Thursday, January 28, 2010

PERPADUAN 1 MALAYSIA:REALITI ATAU FANTASI

Semalam saya pergi menghadiri satu majlis forum yang diadakan di SEDCO,KK.Berbicara soal perpaduan kaum sudah tentu menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan isu-isu yang dikupas.Dalam fikiran saya yang berkobar-kobar tanpa pedulikan orang sekeliling,saya catat setiap inci maklumat yang diberi.Saya sendiri ingin melihat hadirin (masyarakat sabah sendiri) sejauhmanakah kefahaman mereka dalam konteks perpaduan lebih-lebih lagi dalam situasi politik negara yang tidak menentu. Ternyata saya hampa. Timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya.

Yang Pertama

Adakah kehadiran para hadirin yang datang ke majlis berkenaan hanya mengisi kuota program semata-mata?

Kedua

Apa kaitan Bos Pelantar minyak dijemput untuk menjadi ahli panel dan menjawab isu yang berat apatah lagi bersangkut paut dengan gagasan negara 1 malaysia?Kan forum dah jadi forum pelantar minyak.Nasib baik pengacara majlis boleh kawal perjalanan majlis.

Ketiga

Ahli forum gagal membawa isu ini untuk memberi penjelasan kepada hadirin yang hadir.Adakah majlis ini hanya dibuat semata-mata untuk melengkapkan taqwim yang sedia ada? (Ada juga panel yang hebat)


Cadangan saya:

Jika kerajaan serius mengadakan gagasan 1 malaysia, pastikan jangan memandang enteng terhadap perkara-perkara yang remeh temeh. Memulakan sesuatu perkara biarlah bermula dari akar umbinya. Sekiranya perkara pokok gagal difahami sudah pasti gagasan 1 malaysia tidak akan mencapai visinya. Mengupas sesuatu isu yang berat dalam suasana politik negara yang tidak menentu pada hari ini, memerlukan pemikir-pemikir yang memahami konsep 1 malaysia,sekiranya yang penyampai pun tidak jelas dengan konsep 1 malaysia sudah pasti masyarakat turut tidak dapat memahami gagasan "branded" negara ini.

Saya sempat juga mengemukakan beberapa soalan kepada ahli panel..seusai majlis tersebut saya didatangi oleh menteri yang merasmikan program dan beberapa orang perwakilan UMNO untuk menjemput saya masuk puteri UMNO.(bagus-bagus bah pemimpin sabah ni tawadhuk..)

Wednesday, January 27, 2010

"//ada HikMAH Di seBalik KeJadian.."

Assalammualaikum wwb..

Beberapa hari ni..sibuk bermain dengan FB hehe(kena penangan FB hehe la ni)Blog dilupakan seketika..aduh kesian..xbanyak story mau kongsi..hehe yala private gitu..huhu cabaran dan dugaan yang kita lalui di masa lampau banyak mengajar aku jadi orang yang survival..yala..survival la sangat hehe pengalaman lepaskan..bila dah lalui beberapa kesengsaraan ,penderitaan dan yang sekutu dengannya (ujian) barulah aku faham untuk apa kita hidup di dunia ni..matlamat kita.semua bergantung pada niat..Bermaksud kalau niat kita dah tersasar..akhirnya porak porandala kehidupan kita..dasyat tu..bersyukurlah bila Allah berikan kita kebahaagiaan di dunia walau hanya seketika dan bersabarlah bila kita tengah diuji..ada hikmah disebalik kejadian..

Bila lihat kawan2 yang lain dah berjaya dalam hidup rasanya mau juga kaki ini melangkah sepertimana mereka..tapi bila lihat balik keadaan diri,..kemampuan yang amat terbatas..fikir balik..inilah dugaan untuk aku..

ya..aku kena banyak bersabar..walaupun didunia aku xdapat kebahagiaan itu harapnya di akhirat aku tergolong dalam golongan orang2 yang paling bahagia di akhirat kelak..SMS ,calling, emel , FB,FS,TAGGED dsb..tak berhenti2 bertanya khbar,buat apa skg ada dimana huhuhu..tak ketinggalan juga ada juga sms yang diterima berbaur penghinaan,pedihnya ulu hati..(sadisnya ku rasa) sabar..tenang..xpa..allah pun tengah menguji kejayaan yang ada pada mereka..termasuk perasaan bangga mereka..alhamdulillah aku terlepas dari perasaan tu...syukur..bagi sahabat2 di mana pun kalian berada..apa pun yg berlaku kita tetaap sahabat..jgn bimbang biar pun betapa senyapnya diri ini hilangnya aku dari radar korang,,tidak bemaksud persahabatan kita terputus..

Cuma izinkan saya untuk diberi ruang untuk bersendirian..diberi masa untuk berdiri semula..
jangan bimbang kawan2 sekalian doa saya sentiasa mengiringi kejayaan dan kebahagiaan kalian semua..

untuk family yang saya cintai dan hargai
terimakasih kerana xjemu2 bagi nasihat untuk diriku..buat mamaku bapaku tercinta walaupun xpernah berkunjung dalam blog anakmu ini..mengertilah anakmu ini sentiasa menghargai
setiap jasa dan pengorbanan kalian..rindu mau balik tawau.. untuk adik2 tersayang heheh semoga sabar memasuki alam remaja dan dewasa..bersedialah..


Buat sahabat sefikrah saya..
yang berada di Adwood Falcon...terimakasih kerana buat yang terbaik untuk jadi pendamping dalam diri saya..insyallah semoga urusan kita dipermudahkan...
thanx a lot..

wsalam..

Monday, January 25, 2010

..sedikit renungan

Diharap Pertubuhan NGO islam di Sabah(CORNCERN) mampu mengadakan Program mengenali Tokoh-tokoh Ilmuan Islam terdahulu,beri ruang dan peluang kepada generasi muda islam pada hari ini mengenali tokoh2 pemikir islam. Misalnya,Buya Hamka dan Syed Naquib Al Attas. Hargai sumbangan mereka dalam memartabatkan pemugaran budaya ilmu hingga mencetuskan revolusi keintelektualan dalam dunia islam.."

Saturday, January 23, 2010

...family yg ditinggal-tinggalkan..



kesian family ni... kena banyak bersabar... ujian allah...

.... ReAliTi: Offshoring...




Assalammualaikum wwb..

Bidang Oil dan Gas???
apa benda tu? huhu yala hanya mereka yang menceburi bidang ini saja mampu menghuraikan bidang tugas oil dan gas ini.. Tengok kerja memang susah.Yala,terpaksa berjauhan dengan family.Balik rumah pula jarang..
Kesian kan??Mahu juga tahu bagaimana kehidupan dorang di Pelantar...mesti bosan..
Mungkin kawan2 terfikir bagaimana saya boleh masukkan cerita pasal offshore ni.saja...
tengok wajah dia senyum saja...dalam hati meraung...mau balik rumah...

"...Nanti saya turut pening..."

Asmkm ,

Ainn sy baru baca email kamu, tp buat masa ni sy belum ada masa lagi utk reply coz internet dkt sini limited, 15minit sorng, anyway kalau ada masa nnt sy replay

alhamdullilah dalam dtng sini smlm slmt, smua ok, rig ni pun OK, keja pun ok la, biasa la kalau da keja, keja saja, haha
memang gila, kalau ikut terus sj mau berenti, tapi kata org kena profesional la kan,

amboi email ain bole tahan, jgn terlalu di fikirkan sangat. sy pula turun pening.

ok kalau ada masa nnt s balas k,

ok bye assmkm.



bye
p/s: huhuhu tanda protes..
siapa yang pening skg ni??? huhuhu saya atau kamu???

usrah bersama xxxxxx xxxxxx

alhamdulillah...usrah bersama xxxxxx baru saja selesai..Pelbagai isu dibincangkan..panas..

Friday, January 22, 2010

USRAH xxxxxxx

Bertolak dari xxxxxxx untuk menghadiri usrah di White House memakan masa selama 15 minit, sepanjang dalam perjalanan aku melihat cantiknya pemandangan di xxxxxxx.Mungkin first time datang ke sini . Usrah gabungan xxxxxx dimulakan. Rasanya amat bertuah dapat berkenalan dengan sahabat gerakan disini dari pelbagai suku kaum..

Usrah gabungan antara muslimin dan muslimat dimulakan dengan tafsir quran,surah al zalzalah.

K emudian usrah muslimat bersama xxxxxx mengupas topik "mukminah soleha vs wanita bebas.."
agak kekok jugak untuk melontarkan padangan, kepada adik2 usrah ni al maklumlah "burn minded" seketika..lama juga x hadiri usrah sebegini, 50 minit usrah bermula tunduk saja diam membisu..tak tahu ayat mana yg harus dimulakan, mungkin bagi masa untuk panaskan enjin heheheh
Dunia hari ini menyaksikan ramai muslimat menjadi mangsa trendy modenisasi. Bermula dari kedai-kedai kopi hinggalah ke meja Parlimen, kebanyakkan mentaliti golongan wanita hari ini dan cara hidup mereka dipengaruhi dengan budaya barat.
“Trendy muslimah” tidak mengenal sesiapa untuk dijadikan mangsa. Yang lemah,leka,cuai,dan tidak berdaya hanya mampu menggangguk!!!
“Mukminah soleha hanya mementingkan pentarbiyahan dan kerja-kerja kebajikan tanpa berorientasikan keuntungan semata-semata. Berbanding wanita bebas yang berjuang atas nama kebajikan tetapi mementing populariti dan memastikan dompetnya sentiasa penuh.”Dimanakah sikap keprihatinan kita sebagai seorang wanita yang memegang amanat untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan .
Apa yang saya ingin tekankan disini hiduplah dalam kesederhanaan, jauhkanlah diri dari sikap materialistik yang akhirnya kalau tidak dikawal akan merosakkan jiwa kita.

Adik- adikku sekalian
Hari ini juga kita melihat peradaban dunia semakin terhakis yang lemah ditindas. Lihatlah betapa kejamnya dunia kini. Bersetankan soal populariti ,wang ringgit dan material hanya mampu mengheret seseorang itu ke lembah hitam.
Sebenarnya topik yang dibincangkan ini banyak menimbulkan keinsafan dalam hati saya.Berusaha untuk meletakkan diri supaya dapat jadi mukminah yang soleha.Jadilah mukminah yang soleha…

Thursday, January 14, 2010

Pagi yang hening...

seronok bekerja di xxxxxxxxx. Banyak mengajarku tentang protokol,semasa di xxxxxxxxx dulu, ada belajar jugak tapi kali ni ilmu yang ada kena praktikkan.Tidak rugi rasanya.Walaupun hanya 3 tahun di xxxxxxxxx banyaak benda yang aku pelajari.

Tepat pukul 7.50 pagi aku bertolak dari rumah.. ofis pun dekat aja 4 minit boleh sampai jadi rilex sikit..jalan g ofis lenggang2 kangkung..entahlah apa yang dilenggangkan dan apa yang dikangkungkan pun ndak tau la..hidup dgn pandangan kosong ni.. susah sikit tidak sama dengan hidup orang yang penuh berwawasan..ada matlamat..fikiran masih lg kosong..sekarang ni pegi balik rumah n ofis jak la.. dah tak tahu menahu dah ttg dunia luar..kalau dulu celik isu semasa
..sekarang katak dibawah laut..mau power skit buta maklumat la adakah???hentam jak la...

pagi2 kena sedia ..telinga kena alert.. salah dengar atau mis info malu sndiri la ...kalau x pun...ada jak la org tersenyum2 simpul tengok muka ku ni...tak tahula senyum kerana apa hehehe tapi manis jugak la hehehe..ok juga dapat orang atasan macam xxxxxxxx ,ada mistake ka apaka xpayah menggigil juz cool down jak.. cormfirm dia senyum jak hehehhe ofis ni x la sibuk manapun tapi saja buat diri sibuk memanjanguntuk menghilangkan apa yang terbuku di hati..

ni pulak kisah housmate ku

best dapat kenal kwn dari bumiputera ni hahaha lucu..mau di mulakan cerita ni nama dia xxxxxx suku kaaum dia xxxxxx .aku tengok hidup dia ni asyik berteka teki, kalau dia bercerita dengan aku heheehhe aku kena pasang telinga paling kurang pun peluk bantal bukan ada apa2 pun, sebagai bersedia la..kalau xtahan dengar dia berteka teki,, aku decide tido terus tanpa kompromi. Kesian dia hahha sori ya xxxxxx . mata saya lbh berharga dari segala2 nya. kalau dh tido mmg tdo no kompromi la..

yang seorang ni lagi la xxxxxxx kalau berbual x bhenti2 .. mcm keretapi x jumpa stesen la.. mcm aku la gak kurang lebih la..tapi skg ni aku dh cntrol mulut ckit berhijrah lah katakan jadi kuat bckp pegi kpd kurg bckp hehehehh
ntahla..perubahan perlu dilakukan pada diri sendiri..

erm minggu depn ada usrah dengan xxxxxxxxx. mau buat d tepi pantai odet di xxxxxx bakar kepak ayam..rasanya bukan kepak jak yg dibakar,apa2 hal standby jak la ...santai bgitu...

Tuesday, January 12, 2010

suratan takdir..

9 Januari 2009,xbuat pertama kalinya aku datang ke xxxxxxxxx ,.mencuba nasib lah katakan, mau dikatakan lari dari masalah x boleh jugak, mungkin hanya membawa diri jak rasanya...Salam perkenalan aku hulurkan pada adik2 xxxxxxxxx .Sebelum ni hanya mendengar dari orang lain jak tentang adik2 xxxxxxxxx, kali ni duduk sama2 dorang la.

Teringat aku pada pepatah melayu "di mana langit di pijak disitu langit dijunjung.." Walaupun hidup di negeri sendiri susana tetap sama seperti dulu2.. terpaksa berjauhan dari keluarga. Entahlah aku pun tak tahu apa yang aku cari sebenarnya..dugaan kali ini begitu berat bagiku. Tidak seberat cabaran yang aku tanggung dalam xxxxxxxx dulu..Kini,aku terpaksa tanggung sorang-sorang jak.. ada juga sahabat tempat aku merungkai segala masalah, tapi terbatas oleh masa dan waktu..huhuhu
Ya allah... biarlah ujian yang datang kali ini memberikan aku kekuatan... kalau inilah takdirku aku redha...

Monday, January 11, 2010

Y.....????


Ketika aku tersungkur,
Ia datang membawa harapan,
memberi makna yang amat mendalam,
menjadi pendamping yang setia,
memberi nafas baru dalam kehidupan,
ada hikmah disebalik kejadian,
pelik tapi itulah realiTI!
Alhamdulillah.............

Aku tercari-cari

Permulaan yang begitu pahit,
terpaksa ditelan,
dalam kepayahan diri menelusuri sebuah impian,
telah punah bersama harapan,
Hati dihimpit resah terus subur di dalam benak,
kucari kekuatan itu,
kugagahkan langkah yang tiada tujuan,
membawa hati memujuk diri,
mencari arah sebuah sinar baru,
agak payah langkah itu,
seolah-olah dihadapan ku kini,
kian kelabu tidak berpenghujung,
yang jelas dihadapan ku kini bingkisan terakhir,
sebuah coretan rasa...

Ya Allah..
dugaan yang maha hebat,
semakin mendekat,
menghakis kekuatan diri,
tangisku terus berlagu,
dengan jiwa yang terus bergolak,
dengan jasad yang tidak bernyawa,
hati kecilku berbisik
biarlah ia bernoktah disini!