ujianMu
aku tidak berdaya ya Allah
mengharungi pancarobah hidup
jiwaku kosong,jasadku semakin lemah
kembalikanlah 'aku' seperti dahulu
aini yang naif.

Friday, June 4, 2010

aku



Gambar ini memperlihatkan wajahku yang cukup gembirakan?
Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu
Rupa-rupanya ekspresi muka bukan sandaran pada gejolak jiwa yang melanda
ia hanyalah topeng emosi semata-mata menutup gelombang di jiwa
sungguh hebat riak ini menyembunyikan duka dalaman
Sakit tapi masih mampu tersenyum
seolah-olah menggambarkan yang pahit itu manis yg masam itu tetap manis, masin itu tetap manis dan manis adalah manis...semuanya hanyalah semata-mata ingin meemperlihatkan sesuatu itu tetap manis walaupun pada dasarnya pahit.

Sekadar Tarian Biasa



Kepulanganku dalam bulan Februari yang lepas telah membawa satu perubahan yang besar dalam hidupku.Kepulangan yang tidak disangka-sangka. Berita yang cukup menyesakkan mindaku.Tapi itulah hakikatnya.Kuasa Allah.Perkenalan yang cukup singkat.Takruf bukan secara habis-habisan dan aku tidak pasti dengan keputusanKU.Ralat.Ya Allah.. bantulah hambaMu ini. Berilah aku petunjuk adakah benar keputusanku ini.Bimbang.
Banyak yang ingin kucoretkan tetapi tidak mampu untuk diluahkan.
Biarlah pena yang menari ini sekadar menari tanpa menoktahkan tarian gemalainya.
Biarlah jasadku ini hanya sekadar jasad yang kosong.Aku sedar luka lama masih berdarah.Sukar untuk melupakan peristiwa yang benar-benar meragut impianku.

Rehlah di Pantai Odec




Lamanya tidak ke Pantai setelah 8 tahun yang berlalu.
Rasa takjub bila melihat kebesaran ilahi
menciptakan air laut yang masin dan air sungai yang tawar
tetapi mempunyai dinding pemisah yang mengekalkan rasa perbezaan kedua-dua air tersebut. Rehlah bersama adik-adik SISMA cukup menyeronokkan.Sedar ada jurang usia yang begitu jauh antara adik-adik SISMA tetap tidak membuatku kekok ketika bersama mereka.Bermain ombak dan pasir, memungut kerang, memungut barang terpakai dan macam-macam lagilah hehehhe
Rindu dengan dorang.Apakan daya ukhuwah yang terbina tidak semestinya terus bekekalan huhuhu Dah lama tidak mendengar berita dari mereka.Harap program akan datang dapat menjejakkan hati-hati mereka(dalam maksud ni hehhehehe)

Thursday, June 3, 2010

Disebalik gambar ini



Perjalanan dari sembulan ke Tuaran memakan masa selama lebih kurang 45 minit. Mula-mula sampai tu terujalah lihat pemandangan yang luas terbentang. Seronok berprogram disitu.
Lagipun keadaan program agak santai sahaja, jadi tidaklah kelam kabut sangat.hehehhe
cumanya, berlaku peristiwa lah time program huhuhu sampai sekarang tak boleh lupa...sedih-sedih.....

Disinilah jugak saya dapat mengenali adik-adik baru yang datangnya dari pelbagai daerah.Seronok dapat berkongsi kisah dengan mereka..

sahabat



Sahabat
terlalu jauh perjalanan hidup ini
onak yang berliku tetap
diharungi
badai yang melanda tanpa jemu
kedatangannya tidak dijemput
pemergiaannya tidak disedari
kita berikan ia sepenuh kepercayaan
kita hamparkan ia sebuah harapan
Tapi,
kita bentangkan ia sebuah keikhlasan
sahabat
jauhnya diri ini untuk dimengerti
hambarnya hati ini

Tidak sabar mau pulang tawau



Tidak terasa sudh hampir 6 bulan aku berada d KK, banyak yang aku pelajari selama berada disini,bumi yang asing bagiku tapi cukup meriah sebab masih dalam negeri di bawah bayu dan kaya dengan pelbagai etnik.

Ujian yang datang hanya bersifat sementara, tapi kesannya cukup hebat hingga mampu menjadikan manusia yang kerdil berubah menjadi cekal dan tabah.

beberapa jam yang lalu aku terima panggilan dari seorang amat aku kenali suaranya.Dia memberitahu adiknya,Pena accident sekali lagi aku terkejut...2-3 hari ni macam-macam ujian yang aku dengar. Tidak kira samada diriku mahupun sahabat-sahabat yang lain. Semua cerita akan menjadi satu berselindung disebalik ujian.Inilah realiti manusia.Asam garam dalam kehidupan.Bermula dari cerita selimut, seniorku dan xcident kesemuanya mengganggu ketentraman jiwa dan emosiku.Setiap satu aku analisa,kuperincikan bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian. Tenyata bukan mudah.
Berat.

Wednesday, June 2, 2010

'Pap pap pap'

Pagi ni malas mau bangun...kepenatan masih menerpa tubuhku. Penat.Hanya itu yang mampu ku katakan.Pusing kanan pusing kiRI...ERMMMMMMMMMMM malas mau bangun pagi, rasanya mau smbg tidur jak..... Aku menerima panggilan dari seseorang, kuamati suaranya.Seolah2 dia memikul beban yang terlalu berat.Kesiannya.
Kedengaran suara esakkannya."Kenapa sedih kak???"Tanyaku.Diam membisu.Mungkin dia agak terasa dengan apa yang dia dengar semasa mesyuarat tempoh hari.Tiada niat kak, tujuanku bersuara masa tu sebenarnya hanyalah ingin mengajak wakil2 lain utk berhadapan dengan karenah birokrasi. Jangan sampai diperkotak katikkan semata2.Malu rasa diriku.Yalah,siapalah aku ini untuk bersuara. Akak adalah leader,kalau akak 'down' saya yang muda ni pun akan turut 'down'. Tergamam aku seketika. Buntu. Terlalu sukar aku menafsir perasaan seorang insan yang bergelar isteri,ibu,anak,menantu,pendidik dan pendakwah.Amat kukagumi.Dalam hatiku ingin aku mencontohi dia..
Tapi apakah gelombang yang dia maksudkan???Mungkin Allah sedang menguji dia..
Aku akui dia memang seorang wanita yang cukup kuat dan berani.
Ya ALLAH rasa bersalah yang teramat sangat..

Tuesday, June 1, 2010

Serangan Ke Atas Flotila Kebebasan: ABIM Kecam Tindakan Rejim Israel

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan yang menyertai misi ’Flotila Kebebasan ’ke Semenanjung Gaza hari ini.Tindakan kekerasan ala ketenteraan oleh rejim itu terhadap aktivis konvoi antarabangsa itu secara jelas mencabul prinsip keamanan dan kemanusiaan sejagat. Ternyata Israel berniat jahat kerana misi konvoi tersebut merupakan misi aman, tidak bersifat ketenteraan, dan bertujuaan semata-mata untuk menghantar bantuan ke bumi Gaza. Ia telahpun mendapat dokongan masyarakat antarabangsa yang telah turut menyertai konvoi tersebut.

Dengan siri serangan yang tidak berperikemanusiaan ini, Israel telah sekali lagi menunjukkan keangkuhannya menghalang bantuan disalurkan ke bumi Palestin dan terang-terangnya mencabar masyarakat antarabangsa untuk bertindak ke atasnya. Ia juga merupakan penerusan kepada pelbagai bentuk penindasan dan tekanan yang dilakukan oleh Israek terhadap rakyat Palestin selama ini.

ABIM dengan ini menggesa agar Wisma Putra mengambil sikap yang tegas dan menyatakan pendirian tersebut kepada Israel dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera. Sesungguhnya Malaysia dan rakyatnya mempunyai sebab yang sangat kukuh untuk mendesak Israel dan sekutunya menghentikan segera tindakan ketenteraannya memandangkan konvoi itu turut disertai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada aktivis NGO, ahli Parlimen dan wartawan. Tambahan pula, bantuan yang ingin disalurkan melalui konvoi tersebut merupakan hasil kutipan dan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Gaza yang amat memerlukan.

ABIM menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menterjemahkan keprihatinan dan kecaman keras mereka terhadap pencabulan oleh rejim Israel ini dengan menyokong sebarang usaha oleh pihak kerajaan dan pihak NGO-NGO untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada Israel dan sekutunya. Justeru ABIM menyeru agar rakyat Malaysia turut menyertai siri-siri bantahan aman yang dilakukan oleh pihak-pihak tersebut sebagai tanda sokongan padu rakyat Malaysia terhadap usaha-usaha keamanan dan mengecam keganasan. Akhir sekali, ABIM ingin memohon agar rakyat Malaysia berdoa dan mengadakan solat hajat di seluruh negara demi keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam konvoi tersebut.


Mohamad Raimi Ab Rahim

Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Masih BLURR lagi

Walau pun tarikh semakin hampir, aku pulak masih rileks huhuh orang lain dah tukar turbo, aku pulak huhuhu enjin pun tak start lagi..Napa ni aini?????? ada masalahkah???? huhuhu Risau sebenarnya hati ini. Penuh kegusaran,penuh syak wasangka, macam-macam dirasai.Rupa-rupanya begini perasaannya..Tapi aku ni huhuhu betul-betul la...selamba...persediaan mamaku yang take over hehehe maaf lah mak...mungkin keadaan ku yang jauh menyebabkan aku begini ...

Siren berbunyi meminta aku agar terus be calm down hehhehehhe
nnti terus sliow pulaknya aku hehehe


erm apa lagi yang mau dibuat ni???? blurr nya aku...tenang aini....sabar....tarik nafas...

macam-macam Ragam manusia

Saat berganti saat,minit berganti minit dan jam berganti jam...tanpa disedari masa terus berlalu pergi..pemergian 'nya' sentiasa membawa kepada perubahan waktu.. Senyum,tawa,duka,riang muram,dan sedih begitulah mimik muka yang sentiasa bertamu tanpa jemu. Tidak pernah menyepikan diri malah terus mengisi ruang waktu manusia.

Manusia?????? terus leka, lalai , alpha dan dan lupa bahawa masa terus meninggalkan mereka. Bermula si anak kecil ingusan hingga tua si bongkok tiga rata-ratanya ditinggal oleh waktu yang kian berlalu.

Ada masa 'suara' datang menjengah usia kita, ada masa kita tersentak, ada masa kita mengelamun dan ada masa kita tetap di buai mimpi. Mimpi??? yang indah,yang seram,yang menyedihkan..