Thursday, July 23, 2009

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009




Written by spp
Thursday, 23 July 2009 01:03
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Penyertaan kongres adalah terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pimpinan pelajar sekolah, pimpinan mahasiswa institut pengajian tinggi, pimpinan institusi dan badan bukan kerajaan serta pegawai kerajaan dan pembuat dasar.

PKPIM merasakan bahawa penganjuran kongres ini adalah bertepatan dengan masanya ketika Malaysia sedang mencari kestabilan hala tuju pasca tsunami politik Pilihanraya Umum ke 12 dan peralihan pucuk pimpinan negara. Tambahan pula dengan isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia dalam tempoh masa itu, telah menguji kematangan Malaysia untuk hidup di atas bebanan sejarah dan impian masa hadapan. Sekiranya tidak dipandu dengan pemahaman dan penghayatan yang jelas dan benar akan teras-teras kenegaraan yang telah menjadi tiang-tiang penegak Malaysia sebagai sebuah negara merdeka hari ini, maka adalah dikhuatiri perubahan sosio-politik yang berlaku menatijahkan bencana yang lebih buruk.

Maka itu, objektif penganjuran kongres ini adalah untuk memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang. Di samping itu, kongres ini juga bertujuan merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya. Kongres ini juga bertujuan untuk mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’. Kongres ini diharapkan dapat menghasilkan gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.

Kongres ini akan dimulakan dengan Ucapan Dasar bertajuk “Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” yang akan disampaikan oleh En. Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM.

Seterusnya, Y.B. Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia akan menyampaikan Ucap Utama bertajuk “Membugar Idealisme Politik Baru di Kalangan Generasi Muda” sekaligus merasmikan kongres ini dan melancarkan buku terbitan PKPIM berjudul “PKPIM: Sejarah dan Perjuangan Lima Dasawarsa (1961-2011)”.
Empat kertas kerja yang akan dibentangkan di dalam kongres ini adalah seperti berikut;

1. ”Kerangka Melayu Islam Sebagai Teras Kenegaraan”
Oleh: Y.Bhg. Prof. Dr. Wan Mohd. Noor Wan Daud, Felo Utama ATMA UKM
Pengulas: Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran, Timbalan Dekan IRK UIAM

2. ”Perpaduan Melayu lwn. Perpaduan Nasional”
Oleh: Dr. Sarjit Singh Gill, Pensyarah Kanan UPM
Pengulas: 1. En. Markus Lim Han King, Penyelidik INSAP
2. En. Khairul Anuar Musa, Exco PKPIM

3. ”Integriti dan Jatidiri”
Oleh: Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh, Presiden IIM
Pengulas: 1. En. Wan Ahmad Fayhsal, Koordinator Kampus TERAS
2. En. Hasnul Hanif Harun, Naib Presiden PKPIM

4. ”Liberalisasi Ekonomi: Peluang dan Cabaran Generasi Muda”
Oleh: Tn. Hj. Abd. Malek Awg. Kechil, Ketua Pengarah YAPEIM
Pengulas: 1. En. Daniel Alexander, TAC
2. En. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Exco PKPIM

Kongres ini ditutup dengan Sidang Khas Generasi Muda yang membariskan En. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden PKPIM, En. Mohd. Syamsul Salleh, YDP MPP UPM merangkap Jurucakap MPPK dan En. Nasrullah al-Ghiffary, Presiden Pelajar Islam Indonesia (PII) yang akan membicarakan tajuk “Antara Aspirasi Parti Politik dan Idealisme Generasi Muda”.

PKPIM optimis untuk menjadikan kongres ini sebagai satu batu loncatan untuk Malaysia terus maju mengejar impian masa hadapan tanpa melupakan apatah lagi meminggirkan bebanan sejarah yang membentuk jatidiri kita sebagai sebuah bangsa merdeka Negara Malaysia.

Untuk urusan penyertaan atau maklumat tambahan, boleh diajukan kepada En. Abu Qasim Nor Azmi (019-356 5805), Cik Sakinah Budiman (013-212 4590) atau hubungi terus Sekretariat PKPIM Pusat di talian 03-6184 2286 atau emel,


pkpim_spp@yahoo.com


This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it



. Perkembagan dari semasa ke semasa boleh didapati di blog rasmi kongres ini di alamat http://kongres-pkpim.blogspot.com.



Oleh:

KHAIRUL ANWAR SHAZALI

Tuesday, July 21, 2009

REMAJA DAN CERMIN KEHIDUPAN

Pasca kemerdekaan menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara yang kian pesat membangun ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Walaubagaimanapun, Negara kita dilanda pelbagai penyakit sosial yang pastinya dicetuskan oleh golongan remaja. Saban hari, meniti dari bibir ke bibir bermula dari kedai-kedai kopi hinggalah ke meja parlimen isu kebejatan sosial dalam kalangan remaja pada masa ini telah menjadi barah dalam masyarakat. Remaja diertikan sebagai seseorang yang baru mengalami peralihan zaman kanak –kanak ke alam dewasa manakala cermin kehidupan membawa konotasi perilaku yang dibawa oleh remaja ini dalam hidup mereka .
Secara konseptualnya, remaja amat signifikan dengan isu sosial pada hari ini. Remaja sering digambarkan dalam keadaan kegersangan akhlak dan pemikiran. Persoalannya, sejauhmanakah golongan remaja pada masa ini dikatakan rosak akhlaknya? Jelasnya, masalah ini tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat memandangkan isu ini melibatkan imej Negara. Justeru, pelbagai faktor yang menyebabkan isu ini berlaku dan inisiatif yang lebih proaktif dan efektif perlu diambil bagi menangani masalah ini.
Di dalam tulisan ini saya menggariskan bahawa terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kepada masalah sosial iaitu kurang perhatian keluarga, rakan sebaya dan media masa. Antara faktor utama yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ini ialah kurangnya perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa dilihat sentiasa mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak. Segelintir ibu bapa sentiasa mengejar kemewahan hidup tanpa mempedulikan perasaan anak-anak yang inginkan belaian kasih-sayang daripada mereka. Menurut kajian yang dijalankan fungsi keluarga melayu moden sebagai penjaga dan pendidik emosi anak-anak telah mula terhakis.
Natijahnya, pelbagai masalah sosial remaja yang cukup kronik berlaku di dalam Negara. Golongan remaja yang terabai juga lebih mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme, sensasi, glamour, dan sindrom kurang daya tahan. Sebahagian ibu bapa lebih mementingkan pencapaian akademik semata-mata tanpa mengambil berat soal pergaulan anak-anak bahkan ada juga ibu bapa yang bersikap lepas tangan terhadap anak-anak.
Hal ini sangat bertentangan dengan sabda Rasullullah saw yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan maka ibu bapalah yang bertanggungjawab keatas anaknya samada menjadi yahudi ,nasrani atau majusi.”(Riwayat Bukhari)
Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mendidik jiwa anak-anak mereka agar anak-anak tidak berasa sunyi dan tersisih. Hal ini penting bagi menjamin mantapnya sesebuah institusi kekeluargaan.Selain itu, rakan sebaya juga turut mempengaruhi rakan yang seusia dengan mereka.
Selain ibu bapa, rakan sebaya juga sangat akrab dengan remaja Hal ini disebabkan ketika usia sebegini mereka mula mencari identiti sendiri dan pada masa yang sama golongan ini lebih cenderung untuk mencari seseorang untuk dijadikan teman berkongsi masalah lebih-lebih lagi seseorang yang dapat memahami diri mereka. Sekiranya, mereka gagal memilih rakan sebaya yang baik, maka tidak hairanlah mereka lebih terdedah dengan budaya lepak, ketagihan dadah dan pornografi.
Akhirnya, jika perkara ini dibiarkan mereka akan mudah dijangkiti penyakit sosial seperti pergaulan bebas, penzinaan dan budaya lepak. Kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan kes-kes jenayah adalah terdiri daripada golongan remaja. Jelasnya, golongan remaja tidak mempunyai ‘role mode’l atau Qudwah Hasanah untuk dijadikan sebagai contoh dalam diri mereka. Firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :“Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasullullah saw itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orng-orang yang mengharap (rahmat) Allah swt dan( kedatangan hari akhir dan dia banyak menyebut Allah swt .” Golongan remaja perlu mencontohi kepimpinan yang ada pada diri Rasullullah saw kerana baginda merupakan pemimpin teragung di dunia.
Sejarah telah membuktikan perjuangan baginda saw dalam memperjuangkan Islam adalah amat dikagumi. Rasullullah saw mempunyai akhlak yang terpuji sejak kecil lagi dan inilah yang patut diteladani oleh semua remaja pada masa ini. Tenaga muda mudi amat penting untuk kesinambungan pemerintahan Negara pada masa depan. Pada zaman Rasullullah saw, golongan muda telah terlibat dalam peperangan mempertahankan maruah Islam. Misalnya, Usamah bin Zaid yang menjadi panglima tentera islam yang paling muda iaitu berusia 17 tahun ketika memimpin tentera islam untuk bertempur dengan tentera Byzantium di Parsi, sebagai sebuah kuasa empayar besar ketika itu sehingga memperoleh kemenangan. Seterusnya, media massa juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di kalangan remaja. Madia massa sentiasa menyiarkan dan memaparkan rancangan-rancangan berbentuk hiburan yang berlebih-lebihan . Ada juga rancangan-rancangan yang ditayangkan berunsur pornografi dan tidak ditapis terlebih dahulu sebelum dipertonton kepada masyarakat umum . Hal ini boleh mempengaruhi mentaliti anak-anak remaja. Media cetak juga kurang memaparkan bahan-bahan berunsur ilmiah yang boleh memacu pembentukkan pemikiran golongan ini. Implikasinya, remaja pada masa ini berada di zon ‘selesa’ tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Ironinya, masyarakat kini hanya mampu berpeluk tubuh dan goyang kaki seolah-olah lebih rela melihat media massa mempertaruhkan masa depan golongan remaja untuk dibuai arus lambakan program yang tidak berkualiti.
Akhirnya, hal inilah yang membawa kepada lahirnya golongan remaja yang rosak akhlaknya.Langkah-langkah yang jitu dan efektif perlu diambil bagi menangani gejala ini. Sikap dan paradigma intelektual yang menggabungkan pelbagai pendekatan yang releven perlu diadaptasikan . Hal ini juga perlu selaras dengan kehendak Islam iaitu mengenal pasti punca dan mencadangkan penyelesaian masalah secara mikro dan bersepadu. Misalnya, seminar mengenai institusi kekeluargaan yang mantap berlandaskan syariat perlu diadakan. Seminar ini perlulah diselitkan dengan teknik pengurusan masa yang berkesan bagi ibu bapa yang bekerjaya agar anak-anak tidak berasa terpinggir angkara kesibukan ibu bapa. Pendekatan ini amat bertepatan dengan idealisme perjuangan Islam yang mementingkan kesejahteraan agama, diri dan masyarakat.
Kesemua rencah ini perlu diadun dengan cukup rapi sehingga menjadikannnya lebih bersifat bersepadu dan matlamat yang mengaitkannya dengan kerangka pencarian kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat lebih terlaksana. Sejarah telah membuktikan penggunaan kaedah ini mampu membangunkan modal insan secara holistik.
Pemuda Ashabul kahfi yang digambarkan oleh Allah s.w.t melalui surah Ashabul kahfi ayat 13 yang bermaksud :“ Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahan mereka dengan hidayah petunju.”
Disamping itu, media massa perlu menjelaskan peranan-peranan kerajaan dan NGO dalam menangani masalah sosial. Antaranya, program-program dakwah untuk remaja yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui unit Hal Ehwal Agama. Contohnya, seminar dakwah dan kepimpinan islam. Tugas membangun dan membimbing umat ke arah kehidupan yang seimbang duniawi dan ukhrawi amat berat dan perlu dilaksanakan dengan penuh komited. Amanah mambangun khairah ummah ini harus dipikul oleh golongan muda mudi kerana mereka mempunyai kecergasan dan kecerdasan yang diharapkan dapat memperjuangkan dan memartabatkan agama.
Namun begitu, pernahkah kita terfikir apakah ciri-ciri remaja yang berkualiti? Tentunya iman, taqwa, dan akhlak mulia adalah nilai utama untuk memenuhi misi qudsi ini. Remaja pula perlu memiliki semangat waja untuk berkorban di jalan yang diredhai Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:“ terdapat tujuh golongan manusia yang di beri naungan Allah pada hari terdapat tiada naungan melainkan naungan-Nya salah satu daripada golongan itu ialah pemuda yang seluruh hidupnya ditumpukan untuk tujuan beribadah untuk tuhannya.”Hadis ini jelas menggambarkan ciri-ciri remaja yang beribadah, tunduk kepada perintah Allah adalah salah satu golongan yang mendapat tempat yang istimewa seperti yang dijanjikan oleh Allah swt.. Kedudukan dan peranan remaja diiktiraf oleh agama dan masyarakat.
Di puncak, mereka terletak tanggungjawab memimpin Negara dan mencipta kecemerlangan bangsa dan mengangkat Khaira Ummah. Remaja juga perlu menghiasi diri mereka dengan ilmu yang kukuh dan keimanan yang ampuh. Ketiga-tiga faktor ini amat penting untuk mengadakan anjakan paradigma bagi mengharungi cabaran pada era globalisasi.Secara kesimpulannya, remaja perlu besedia daripada semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Remaja perlu terlibat dengan program-program pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri modal insan yang bertaqwa dan inilah ubat yang paling mujarab untuk merawat penyakit sosial ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.
Pihak kerajaan dan NGO perlu lebih serius mengadakan program–program yang bersesuaian untuk golongan ini. Media massa juga perlu bergabung dengan semua pihak bagi memastikan golongan remaja ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak.

Oleh: KAK_AINI

Kebangkitan Generasi Salahudin dan Kembalinya Al Aqsa ke Pangkuan Islam

Buku Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam karya Dr. Majid Irsan al-Kaylani bukanlah sebuah buku yang mengisahkan tentang biografi tokoh popular dalam Perang Salib iaitu Salahuddin Al-Ayyubi semata-mata, tetapi ia lebih dari itu. Ia bermakna buku ini memaparkan fenomena gerakan kebangkitan umat Islam secara menyeluruh selama 50 tahun sehingga mampu melahirkan tokoh yang berwibawa itu. Tidak ada di kalangan ahli sejarah yang menolak bahawa kekalahan kaum Muslimin dalam Perang Salib yang berlaku pada akhir tahun ke 5 Hijrah, merupakan satu tragedi besar yang melanda umat Islam. Namun demikian, kita tidak sekadar untuk menangisi tragedi tersebut. Sebaliknya, kita perlu merenung dan melihat kembali secara kritis, apakah faktor yang menyebabkan umat yang terbaik (khaira ummah) ini tewas, bahkan gagal untuk menghalang tentera Salib untuk mengalahkan kerajaan Islam pada waktu itu. Kesimpulannya, mungkin ada sesuatu yang 'tidak kena' dengan umat Islam pada zaman tersebut. Kemungkinan terdapatnya penyelewengan atau berkurangnya penghayatan Islam yang dilakukan oleh generasi Islam ada waktu itu.
Pengabaian agama yang mungkin dilakukan oleh pemerintah, ulama, golongan bangsawan ataupun rakyat biasa. Namun demikian, sejarah juga telah mencatatkan bahawa 90 tahun kemudian muncul Salahuddin yang memimpin tentera Islam telah berjaya merebut Hiththin yang sekali gus sebagai pembuka jalan untuk merebut kembali Palestin. Apakah sebenarnya yang terjadi? Apakah Salahuddin al-Ayyubi seorang yang diutus oleh Allah sebagai seorang pahlawan yang berjuang secara bersendirian? Jawapannya adalah tidak. Ini kerana Salahuddin juga manusia biasa yang telah dididik oleh Nuruddin Zanki pada waktu itu yang ternyata telah mempunyai visi dan misi untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa pada satu hari nanti. Di pihak yang lain, sejarah tentunya tidak melupakan peranan dan sumbangan ramai tokoh dan ulama yang hidup pada zaman itu seperti al-Ghazali, Abdul Qadir Jailani, Ibnu Qudamah al-Maqdisi dan sejumlah nama-nama ulama besar lain, yang telah berjaya mendidik dan melakukan perubahan dalam bentuk revolusi mental ke arah paradigma pemikiran dan pendidikan umat.Tokoh-tokoh ulama dan pemerintah pada waktu itu telah berjaya mengikis sifat-sifat buruk umat, mengekang berlakunya perpecahan di kalangan umat dalam pelbagai bentuk seperti aliran kebatinan, mazhab, perbezaan aliran fikah ataupun tasauf. Segala perbezaan yang besar dan boleh memecahbelahkan umat telah berjaya diketepikan demi membentuk umat yang bersatu dan menghayati nilai-nilai Islam dan boleh membawa kemenangan Islam dan untuk mengalahkan musuh Islam. Sesungguhnya pengarang buku ini telah membicarakan tentang Salahuddin al-Ayubbi yang merupakan 'salah seorang' tokoh dari satu generasi yang telah mengalami proses pendidikan dan perubahan. Satu generasi yang lahir bagi mengubati kesilapan lampau yang telah dilakukan oleh umat sebelumnya.Sehubungan itu, siapakah lagi tokoh-tokoh yang turut menyumbang dalam proses pengukuhan umat yang ternyata berjaya mengembalikan kegemilangan umat? Dari manakah perubahan itu dimulakan? Bagaimanakah cara mereka menghalang merebaknya penyakit-penyakit umat yang tersebar melalui fanatik mazhab, sufisme pasif, tasawuf, kebatinan dan juga penyimpangan pengajaran dari tokoh-tokoh ulama yang berwibawa? Bagaimanakah mereka berjaya membina penyatuan amal dan fikir sehingga melahirkan perpaduan yang kukuh dan mantap dalam segenap generasi dan mengubahnya ke arah kekuatan yang terbilang?Ini adalah di antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam buku ini dan ternyata jawapan-jawapan yang dihuraikan oleh pengarang boleh dilakukan oleh kita. Sesungguhnya buku ini adalah buku wajib oleh setiap Muslim sekali gus juga sebagai buku awal yang perlu dibaca untuk mengerakkan tindakan ke arah 'berubah atau rebah' seperti mana yang disebutkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
''Pengarang buku ini telah membicarakan tentang Salahuddin al-Ayubbi yang merupakan 'salah seorang' tokoh dari satu generasi yang telah mengalami proses pendidikan dan perubahan. Satu generasi yang lahir bagi mengubati kesilapan lampau yang telah dilakukan oleh umat sebelumnya"



Oleh Burhanuddin Abdul Jalal, Utusan Malaysia 5 Jun 2009.

p/s:..ARC tatapan sekadar mukaddimah..

Model Kepimpinan Rabbani:Menyorot Pemerintahan Berhikmah Gaya Nabi Suaiman Al Hakim a.s

''Surah al-Naml yang memaparkan citra pemerintahan Sulayman `a.s. menyebut kurnia besar yang sekaligus menjadi tonggak utama pemerintahannya, iaitu kurnia ilmu. Demikianlah ayat yang yang mengisyaratkan sebuah pemerintahan berasaskan ilmu (knowledge based). Memang pemerintahan profetis adalah model pemerintahan knowledge based par excellence.'' Surah al-Naml: 15 – 19.

Pemimpin, pemerintah dan pentadbir terbaik tidak lain adalah Allah s.w.t. sendiri. Dialah Tuhan yang bernama al-Hakim, al-Wali dan al-Mudabbir yang Maha Sempurna. Manusia adalah makhluk pengembang amanat al-istikhlaf, yang mewakili Allah melaksanakan misi `imarat al-ard (membangun bumi dengan ilmu, sains dan teknologi) dan islah al-ard (mengislahkan bumi dengan pendaulatan nilai-nilai murni: kebenaran, keadilan, kejujuran, kasih-sayang, dan lain-lainnya). Sebagai wakil Tuhan dalam menjayakan misi tersebut manusia dituntut memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat unggul al-takhalluq bi akhlaqi ‘Llah (berakhlak dengan akhlak Allah). Manusia yang berjaya menghayati sifat-sifat dan nama-nama Tuhan (al-Asma’al-Husna) dalam batas-batas kemanusiaannya itulah yang disebut manusia rabbani, manusia yang dekat dengan Tuhan dari segi sifat-sifatnya.
Dalam kaitan inilah relevannya tema al-qiyadah al-rabbaniyyah atau kepimpinan rabbani. Jelmaan paling ideal manusia rabbani adalah para anbiya’ dan mursalin. Dalam konteks al-qiyadah al-rabbaniyyah (kepimpinan rabbani) mungkin kepimpinan Nabi Sulaiman `a.s. dapat diangkat sebagai salah satu model yang cukup mengesankan. Pengkisahan tentang nabi-pemerintah (raja) tersebut banyak termuat dalam surah al-Naml, Saba’ dan Sad. Surah al-Naml yang memaparkan citra pemerintahan Sulayman `a.s. menyebut kurnia besar yang sekaligus menjadi tonggak utama pemerintahannya, iaitu kurnia ilmu. Demikianlah ayat yang yang mengisyaratkan sebuah pemerintahan berasaskan ilmu (knowledge based). Memang pemerintahan profetis adalah model pemerintahan knowledge based par excellence. Kata ilmu dalam ayat 15 surah tersebut tidak secara khusus merujuk jenis ilmu tertentu. Dengan demikian ia dapat diertikan secara inklusif meliputi segala cabang ilmu yang relevan dengan kenabian dan kenegaraan, ilmu yang dapat meningkatkan kualiti dan mengangkat martabat. Selain itu ia juga meliputi makna hikmah yang dapat diertikan sebagai kurnia kefahaman yang mendalam tentang sesuatu. Para ilmuwan yang memiliki hikmah disebut juga dengan kata al-rasikhuna fi ‘l-`ilm dan ulu ‘l-albab. Kata albab adalah bentuk jamak dari kata lubb yang bererti inti terdalam atau the core of things, termasuk makna tersirat di balik yang tersurat. Hakikat pengurniaan ilmu dan hikmah kepada Sulayman dan ayahandanya Dawud `a.s. dipertegaskan dalam surah al-Anbiya’:79 “…dan kepada kedua-duanya Kami kurniakan hikmah dan ilmu…” (…wa kullan atayna hukman wa `ilma…). Dengan kurnia ilmu dan hikmah (wisdom) itulah Sulayman `a,s. dapat membaca dan menganalisis sesuatu fenomena dengan tepat, menyikapinya dengan tepat dan memilih tindakan yang tepat. Memang kata hikmah mengandungi makna kebenaran dan ketepatan (al-sawab wa al-sadad). Surah al-Naml menyebut bahawa mereka (Dawud dan Sulayman `a.s.) menyatakan tahmid kesyukuran atas segala kurnia, terutama kurnia ilmu. Mereka amat menginsafi bahawa sumber hakiki ilmu, kebenaran dan segala kebaikan adalah Allah s.w.t., dan kerananya hanya Dia yang layak dan berhak menjadi tumpuan syukur. Ungkapan al-hamdu li ‘Llah adalah ekspresi terbaik untuk menghargai sesuatu yang bernilai. Dengan menyebut kata-kata tersebut bererti mereka adalah pemimpin-pemerintah yang cukup menyedari tentang ilmu sebagai nilai hidup yang utama, dan kerananya cukup komited dengan budaya ilmu.Memang demikianlah hakikat nilai ilmu menurut perspektif profetis sebagaimana yang diperlihatkan oleh Nabi Musa ‘a.s. yang sanggup meredah daratan dan mengharung lautan walau sampai ke titik temu dua lautan (majma` al-bahrayn) semata-mata demi ilmu. Malah lebih daripada itu sanggup berjalan bertahun-tahun mencari Khidr `a.s. untuk berguru kepadanya (surah al-Kahf). Mungkin hakikat inilah juga yang mengilhami al-Farabi, failasuf ulung penyandang gelar al-Mu`allim al-Thaniy menegaskan dalam karya agungnya al-Madinat al-Fadilah bahawa antara kriteria utama pemimpin negara termasuk kecintaan terhadap ilmu (muhibban li ‘l-`ilm). Yang disebut secara eksplisit dalam surah al-Naml adalah ilmu kebahasaan, khususnya mantiq al-tayr (bahasa burung). Mesej tersirat di sebaliknya adalah pemerintahan prihatin dan pentadbiran yang komunikatif. Bahasa sebagai alat komunikasi dimanfaatkan dengan berkesan untuk memahami masalah dan aspirasi rakyat. Demikianlah sebuah model pemerintahan berjiwa rakyat, kepimpinan yang dapat merasakan denyut nadi dan degup jantung rakyat. Bahasa dan alat-alat komunikasi lainnya digunakan untuk berdialog dengan rakyat dari pelbagai sektor dan golongan, bukan untuk menyumbat bahan-bahan propaganda dan indoktrinasi kepartian. Dukungan rakyat diraih menerusi sikap prihatin dan komunikatif, bukan diperoleh secara licik dengan tipu daya memperbodoh dan mengabui mata. Peristiwa di lembah semut (wadi al-naml) mengangkat satu lagi contoh pemerintahan prihatin dan komunikatif, wujudnya interaksi antara raja besar (Nabi Sulayman `a.s.) dengan makhluk kecil (semut). Demikianlah, lewat kisah yang cukup sederhana dan mudah, al-Qur’an mengungkapkan sebuah konsep penting: a listening government, pemerintahan yang mengamalkan keterbukaan dan memiliki tahap kepedulian yang cukup tinggi. Rakyat kecil mempunyai hak untuk didengar. Pesan dari lembah semut ini mempunyai erti yang sangat penting terutama dalam konteks zaman leluasanya pengaruh kelompok-kelompok pelobi bayaran dan nyaringnya suara ringgit sehingga lahir ungkapan sinis when the money speaks, the rest will be silent.Disebut juga tentang angkatan tentera kerajaan Nabi Sulayman `a.s. yang terbentuk dari gemblengan pelbagai unsur kekuatan rakyat: jin, manusia dan burung. Kisah ini menyerlahkan kualiti kepimpinan yang mampu memadu dan menggembleng potensi yang pelbagai untuk mencipta kekuatan raksaksa yang tak terkalahkan. Mungkin ini adalah jelmaan wisdom kepimpinan dan kepengurusan Nabi Sulayman `a.s. yang melihat kepelbagaian sebagai kekuatan. Memang pasukan yang baik tidak terbentuk dari unsur-unsur yang sejenis (keahlian dan kemahirannya), tetapi yang pelbagai. Kepelbagaian dapat membentuk pasukan yang saling melengkapi, di samping dapat pula menciptakan dialog yang kreatif.Ternyata Nabi Sulayman `a.s. ditampilkan untuk membawa model qiyadah rabbaniyyah (kepimpinan rabbani) dan dawlah imaniyyah (pemerintahan berasaskan iman). Pelbagai kurnia yang melengkapinya dengan segala ingredients pemimpin-pemerintah unggul tidak pernah menjadikan Sulayman `a.s. lupa daratan - mabuk kuasa dan mengagumi kehebatan diri. Sulayman al-Hakim `a.s. tetap memohon petunjuk dan pertolongan Tuhan bagaimana ia seharusnya menggunakan segala kurnia itu demi kebaikan dan kesejahteraan makhluk yang menjadi rakyatnya. Suara semut menyedarkannya agar kesibukan mengurus persoalan-persoalan besar kenegaraan tidak melalaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat kecil yang terpencil. Melihat makhluk kecil dan lemah yang memerlukan belas kasihan menginsafkan dirinya betapa kerdilnya ia di hadapan Allah, dan betapa perlunya ia kepada rahmat-Nya.Timbunan kurnia yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa selainnya, tidak menenggelamkannya dalam kemabukan glamour. Yang diinginkan adalah pengabdian yang mendapat keredhaan Ilahi dan khidmat kenegaraan yang bernilai amal salih. Pemerintahannya tidak hanya rancak dengan projek pembangunan fizikal-material, tetapi juga bersemarak dengan syi`ar dan amal pengabdian kepada Tuhan. Demikianlah pengabadian sebuah keunikan pada kepimpinan rabbani, bahawa kuasa dan harta tidak memadam nyala sebuah idealime imani - menjadi hamba Allah yang salih.

Oleh : Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil (Siri Kuliah Tafsir Maudhui' Siri ke - 56)

p/s : "..ARC hayati sejarah pemerintahan Nabi Sulayman ini dengan sebaik mungkin semoga beroleh manfaat.."

Monday, July 20, 2009

Syed Muhammad Naquib al-Attas

Syed Muhammad Naquib al-Attas was born in Bogor, Java into a family with a history of illustrious ancestors, saints. He was the second of three sons; his older brother, Syed Hussein Alatas later became an academian and politician, and also had a younger brother, Syed Zedal.
Syed Naquib received a thorough education in Islamic sciences, Malay language, literature and culture. His formal primary education began at age 5 in Johor, Malaya (later known as Malaysia), but during the Japanese occupation of the peninsular, he went to school in Java, in Madrasah Al-`Urwatu’l-wuthqa, studying in Arabic.
After World War II, in 1946 he returned to Johor to complete his secondary education. He was exposed to Malay literature, history, religion, and western classics in English, and in a cultured social atmosphere developed a keen aesthetic sensitivity. This nurtured in al-Attas an exquisite style and precise vocabulary that were unique to his Malay writings and language.
After al-Attas finished secondary school in 1951, he entered the Malay Regiment as cadet officer no. 6675. There he was selected to study at Eton Hall, Chester, England and later at the Royal Military Academy, Sandhurst, UK (1952-1955). This gave him insight into the spirit and style of British society. During this time he was drawn to the metaphysics of the Sufis, especially works of Jami, which he found in the library of the Academy. He traveled widely, drawn especially to Spain and North Africa where Islamic heritage had a profound influence on him. Al-Attas felt the need to study, and voluntarily resigned from the King’s Commission to serve in the Royal Malay Regiment, in order to pursue studies at the University of Malaya in Singapore (1957-1959).
While an undergraduate at University of Malaya, he wrote Rangkaian Ruba`iyat, a literary work, and Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. He was awarded the Canada Council Fellowship for three years of study at the Institute of Islamic Studies at McGill University in Montreal. He received the M.A. degree with distinction in Islamic philosophy in 1962, with his thesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh. Al-Attas went on to the School of Oriental and African Studies, University of London where he worked with Professor A.J. Arberry of Cambridge and Dr. Martin Lings. His doctoral thesis (1962) was a two-volume work on the mysticism of Hamzah Fansuri.
In 1965, al-Attas returned to Malaysia and became Head of the Division of Literature in the Department of Malay Studies at the University of Malay, Kuala Lumpur. He was Dean of the Faculty of Arts from 1968 until 1970, where he reformed the academic structure of the Faculty requiring each department to plan and organise its academic activities in consultation with each other, rather than independently, as had been the practice hitherto.
Thereafter he moved to the new National University of Malaysia, as Head of the Department of Malay Language and Literature and then Dean of the Faculty of Arts. He strongly advocated the use of Malay as the language of instruction at the university level and proposed an integrated method of studying Malay language, literature and culture so that the role and influence of Islam and its relationship with other languages and cultures would be studied with clarity. He founded and directed the Institute of Malay Language, Literature, and Culture (IBKKM) at the National University of Malaysia in 1973 to carry out his vision.
In 1987, with al-Attas as founder and director, the International Institute of Islamic Though and Civilizatio (ISTAC) was established in Kuala Lumpur. This institution strives to bring an integrated Islamization into the consciousness of its students and faculty. Al-Attas envisioned the plan and design of every aspect of ISTAC, and has incorporated Islamic artistic and architectural principles throughout the campus and grounds.
Malay Literature and Sufism
He authored Rangkaian Ruba’iyyat a literary work that was among the first ever published in 1959 and the classic work, Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malays, in 1963. His two-volume doctoral thesis on The Mysticism of Hamzah Fansuri, which is the most important and comprehensive work to date on one of the greatest and perhaps the most controversial Sufi scholars in the Malay world earned him the Ph.D in the UK in 1965.
Al-Attas engaged in polemics on the subjects of Islamic history, philology, and Malay literary history, which have resulted in the opening of new avenues for known as the Sha’ir, and have established that Hamzah Fansuri was the originator of the Malay Sha’ir. He has also set forth his ideas on the categorization of Malay literature and periodization of its literary history. He has contributed importantly to the history and origin of the modern Malay language.
His commentaries on the ideas of Fansuri and al-Raniri are the first definitive ones on early Malay Sufis based on 16th and 17th century manuscripts. In fact he discovered and published his meticulous research on the oldest extant Malay manuscript, wherein among other important matters, he also solved the riddle of the correct arrangement of the Malay-Islamic cyclical calendar. He was also responsible for the formulation and conceptualisation of the role of the Malay language in nation building during debates with political leaders in 1968. This formulation and conceptualisation was one of the important factors that led to the consolidation of Malay as the national language of Malaysia. As the Dean of the Faculty of Arts, University of Malaya, he personally initiated its implementation and mobilized the Faculty and the student organizations toward the systematic implementation of Malay as an intellectual and academic language. In fact, al-Attas's writings in Malay on Islamic subjects are unique in their poetic prose, and serve as literary models for the Islamic-oriented scholars and writers of Malaysia. This marks the first time that modern Malay is used intellectually and philosophically, thereby creating a new style of language.
Islam and Metaphysics
Al-Attas maintains that modern science sees things as mere things, and that it has reduced the study of the phenomenal world to an end in itself. Certainly this has brought material benefits, however it is accompanied by an uncontrollable and insatiable propensity to destroy nature itself. Al-Attas maintains a firm critique that to study and use nature without a higher spiritual end has brought mankind to the state of thinking that men are gods or His co-partners. "Devoid of real purpose, the pursuit of knowledge becomes a deviation from the truth, which necessarily puts into question the validity of such knowledge." [Islam and Secularism, p.36]
Al-Attas views Western civilization as constantly changing and ‘becoming’ without ever achieving 'being'. He analyzes that many institutions and nations are influenced by this spirit of the West and they continually revise and change their basic developmental goals and educational objectives to follow the trends from the West. He points to Islamic metaphysics which shows that Reality is composed of both permanence and change; the underlying permanent aspects of the external world are perpetually undergoing change [Islam and Secularism, p.82]
For al-Attas, Islamic metaphysicsis a unified system that discloses the ultimate nature of Reality in positive terms, integrating reason and experience with other higher orders in the suprarational and transempirical levels of human consciousness. He sees this from the perspective of philosophical Sufism. Al-Attas also says that the Essentialist and the Existentialists schools of the Islamic tradition address the nature of reality. The first is represented by philosophers and theologians, and the latter by Sufis. The Essentialists cling to the principle of mahiyyah (quiddity), whereas the Existentialists are rooted in wujud (the fundamental reality of existence) which is direct intuitive experience, not merely based on rational analysis or discursive reasoning. This has undoubtedly led philosophical and scientific speculations to be preoccupied with things and their essences at the expense of existence itself, thereby making the study of nature an end in itself. Al-Attas maintains that in the extra-mental reality, it is wujud (Existence) that is the real "essences" of things and that what is conceptually posited as mahiyyah ("essences" or "quiddities") are in reality accidents of existence.
The process of creation or bringing into existence and annihilation or returning to non-existence, and recreation of similars is a dynamic existential movement. There is a principle of unity and a principle of diversity in creation. "The multiplicity of existents that results is not in the one reality of existence, but in the manifold aspects of the recipients of existence in the various degrees, each according to its strength or weakness, perfection or imperfection, and priority or posteriority. Thus the multiplicity of existents does not impair the unity of existence, for each existent is a mode of existence and does not have a separate ontological status". He clarifies that the Essence of God is absolutely transcendent and is unknown and unknowable, except to Himself, whereas the essence or reality of a thing consists of a mode of existence providing the permanent aspect of the thing, and its quiddity, endowing it with its changing qualities.
Al-Attas' view of Islamic Science
Al-Attas makes no attempts to accommodate modern Western scientific spirit through a reinterpretation of Islam, or to naively import Western technological skills and products while simultaneously keeping intact the traditional understanding of religion. Problems in the world, he says, are not because of illiteracy or ignorance of modern knowledge; the reasons are epistemological and metaphysical. Modern sciences must be acquired, but their philosophical foundations must be recast into the Islamic metaphysical framework.
"We do affirm that religion is in harmony with science. But this does not mean that religion is in harmony with modern scientific methodology and philosophy of science. Since there is no science that is free of value, we must intelligently investigate and study the values and judgments that are inherent in, or aligned to, the presuppositions and interpretations of modern science. We must not indifferently and uncritically accept each new scientific or philosophical theory without first understanding its implication and testing the validity of values that go along with the theory. Islam possesses within itself the source of its claim to truth, and does not need scientific or philosophical theories to justify such a claim. Moreover, it is not the concern of Islam to fear scientific discoveries that could contradict the validity of its truth."[Prolegomena, p. 38]
Islamic science must interpret the facts of existence in correspondence with the Qur’anic system of conceptual interrelations and its methods of interpretation, not the other way around, by interpreting the system in correspondence with the facts. Since the role of science is to be descriptive of facts, and facts undergo continual change by virtue of their underlying reality which is process, modern philosophy and science, in a secular way, consider change to be the ultimate nature of reality. Al-Attas maintains that reality is at once both permanence and change, not in the sense that change is permanent, but in the sense that there is something permanent whereby change occurs. Change does not occur at the level of phenomenal things, for they are ever-perishing, but at the level of their realities which contain within themselves all their future states.
Philosophy of knowledge
Al-Attas advocates that the categories of knowledge which were fundamental to the Islamic tradition are fundamental to any real modern education. In the traditional Islamic worldview, knowledge was of two kinds, the open-ended fard kifayah knowledge, which includes the natural, physical and applied sciences, and the fard `ayn, the absolute nature of the knowledge pertaining to God and the spiritual realities and moral truths. Fard `ayn knowledge is not static, but dynamic, and it increases according to the spiritual and intellectual abilities as well as social and professional responsibilities of a person. Contemporary modern knowledge needs to be delivered from its interpretations based on secular ideology. This requires:
"...a critical examination of the methods of modern science; its concepts, presuppositions, and symbols; its empirical and rational aspects, and those impinging upon values and ethics; its interpretations of origins; its theory of knowledge; its presuppositions on the existence of an external world, of the uniformity of nature and of the rationality of natural processes; its theory of the universe; its classification of the sciences; its limitations and inter-relations with one another of the sciences, and its social relations" [Prolegomena, p. 114].
Science, according to Al-Attas, is a kind of ta’wil or allegorical interpretation of the empirical things that constitute the world of nature [Islam and the Philosophy of Science, p. 116]. The natural world is a book with knowledge; but that knowledge is not evident merely from the physical phenomena; they are nothing but signs, the meaning of which can be understood by those who are equipped with proper knowledge, wisdom and spiritual discernment. Some natural phenomena are obvious as to their meaning, while other natural things are ambiguous; similarly there are clear verses (muhkamat) of the Qur’an, while other verses are ambiguous (mutashabihat). The scientifically relevant verses in the Qur’an necessarily open themselves for further interpretation, based on the cumulative knowledge of future generations. He says that the fact that the early Muslims were not cognizant of the many scientific truths embedded in the Qur’an proves that the discoveries of these truths will not contradict its universal spiritual and religious-moral teachings.
Al-Attas says that the constituent parts of the fundamental bases of Islamic metaphysics are: the primacy of the reality of existence; the dynamic nature of this reality that is continually unfolding itself in systematic gradation from the degrees of absoluteness to those of manifestation; determination, and individuation; the perpetual process of the new creation; the absence of a necessary relation between cause and effect and its explanation in the Divine causality; the third metaphysical category between existence and non-existence (the realm of the permanent entities); and the metaphysics of change and permanence pertaining to the realities. It is within the framework of this metaphysics that the philosophy of science must be formulated.
Awards and achievements
Al-Attas developed an exquisite style and precise vocabulary that uniquely characterized his Malay writings and language. In 1970, al-Attas was also one of the senior founders of the National University of Malaysia, which sought to replace the English language with the Malay language as the medium of instruction at the tertiary level of education. In 1973 he founded and directed the Institute of Malay Language, Literature, and Culture (IBKKM) at the new University.
Al-Attas has won international recognition by orient lists and scholars of Islamic and Malay civilisations. He has chaired the panel on Islam in Southeast Asia at the 29th Congress International des Orientalistes in Paris in 1973. In 1975, he was conferred Fellow of the Imperial Iranian Academy of Philosophy for outstanding contribution in the field of comparative philosophy. He was a Principal Consultant to the World of Islam Festival held in London in 1976, and was speaker and delegate at the International Islamic Conference held concurrently at the same place. He was also a speaker and an active participant at the First World Conference on Islamic Education held at Mecca in 1977, where he chaired the Committee on Aims and Definitions of Islamic Education. From 1976-77, he was a Visiting Professor of Islamic at Temple
University, Philadelphia, United States. In 1978. He chaired the UNESCOmeeting of experts on Islamic history held at Aleppo, Syria, and in the following year the President of Pakistan, General Muhammad Zia ul-Haq, conferred upon him the Iqbal Centenary Commemorative Medal.
He occupies a position of intellectual eminence in his country as the first holder of the Chair of Malay Language and Literature at the National University of Malaysia (1970-84), and as the first holder of the Tun Abdul Razak Chair of Southeast Asian Studies at Ohio University, U.S.A. (1980-82) and as the Founder-Director of the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Malaysia (since 1987). He has delivered more than 400 lectures throughout Europe, the United States, Japan, and the Far East and the Muslim world. And in 1993, in recognition of his many important and far-reaching contributions to contemporary Islamic thought, Anwar Ibrahim, as the Chairman of ISTAC and the President of the International Islamic University Malaysia has appointed al-Attas as the first holder of the Abu Hamid al-Ghazali Chair of Islamic Thought at ISTAC. King Hussein of Jordan made him a Member of the Royal Academy of Jordan in 1994, and in June 1995 the University of Khartoum conferred upon him the Degree of Honorary Doctorate of Arts (D. Litt.).
He is also an able calligrapher, and his work was exhibited at the Tropenmuseum in Amsterdam in 1954. He has also published three Basmalah renditions on a living subject (kingfisher, 1970; chanticleer, 1972; fish, 1980) in some of his books. He also planned and designed the building of ISTAC (1991), the unique scroll of the al-Ghazali Chair (1993), the auditorium and the mosque of ISTAC (1994), as well as their landscaping and interior decor, imbuing them with a unique Islamic, traditional, and cosmopolitan character.

Pemikiran Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani

Nama Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani memang jarang didengari oleh umat Islam di Malaysia. Nama tokoh seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, Sheikh Ramadan Al-Buti, Sheikh Taha Jabir Al-Wani, Prof Ismail Faruqi, Hassan Al-Banna serta beberapa orang tokoh popular lagi. Karya-karya mereka sudah tersebar luas di negara ini, malah turut dijadiksn silibus pengajian di sekolah atau universiti. Pemikiran umat Islam di sini turut dipengaruhi oleh idea-idea serta manhaj pemikiran yang digagaskan oleh beliau.Sayyid Muhammad merupakan ulama besar yang lahir di Mekah. Kelahiran beliau ibarat sebutir permata yang menyinari muka bumi. Berasal daripada keturunan yang mulia, beliau pernah mengatakan dengan penuh syukur dan nikmat,"Daripada ayahandaku, kemudian nendaku, dan seterusnya sampai kepada Rasul Sallahu'alaihi Wasalam yang terpilih, adalah penghulu dan orang alim". Beliau mewarisi sifat seorang ulama daripada ayahanda beliau sendiri, Sayyid 'Alawi yang juga merupakan ulama terkenal di Mekah.
Kenapa umat Islam di Malaysia perlu mengenali dengan lebih lanjut akan tokoh ini? Sebenarnya tokoh besar ini mempunyai banyak mutiara berharga yang boleh dikongsi bersama dengan kita. Umat Islam di sini seharusnya bersyukur kerana sentiasa diberi nikmat dan kesempatan untuk terus mengenali tokoh- tokoh yang banyak berjasa kepada umat. Tidak rugi rasanya jika kita berkenalan dengan ulama ulung ini yang telah meninggalkan ramai anak muridnya di Malaysia, termasuk anak muridnya yang paling dikasihi, sehingga menerima anugerah gelaran keluarga 'Al Maliki' iaitu, Muhammad Fuad Kamaluddin. Beliau adalah antara anak murid yang paling setia dan disayangi oleh beliau.Berasal dari Rembau, baru berumur 34 tahun. Pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2006. Beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan di samping menguruskan sebuah madrasah di Rembau. Telah menghasilkan lebih seratus buku mengenai agama, termasuk terjemahan kitab-kitab yang ditulis oleh gurunya. Dalam kesibukan umat Islam di Malaysia mengangkat artis, ahli sukan atau sesiapa sahaja sebagai idola, sepatutnya beliau menjadi idola terutama sekali di kalangan generasi muda.Dr Siddiq Fadzil pernah mengatakan bahawa kita kebanjiran idola tetapi kemarau tauladan. Jika bertanya kepada anak muda, mereka lebih mengenali artis dan ahli sukan. Walaupun ada di kalangan mereka yang baik serta boleh dijadikan sebagai tauladan, namun begitu hakikatnya tetapi ramai yang tidak mempunyai keterampilan yang terpuji untuk dijadikan sebagai suri tauladan. Maka tidak boleh untuk kita menyalahkan generasi muda yang bermasalah kerana terpengaruh dengan idola-idol mereka.Sayyid Muhammad 'Alawi telah mewariskan manhaj yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam di sini. Yang pertama ialah manhaj bersanad yang sekian lama menjadi amalan di kalangan penuntut ilmu. Budaya ini (manhaj bersanad) bertujuan untuk memastikan ada salasilah atau ikatan langsung ilmu atau amalan yang kita buat sehingga sampai ke Baginda Sallahu'alaihi Wasalam. Budaya berijazah ini juga boleh menghadirkan keberkatan dalam menuntut ilmu.Sheikh Fuad dalam sebuah biografi beliau yang berjudul, Sheikh Fuad yang aku kenali, mengatakan, walaupun beliau tidak mengambil masa yang lama ketika menghabiskan menuntut di Tanah Arab, tetapi beliau merasai keberkatan ilmu yang diperolehi melalui pendekatan sanad dan ijazah yang dilaksanakan oleh guru beliau. Yang kedua ialah manhaj dakwah dan pemikiran gurunya yang bersifat sederhana ataupun Wasatiyyah, yang selari dengan ajaran Islam. Apabila kefahaman akidah dan ibadat diperkuatkan dengan amalan kerohanian, mesej dakwah yang dibawa mampu menyentuh hati umat. Beliau telah menjadikan amalan zikir, hizib serta tazkiah nafs sebagai amalan wajib untuk dirinya. Sayyid Muhammad dalam aspek pemikiran fiqh sebagai contoh, Walaupun bermazhab Maliki, Sayyid Muhammad juga arif serta merupakan pakar dalam mazhab Syafie, Hanbali, serta Hanafi.Bahkan beliau juga pernah mengatakan bahawa "Saya adalah 'anak' kepada mazhab yang empat". Oleh itu, tidak timbul isu menganut fahaman yang tidak bermazhab atau membuta tuli ketika mengeluarkan hukum. Benarlah seperti apa yang terkandung dalam buku Sheikh Yusuf Qaradawi, Kaifa Nata'amal Bil Khilaf Mazahib, (Bagaimana Beramal dengan Kepelbagaian Mazhab), tidak akan timbul sebarang konflik atau pertengkaran jika seseorang itu memahami kepelbagaian mazhab. Yang ketiganya ialah kegigihan beliau dalam menuntut ilmu. Sayyid Muhammad telah menyempurnakan menyempurnakan ijazah di peringkat Kedoktoran dalam bidang hadith dari Universiti Al- Azhar denga keputusan Mumtaz ketika berusia 25 tahun. Tesis yang ditulis oleh beliau telah mendapat pujian dan sanjungan besar dari ulama-ulama besar Azhar, seperti Imam Muhammad Al Sayis, Sheikh Muhammad Abu Zahu dan lain- lain. Dalam pada itu, beliau juga dikhabarkan telah menghafaz Al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan menghafaz kitab Al Muwatta' ketika berusia 15 tahun.Beliau mendapat jolokan 'Muwatta’ berjalan” kerana kepakarannya yang mendalam dalam memahami kitab hadith yang unggul ini. Dalam konteks hari ini, adalah mustahil untuk menemui ulama seperti beliau. Yang keempat ialah kecintaan mendalam terhadap ilmu. Sheikh Fuad menerusi bukunya, Manaqib Tiga Permata Masjidil Haram, memetik kenyataan Sayyid Muhammad "Sesungguhnya aku tidak mampu hidup tanpa mengajar. Aku tidak merasa gembira bahkan semasa bermusafir kecuali dengan menyampaikan ilmu dan menghadiri halaqah- halaqah ilmu". Beliau juga amat mencintai ilmu dan sering berusaha untuk meningkatkan keilmuannya. Beliau mengisi waktu rehatnya dengan ilmu untuk beroleh ketenangan. Bagi kita pula, rehat mungkin bererti menonton wayang, membeli-belah, menghisap rokok dan sebagainya.Beliau bukan setakat mencintai ilmu, tetapi beliau juga memuliakan ilmu dalam erti kata sebenar. Bagi Sayyid Muhammad, ilmu merupakan suatu perkara yang amat mulia dan berharga dan ia tidak sepatutnya diletakkan melainkan di tempatnya serta tidak diberikan kepada orang yang tidak layak (yang mempunyai hati yang busuk ataupun tidak ikhlas). Oleh itu bukanlah suatu perkara yang mudah untuk seseorang itu diterima belajar di madrasahnya, sehinggakan, beliau mewajibkan anak muridnya supaya menunaikan solat sunat Istikharah sebelum memulakan pengajian. Beliau sering mengatakan bahawa ,"Saya tidak akan menerima seseorang itu belajar dengan saya kecuali dengan isyarat (daripada Allah)".Sayyid Muhammad telah meninggalkan warisan berupa kitab-kitab karangan beliau yang berjumlah hampir 100 buah dalam pelbagai disiplin kepada kita. Antara kitab yang paling masyhur ialah, “Mafahim Yahibu an Tusohhah “(Kefahaman yang Wajib Dibetulkan) yang telah menerima pujian daripada 50 orang ulama Islam dari seluruh dunia Islam. Beliau sendiri menganggap buku tersebut sebagai sesuatu yang istimewa, dengan mengatakan,"Kitab karangan saya yang paling akrab dengan saya ialah “Mafahim Yahibu an Tusohhah". Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Beliau meninggal dunia pada waktu sahur hari Jumaat, 15 Ramadan 1425 bersamaan 29 Oktober 2004 ketika berusia 60 tahun. Ketika dibawa jenazah beliau, ratusan ribu manusia mengiringi jenazahnya ke kubur, dengan tangisan, takbir dan tahlil. Sheikh Sayyid Thantawi, Sheikh Al-Azhar dengan sedihnya mengatakan, "Kewafatan Sheikh Maliki bukan sahaja merupakan kehilangan bagi Kerajaan Arab Saudi, tetapi juga merupakan kehilangan untuk seluruh alam, umat ini dan negara- negara Islam".

Oleh Mohd Hilmi RamliPresiden PKPIM

PKPIM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUHKAN PPSMI

Thursday, 09 July 2009 09:43
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PKPIM menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat.
PKPIM berpandangan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui Bahasa Kebangsaan.
Keputusan tersebut dianggap sebagai hadiah kepada PKPIM dan seluruh mereka yang telah bertungkus lumus memperjuangkan pemansuhan PPSMI termasuk daripada kalangan pejuang bahasa, tokoh akademik, sasterawan, budayawan, gerakan pelajar dan seluruh rakyat Malaysia.
PKPIM mewakili seluruh pelajar Malaysia terutamanya dari kawasan luar bandar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas komitmen yang ditunjukkan untuk menyelesaikan permasalahan yang telah berlarutan selama lebih enam tahun ini.
PKPIM merupakan persatuan yang mewakili pelajar dan mahasiswa Malaysia yang terawal menyatakan bantahan dan menggerakkan usaha pemansuhan PPSMI sejak pelaksanaan dasar tersebut pada tahun 2003. Justeru, PKPIM menuntut jaminan kerajaan untuk berpegang pada keputusan tersebut untuk memansuhkan dasar PPSMI ini menjelang tahun 2012.
PKPIM mengulangi komitmen untuk memberi sumbangan yang terbaik kepada pembangunan pendidikan Malaysia khususnya dalam membantu kerajaan mendaulatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris di kalangan pelajar keseluruhannya.

MOHD. HILMI BIN RAMLI
Presiden PKPIM

Monday, July 13, 2009

Usrah wiDak

Assalammualaikum wwb...
Alhamdullillah syukur pada ilahi dikesempatan ini saya diberi peluang untuk menghadiri usrah terakhir pimpinan. Usrah secara konseptual membawa konotasi medan percambahan ilmu. Disinilah salah satu proses pentarbiyahan yang perlu dilalui sebagai ahli gerakan dan bukan setakat itu sahaja tetapi kepada mereka yang berminat untuk mengisi jiwa yang kekosongan. Pada hemat saya, rugilah seseorang mahasiswa itu tidak memanfaatkan peluang belajar mereka untuk mencari ilmu-ilmu yang bertunjangkan duniawi dan ukhrawi dalam satu-satu masa.
Usrah juga merupakan landasan bagi sesiapa sahaja yang ingin melontarkan idea dan pandangan untuk dikongsi secara bersama. Dalam usrah inilah kita boleh bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dengan merujuk al Quran dan Hadis. Malangnya, penyakit kronik yang berlaku dalam segelintir mahasiswa pada hari ini ialah mereka tidak tahu mengurus arus. Tetapi apa yang berlaku terdapat segelintir mahasiswa pada hari ini terlibat pada parti politik yang menyebabkan mahasiswa tersebut begitu jauh dengan pemugaran budaya ilmu.
Dahulu, saya pernah berjumpa dengan seseorang mahasiswa yang terlibat dalam parti politik rasanya tidak perlulah saya nyatakan namanya disini. Beliau berpendapat mahasiswaa perlu terlibat dengan parti politik sebagai persediaan untuk mewarisi tampuk pemerintahan negara.
Persoalannya, sekiranya mahasiswa dilibatkan dengan kepartian politik pada masa mereka seharusnya menghidupkan budaya ilmu di peringkat kampus apalagi yang ada pada mereka untuk menuju jalan dakwah? Saya tidak mengatakan bahawa politik itu salah, tapi sebagai mahasiswa kita perlu bertindak dengan lebih bijak agar tidak dijadikan bahan untuk dieksploitasi semata-mata.

Sahabat sekalian berbalik pada perkongsian ilmu dalam usrah pada malam ini,yang mana mas'ul telah mengupas topik tentang "Di sekitar gerak kerja dan Jalan-jalannya"daripada sebuah buku yang bertajuk Jalan Da'wah Antara Keaslian dan Penyelewengan oleh Ustaz Mustafa Masyhur.
Dalam topik kupasan buku ini terdapat lima elemen penting yang perlu dikketahui:

1. Di antara lain penyelewengan ini berlaku mengikut cara-cara parti politik.
2.Tidak memberi keutamaan kepada unsur-unsur pendidikan.
3.Kecuaian terhadap penyatuan dan ikatan terhadap individu
4Cuai menjaga badan jemaah
5.Hubungan penyelewengan dengan jihad dan bagaimana menghadapinya.
6.Semangat kenegerian
7.tunduk di bawah ideologi penciptaan manusia.

Oleh itu, kita perlu ingat perjuangan dakwah ini memerlukan proses pentarbiyahan yang baik dan menuntut keikhlasan serta kesabaran pada setiap para da'e.

Saturday, July 11, 2009

Projek Kempen Kesedaran O.S.C.C Negeri Selangor

Seminar Katakan Tidak! kepada Keganasan Rumah Tangga,Perundangan Wanita,Keluarga &Kanak-kanak & O.S.C.C

Diadakan pada 12hb Julai 2009, Ahad di Dewan Bukit Belimbing
(9 pagi-1petang)

Anjuran
Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan ,
Hal Ehwal Wanita,Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor

Dengan Kerjasama

Helwa ABIM Selangor

Seawal pukul 8.00 pagi saya dan seorang lagi sahabat saya,saudari Hani bersama Encik Izwan Suhadak sebagai YDP ABIM (Tanjong Karang) pergi ke Tanjong Karang, saya difahamkan program tersebut adalah program bersama masyarakat kampung. Jadi, dalam fikiran saya mungkin program ini ingin membantu masyarakat untuk bersihkan surau , ataupun yang berkaitan kebajikan la..Bila naik jak kereta En.Su saya diberikan skrip soalan untuk jadi moderator..Ya Allah, perasaan saya masa tu kalaulah saya yang pandu kereta cormfirm saya balik hostel semula..huhu sambung tido..huhu Apa tidaknya, langsung tidak buat apa2 persediaan memang betul2 dah terkena hari ni bulat2 lg,. erm apa lagi kepala berkecamuk xtau la mau cakap apa, jantung macam mau jatuh ke lantai jak ..jadinya buat macam program sendiri.. Ha.. laju semacam aje baca skrip..tu la en.Su maklumkanlah awal2..dahla pakaian macam mau pegi buat kerja berat jak hihi selipar macam mau pegi pasar malam,langsung tak terfikir pun jadi moderator. Panel bukan sebarangan orang pulak..Aduh! huhu gawat..selamba jak la..

Tapi sepanjang terlibat sebagai jawatankuasa pengelola Program One Stop Crisis Center tersebut banyak maklumat yang saya peroleh sebabnya OSCC ni telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan telah diperkenal kepada masyarakat setempat tetapi masih kurang dikenali.. Sebenarnya, penganjuran Program ini bertujuan memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir tentang peranan OSCC dalam memainkan peranan untuk membantu golongan wanita yang terlibat dengan keganasan rumahtangga, kes rogol. dan sebagainya. Terdapat 3 kaedah untuk menangani keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti:

1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.
2. Memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak mereka yang dilindungi undang-undang
3.Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan.

Saya tertarik dengan beberapa kupasan oleh Encik Sharul Nizam yang merupakan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang banyak menyentuh pengalaman beliau ketika berdepan dengan kes-kes keganasan Rumah tangga dan menjelaskan peranan yang dimainkan oleh JKM berkenaan dengan keganasan rumah tangga dan kanak-kanak. O.S.C.C ditubuhkan bertujuan untuk memberi kefahaman undang-undang yang melindungi wanita dan anak-anak. Begitu juga Encik Sachi seorang pegawai Polis Bahagian Jenayah IPD,Kuala Selangor yang menerangkan pada masyarakat khasnya wanita yang sudah berkahwin (mangsa keganasan rumah tangga)yang mana mereka seharusnya berani tampil untuk membuat laporan pada pihak polis sekiranya berlaku kes penderaan suami.

Oleh yang demikian, saya berpendapat program ini amat penting bagi golongan wanita lebih-lebih lagi apabila mengenal pasti saluran yang ada sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Bagi saya apa yang penting..kesedaran wanita terbabit dan pengetahuan yang baik tentang prosedur yang perlu dilakukan.

Buat para suami kaki terajang, panas baran, dan sebagainya ingat apabila OSCC sudah diperluas peranannya kepada masyarakat, anda tidak berupaya lagi jadi kaki dayus. Satu lagi yang buat saya teruja apabila Puan Hjh Azlina(HELWA ABIM) sendiri beri slot tentang keganasan rumah tangga. Beliau turut tidak ketinggalan berkongsi pengalaman yang cukup sadis yang dialami oleh beberapa orang wanita yang didera suami. Selain itu, beliau juga turut berkongsi maklumat yang mana sebanyak 250 000 orang yang menunggu murtad. Terdapat diantara mereka yang ingin murtad disebabkan tidak tahan didera suami.Dan ini merupakan kes yang cukup rumit kepada kita apatah lagi sebagai muslim di Malaysia.Dimana peranan kita dalam menangani isu sebegini? Sedangkan pada hari ini kita sentiasa sibuk soal politik dan bergaduh sesama islam sehingga tidak menjaga saudara seislam kita.

Berbalik pada mangsa penderaan, kita dapat lihat mangsa dera ini mengalami gangguan jiwa. Mereka sentiasa ketakutan, resah dan akhirnya menjadi sakit jiwa.Wahai wanita sekalian,yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tampil ke hadapan, walaupun kita perlu taat pada perintah suami, tapi sekiranya suami mendatangkan kecederaan atau kemudharatan sebegini kita berhak untuk ambil tindakan. Mungkin saya bukan orang yang layak untuk bercakap hal sebegini sebab belum mendirikan rumah tangga lagi, tapi ingat puan perkahwinan itu menuntut sebuah keharmonian untuk setiap pasangan yang berkahwin dan sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Jangan diturutkan perasaan sayang kalau diri diperlakukan seperti binatang..Apalah erti sebuah perkahwinan kalau jelas tiada kebahagiaan..

Buat sahabat-sahabat yang hangat bercinta dan bakal mendirikan masjid pastikan kenal hati budi pasangan anda.Jangan terpedaya dengan rupa paras pasangan anda yang penting karakter dia dapat memenuhi ciri2 suami yang baik..insyallah..

Wanita itu perlu disayangi dan bukan dikasari.
Wanita itu perlu Dicintai dan bukan dicaci maki,
Wanita itu perlu dihormati bukan dijual beli,
dan
Dinikahi wanita itu kerana perlu dilindungi.
Oleh itu letakkanlah mereka ditempat yang sebaik-baiknya di sisi suami.......

Jangan biarkan isteri anda menderita!

"Kembalikan Wanita itu dengan penuh rasa aman dan selamat"

by aini








Muktamar PKPIM mencipta sEJARAH

Alhamdullillah….syukur pada ilahi berkat istiqamah sahabat dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah.,akhirnya Muktamar Sanawi buat julung kalinya telah diadakan pada hari ini dengan lancarnya…Tiada lafaz kata yang indah melainkan dengan syukur dan rasa takjub pada kekuasaannya.. Ya Allah, perjuanganku dalam bidang dakwah dan tarbiyah tidak akan terhenti disini, kerna telah ku rasai manisnya apabila berjuang dalam gerakan dakwah…Disini inginku ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat-sahabat perjuangan semua atas bantuan yang tidak pernah putus dan sokongan padu yang tidak pernah jemu-jemu daripada kalian semua sepanjang pentaklifan ku sebagai Amirah.Semoga perjuangan kalian semua sentiasa mendapat keberkatan Dari Nya. Tiada Ruang atau jarak yang memisahkan antara ukhuwah sesama kita. Moga-moga perjuangan kerana Allah swt ini sentiasa dibajai dan disuburkan dengan keimanan yang teguh.
Pesanan buat sahabat,
Buat saf pimpinan baru, takziah atas pentaklifan pimpinan baru PKPIM, jalankan tanggung jawab sahabat semua dengan sebaik mungkin..

kata ahli bijak pandai

jika mahu menggapai bintang biarlah diri punya strategi,
jika mahu menjadi sanjungan akal dan budi perlu dipatri,
jika mahu jadi ilmuwan jangan lupa persiapkan diri,
Dan jika mahu jadi pemimpin biar ketelusan tersemat di hati..

Buat mas'ul yang paling saya hormati,
syukran jazzilan atas perkongsian ilmu,pengalaman,nasihat, bimbingan dan latihan yang diberikan..serta sabar mendidik saya..insyallah,ingin saya sematkan di dalam hati segala ilmu yang diperoleh ini akan disumbangkan kepada masyarakat Sabah.hanya Allah swt yang dapat membalas jasa dan
pengorbanan kalian..Terimakasih sangat-samgat..

Buat Murobbi dan seluruh PKPIM Pusat
Terimakasih juga di ucapkan.Terlalu banyak tunjuk ajar yang diberikan pada saya..Doa saya ,agar kesinambungan dakwah dan kebajikan ini akan berterusan dan berkembang dengan baiknya..barokallah..


Ikhlas Kak_aini

Friday, July 10, 2009

Hari demi hari

Hari demi hari,
Kulalui lorong-lorong sepiku,
Melewati jalan yang penuh onar berliku,
Aku lemas terkapai-kapai,
Dek badai yang mengganas
Tanpa kusedari
Lorong sepi itu
Menarik ku
Untuk Khayal di alam fantasi
Dan Sasau di alam realiti
Kau kah disitu?
Aku tercari-cari
Aku terkejar-kejar
Cahaya itu!
AH! aku peduli apa
Di depanku ini sungguh mengasyikkan
Tapi … jiwaku kosong
Jasad ku longlai
Pandanganku kelam
Di manakah aku ini?
Oh tuhan aku benar-benar
Tersasar
Tuhan..
Berikanlah aku hidayahMU







tinta aini

Thursday, July 9, 2009

SABAH : PARADIGMA PEMIKIRAN SEBAGAI PENYELESAIAN PATI

SABAH : PARADIGMA PEMIKIRAN SEBAGAI PENYELESAIAN PATI

Resah – gelisah, geram, marah dan sebagainya itulah perasaan yang menyelubungi sebahagian besar penduduk jati diri Sabah terhadap isu pendatang tanpa izin.Tidak kurang hebatnya laman-laman web yang ada pada masa ini dijadikan medan untuk mencurah perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat jati di Sabah.
Namun begitu, sejauh manakah perasaan kurang senang ini menghantui jiwa mereka? Adakah diskusi melalui laman-laman web mampu meredahkan kekusutan yang ada dalam benak mereka? Saya yakin dan percaya keadaan ini hanya memerlukan sedikit masa untuk ‘melancarkan serangan peluru berpandu’ sebagai tanda pemberontakan mereka terhadap isu ini sekiranya pemimpin di Sabah tidak serius untuk menangani isu ini.
Sesetengah penduduk jati diri di negeri ini berpandangan isu ini tidak boleh dipandang enteng memandangkan ia melibatkan tanah tumpah darah mereka. Mereka juga tidak kisah kedatangan PATI ke negeri ini adalah untuk memenuhi tuntutan kerja dan lawatan semata-mata tetapi biarlah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kedatangan PATI ke Negeri ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan sesetengah penduduk jati di negeri ini tetapi turut memberi kesan yang negatif terhadap pembangunan sosiobudaya masyarakat setempat .
Sebenarnya,, bahang kedatangan PATI ke negeri ini telah mula dirasai sejak berabad lama lagi.Tetapi hari ini kesannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Masyarakat sudah bijak untuk menilai sebarang anasir yang boleh mengganggu gugat keharmonian di negeri ini.Perkara yang cukup merunsingkan lagi ialah mudahnya PATI memperoleh Mykad .Pelik tapi benar itulah realitinya.Adakah ini berpunca daripada rapuhnya sistem pendaftaran di Sabah sehingga kelompangan ini telah memberi laluan pada PATI untuk membina ‘Negara’ sendiri di negeri ini?
Kerajaan juga telah menghabiskan berbillion ringgit semata-mata untuk menghantar PATI pulang ke Negara asal mereka dan merangka strategi untuk memberi tempoh pengampunan kepada PATI untuk pulang ke Negara asal mereka sendiri tanpa melalui proses hukuman. Adakah ini juga membawa gelaran yang bodoh kepada pemimpin kita?
Masyarakat Sabah dan pemimpin Sabah harus bijak berfikir dan pantas bertindak bahawa isu ini tidak akan menemui jalan penyelesaiannya sekiranya saling tuding-menuding antara satu sama lain. Masyarakat jati negeri ini dan pemimpin di Sabah harus duduk semeja untuk mengadakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian untuk kemelut ini.
Kedua-duanya perlu memberi komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan fenomena ini dan bukannya asyik mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada tanpa memperhalusi kemelut ini. Masyarakat juga perlu mengubah mentaliti mereka agar tidak disempitkan dengan fahaman politik sempit yang mampu merasuk minda segelintir masyarakat di Sabah. Mereka perlu mempunyai pendirian yang teguh untuk membincangkan perkara ini seadil-adilnya.
Perubahan daripada aspek mentaliti rakyat di negeri ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif terhadap penyelesaian sesuatu kemelut di negeri ini. Berbalik pada perjuangan nenek moyang kita dalam memperjuangkan kebebasan di negeri ini.Kita perlu sedar keamanan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil pengorbanan jiwa mereka hingga ketitisan darah terakhir. Kemakmuran yang dikecapi pada hari adalah melalui proses yang cukup rumit sehingga memakan masa yang terlalu panjang. Proses untuk mendapatkan kemerdekaan pada hari ini bukan mudah .
Kita mudah lupa dan cepat melatah apabila dihimpit sesuatu masalah. Kita juga sentiasa mencari kesempurnaan tanpa memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk sesuatu kemelut. Kita sering melabelkan pemimpin hari ini ini bodoh,pengecut dan sebagainya tetapi pernahkah kita terfikir sekiranya kita berada di tempat mereka?
Saya bukanlah pro kerajaan atau pro pembangkang tetapi sebagai rakyat kita perlu matang untuk meninjau keadaan dan bijak untuk membuat keputusan. Pokok pangkal berlaku sesuatu masalah adalah disebabkan kejahilan kita dalam menjelmakan pemikiran kita yang bernas dalam bentuk realiti secara kognitif.
Kita sering lantang menyuarakan perasaan kurang senang kita terhaadap isu PATI, tetapi adakah kita fikir jalan penyelesaiannnya? Dan adakah kita komited untuk bantu kerajaan untuk menangani masalah ini? Misalnya, ops penangkapan dan pemulangan PATI secara besar-besaran di Sabah. Apabila ops ini dijalankan saya percaya hampir sebahagian besar penduduk di negeri ini tidak serius untuk membantu kerajaan kerana hampir sebilangan besar masyarakat di negeri ini yang menjadi ejen untuk bertindak melindungi PATI daripada diberkas oleh pihak berkuasa. Mereka sanggup melindungi PATI atas dasar simpati dan juga ada unsur kekeluargaan.
Saya berpandangan sekiranya perkara ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat di Sabah, dengan peruntukkan perbelanjaan pihak kerajaan mencecah jutaan ringgit tetap tidak akan menemui noktahnya.Semua ini juga adalah berpunca daripada mentaliti sebahagian besar masyarakat di Sabah.
Sabah merupakan negeri yang sangat luas dengan kapasiti penduduk terbesar.Misalnya,di Tawau jumlah penduduknya pada tahun 2005 ialah sebanyak 130,000 orang ini yang diperoleh daripada Majlis Perbandaran Tawau.
Tambahan pula, kedudukan strategik negeri ini yang menjadi pintu laluan utama Negara luar untuk datang ke negeri ini seperti rakyat dari Filifina dan Republik Indonesia. Banyak perkara yang perlu kita teliti sebelum mengemukakan sesuatu Kajian yang terperinci perlu dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian kebanjiran PATI ke negeri ini. Jika kita ingin mencadangkan hadkan kuota peluang pekerjaan untuk mereka,satu persoalan yang timbul adakah golongan muda di negeri ini sudah bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan tersebut? Perkara ini juga perlu diperhalusi dari segi pro dan kontranya barulah terbit satu penyelesaian secara berhikmah.
Kesimpulannya, rakyat di negeri Sabah juga perlu memainkan peranan yang penting dan terus komited dalam menyelesaikan sesuatu kemelut dan bukannya hanya tahu menuding jari sahaja kepada pihak lain. Kerajaan pula perlu lebih bertenaga dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam usaha membanteras permasalahan ini hingga ke akar umbi. Sekiranya kebanjiran PATI ke Negara ini berkaitan dengan unsur korupsi, mereka seharusnya diheret ke muka pengadilan! Justeru, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketat agar PATI dapat dikurangkan.

By aini

AURA dATUK sERI aNWAR iBRAHIM di Unisel

Teruja! Hanya itulah perasaan yang dapat saya gambarkan ketika melihat DSAI berpidato di hadapan mahasiswa –mahasiswi unisel sebentar tadi. Sukar untuk saya bayangkan bagaimana aura gerakan mahasiswa islam dalam jiwa DSAI masih segar dan bertenaga. Keadaan inilah yang menarik ribuan mahasiswa di unisel untuk melihat secara dekat DSAI ketika beliau memberikan percambahan idealisme dalam kalangan mahasiswa Unisel . Apa tidaknya jangkaan saya terhadap mahasiswa UNISEL yang suka hiburan semata-mata turut meleset. Kini saya sedar sebahagian mahasiswa di Unisel juga mempunyai daya kredibiliti tersendiri. Mereka juga mempunyai peka terhadap isu-isu semasa. Ketika mana mereka menjelmakan beberapa soalan kepada DSAI. Ternyata, ini adalah bukti dan petanda bahawa mahasiswa unisel juga setanding dengan penuntut-penuntut termuka di universiti tempatan. Saya berpandangan, mana-mana pemimpin pun yang datang ke Unisel untuk memberikan kesedaran kepada mahasiswa dan menyampaikan wacana ilmu yang berkesan, maka tidak ada alasan bagi kami sebagai mahasiswa unisel untuk menolak kedatangan golongan ilmuwan sebegini.
Sepanjang pengamatan saya sepanjang program ini diadakan, DSAI telah mengheret minda para hadirin dengan mengupas sedikit intipati daripada sebuah buku yang bertajuk Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaaan Alam Melayu oleh Syed Naquib Al Attas. Antara intipati tersebut ialah hidupkan tadisi ilmu. Mahasiswa perlu segar dengan ilmu kerana inilah salah satu elemen penting untuk membina kekuatan generasi akan datang. Mahasiswa perlu melakukan anjakan paradigma dan bukannya dihimpit dengan pelbagai polemik semasa yang akhirnya mengheret mahasiswa agar menjadi lesu dan longlai. Di Republik Indonesia mahasiswanya begitu berani bertindak untuk memperjuangkan sesuatu. Malah barisan pimpinan republik tersebut begitu gentar dengan mahasiswanya. Lain pula halnya di Malaysia yang mana mahasiswanya dididik melalui beberapa proses untuk memperjuangkan sesuatu dan salah satunya melalui diplomasi atau perbincangan.
Walaupun pertemuan di antara DSAI dan mahasiswa unisel begitu singkat, namun ia memberi makna yang cukup besar kepada semua yang hadir. Diharap program-program ilmu sebegini perlu dirancakkan di IPTS seperti Unisel agar proses tradisi ilmu terus bersemarak di kampus ini dan bukannya memandang seseorang ilmuwan itu dari kacamata politik sempit.

Wednesday, July 8, 2009

7 benda ajaib purbakala :Taman Tergantung Babylon


Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraqdi sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Negara Babylon terkenal di bawah pemerintahan raja yang terkenal pada ketika itu, iaitu Raja Hammurabi (1792 -1750SM). Anaknya, Nebuchadnezzar II (604-562 SM) yang merupakan raja yang telah membina taman ini. Menurut legenda, taman ini dibina oleh baginda sebagai menghargai isterinya dan gundik-gundiknya.
Kewujudan taman ini masih menjadi tanda tanya. Namun adalah dikatakan taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia. Ia mengandungi pelbagai flora dan fauna, yang menarik dan amat menakjubkan sehingga terpesona sesiapa sahaja yang melawatnya. Hinggalah kurun ke-20, ahli kajipurba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar, namun kesan peninggalannya telah lama pupus.
Taman tersebut terdiri daripada binaan yang menarik dan mengagumkan. Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun rekabentuk taman ini tidak dapat diceriktakan secara terperinci kerana para ahli kajipurba gagal menemui sebarang peninggalannya. Namun, menurut satu sumber taman ini lenyap akibat berlakunya satu malapetaka yang buruk. Para ahli kajipurba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian dari dinding taman yang telah hilang.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.
Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotami (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat. Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya. Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.


REMAJA :Kahwin Ekspress dan Implikasinya

Dewasa ini, kahwin ekspress merupakan suatu isu yang cukup hangat diperkatakan sehingga membawa kepada implikasi yang cukup besar dalam komuniti masyarakat di Negara ini. Institusi perkahwinan yang telah dibina bukan lagi didasari dengan perasaan kasih-sayang seperti yang telah dianjurkan dalam islam tetapi menjadi ‘platform’ untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata sehingga mampu meranapkan peradaban manusia sejagat.Suatu usaha yang konsisten dan sistematik perlu dilaksanakan bagi membendung gejala ini agar tidak menjadi adat budaya remaja di Negara.
Fenomena ini bakal mengundang pelbagai implikasi yang negatif dalam masyarakat di Malaysia khususnya golongan remaja yang merupakan bakal mewarisi kepemimpinan Negara.Biasanya pasangan yang terbabit dengan kahwin ekspres ini bertujuan untuk melepaskan tanggung jawab terhadap anak yang dikandung. Lebih malang lagi apabila anak yang dilahirkan tidak dapat didaftarkan secara sah status kewarganegaraan kerana butiran lengkap tentang pernikahan ibu bapa berkenaan tidak diperoleh. Akhirnya, si anak tidak dapat melalui kehidupan yang baik seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Selain itu, kadi yang menjadi juru nikah juga tidak mendapat pentauliahan dari mana-mana pejabat agama islam yang membolehkan kadi tersebut mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sekaligus kredibiliti kadi berkenaan juga amat diragui.
Di Malaysia, dokumen pengenalan diri sangat penting untuk menjamin masa depan seseorang individu. Jelasnya, hal ini secara tidak langsung telah merosakkan peranan institusi kekeluargaan yang berfungsi melahirkan sebuah masyarakat madani. Harian metro baru-baru ini ada memaparkan tentang sepasang remaja yang mengadakan perkahwinan mereka secara ekspres hingga menyebabkan anak yang dilahirkan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri walaupun anak tersebut telah berusia dua tahun.
Dalam hal ini siapa yang perlu dipersalah?Sedih apabila melihat insiden ini berlaku apatah lagi penyakit kronik ini melibatkan kebejatan sosial dalam kalangan remaja seolah-olah mereka lupa dengan azab Allah swt. Keadaan ini juga telah melanggar adat sosiobudaya kita yang terkenal dengan sifat sopan santun.Lebih mengecewakan lagi,gejala ini juga sangat bertentangan dengan maksud perkahwinan itu sendiri dalam islam.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Di Barat, kegilaan untuk memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura(MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan berpisah dengan suami.
Justeru,persediaan yang mantap terutamanya daripada aspek mental dan fizikal adalah penting bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Mereka perlu jelas tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai bakal ibu bapa setelah berkahwin kelak.Baru-baru ini Negara digemparkan dengan laporan harian metro yang melaporkan sepasang remaja yang telah berkahwin ekspress memilih ikut haluan masing-masing setelah bercerai.
Namun begitu,malang bagi anak yang bakal dilahirkan apabila tidak memiliki dokumen pengenalan diri untuk menjamin masa depan sedangkan di Negara ini dokumen pengenalan diri sangat penting untuk kehidupan yang lebih baik.
Oleh yang demikian, langkah yang efisyen perlu diambil bagi menangani fenomena ini agar tidak menjadi barah dalam masyarakat. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat perlu mengadakan beberapa program kesedaran mengenai bahaya kahwin ekspress.Ibu bapa juga perlu mengawasi pergaulan anak-anak agar tidak terjebak ke kancah negatif.Selain itu,Golongan remaja juga perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti program yang telah dianjurkan Kelab Rakan Muda bagi mengisi masa lapang sekaligus membentuk keperibadian yang unggul.
Kesimpulannya, gejala ini mampu meranap peranan institusi kekeluargaan yang sedia ada.Oleh itu, pihak kerajaan,badan NGO dan ibu bapa perlu berganding bahu bagi membanteras gejala ini sehingga ke akar umbi.

MAHASISWA : IDEALISME DAN CABARAN MASA DEPAN

KITA sering mendengar bahawa mahasiswa merupakan aset yang cukup berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan negara. Kita juga sedar bahawa belia juga adalah pewaris kepimpinan negara dan kesinambungan umat pada masa hadapan. Namun begitu, sejauhmanakah mahasiswa itu sendiri memahami peranan mereka dalam proses pembangunan Negara? Adakah mereka telah bersiap sedia untuk memikul tanggung jawab yang bakal diberikan?
Samada kita sedar atau tidak mahasiswa kini bukan sahaja berdepan dengan penyakit sindrom kurang membaca untuk membina kredibiliti minda kelas pertama tetapi turut dihinggapi penyakit sosial yang mampu meranap dunia peradaban manusia kini. Oleh itu, mahasiswa perlu sedar untuk lebih proaktif bagi memacu menghimpun momentum pertumbuhan pembangunan Negara.
Sejarah telah membuktikan ilmu pengetahuan amat penting untuk mengubah tamadun manusia dari zaman gelap ke zaman renaissance. Revolusi perindustrian yang berlaku pada kurun ke 19, telah mencetuskan pelbagai kemajuan tidak kira samada bidang perubatan,teknologi,senibina dan perdagangan. Rata-ratanya adalah kesan daripada peningkatan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat Barat.
Para orientalis Barat pada awal membina tamadun bangsa Eropah sanggup menjelajah ke pelosok dunia bagi mengkaji sesuatu tamadun bagi memajukan Negara Eropah dan bangsa mereka.Hal ini jelas memberi kejayaan yang besar kepada dunia Barat. Namun begitu, sejauhmanakah sejarah penciptaan sesuatu tamadun dan peradaban manusia itu dijadikan contoh dalam membina pemikiran golongan generasi muda pada hari ini?
Kita maklum pada hari ini, kita telah melahirkan ramai graduasi dalam pelbagai bidang dari luar Negara tetapi berapa ramai diantara mereka yang mempraktikkan ilmu yang diperolehi? Bukan setakat graduasi dari luar Negara bahkan juga mereka yang belajar dalam Negara perlu sedar tentang pentingnya mengamalkan ilmu yang dimiliki untuk kemaslahatan ummah.
Mahasiswa perlu menggunakan masa yang sebaik mungkin semasa berada di kampus lagi yang bertujuan untuk membina karisma dan ketrampilan dalam kalangan mahasiswa.
Selain itu, mahasiswa juga perlu mempersiapkan diri terutamanya ketika berhadapan dengan cabaran. Persiapan bukan sahaja perlu dibuat melalui aspek mental dan fizikal tetapi turut melibatkan kerohanian mahasiswa itu sendiri. Hal ini disebabkan cabaran yang bakal dilalui oleh golongan mahasiswa akan menguji kekuatan mental dan fizikal. Jika diri mereka lemah sudah pasti mereka akan tersungkur sedangkan mahasiswa merupakan bakal mewarisi aset terpenting Negara iaitu pentadbiran Negara. Sekiranya pemantapan daripada aspek kerohanian kurang dihayati sudah pasti akan merencatkan lagi usaha kerajaan untuk melahirkan pewaris tampuk pemerintahan Negara..
Oleh yang demikian,mahasiswa perlu bertindak proaktif dan dinamis agar tidak tersasar daripada arus kemodenan yang pastinya meragut pemikiran mereka sekiranya tidak dikawal.Saya mencadangkan agar mahasiswa perlu diberikan ruang yang lebih luas untuk menonjolkan diri dalam segenap bidang dan mereka perlu bijak menggunakan peluang yang sedia ada.
Mahasiswa perlu diberi peluang untuk bersuara di meja parlimen bagi membawa isu mahasiswa secara langsung dan bukannya melalui pelbagai karenah birokrasi sehingga membantutkan mereka untuk mengutarakan pandangan yang bernas.
Walaupun mereka masih muda dan ada sesetengah pihak memperlekeh kewibawaan golongan ini, namun mereka seharusnya diberi peluang untuk bersuara yang membabitkan isu-isu semasa sekaligus mengelakkan demonstrasi di jalanan yang pastinya mencabar krediiliti barisan kepemimpinan Negara. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan mahasiswa untuk dieksploitasi semata-mata oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan hasrat ingin mencapai matlamat mereka.
Sebenarnya, suara golongan mudalah amat penting untuk didengari memandangkan mereka bakal pelapis peneraju utama Negara sementara pemimpin yang sedia ada perlu memberi garis panduan agar mahasiswa tidak menyimpang daripada hala tuju yang sebenar dalam memartabatkan maruah bangsa dan Negara. Kita perlu sedar,peristiwa yang berlaku dalam kalangan mahasiswa hari ini seperti demonstrasi jalanan adalah petanda awal bahawa mereka inginkan peluang dan ruang untuk bersuara.
Kesimpulannya, sekarang bukanlah masanya untuk saling tuding- menuding antara satu sama lain tetapi kita haruslah bersatu dalam memastikan keharmonian Negara dipelihara dari sebarang anasir yang mampu meragut ketenteraman masyarakat.Mahasiswa perlu sedar sebagai golongan intelektual, mereka perlu melengkapkan diri dengan memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada sekaligus mempraktikkannya dalam pelbagai kondisi mengikut kesesuaian. Kerajaan perlu mewajibkan setiap IPIA atau IPTS mengadakan program-program ilmiah yang berteraskan minda kelas pertama bagi memantapkan idealism dalam kalangan mahasiswa.


by aini

Akukah pejuang itu.

AKUKAH PEJUANG ITU

Akukah pejuang itu
Bermegah di alam fana
Menghunus sebilah pedang
Meragut nyawa yang tidak berdosa
Memagut sebuah perjuangan yang qudus
Tanpa kusedari
Aku pejuang keseorangan
Yang alpa dengan kehidupan duniawi
Yang lupa pada ukhrawi
Yang pastinya
Aku Dahagakan Kuasa
Untuk membina empayar yang besar
Untuk menakluk hati-hati berjiwa kecil
Lantas ku bangun
Akan Kucantas siapa yang berani menghalangku
Akan kulawan siapa yang berani menentangku
Kerna hadir bersamaku
Perasaan dengki yang menguasai diri